Hotel M Roof Top Ipoh

Hotel baru yang super chantek dan agak mahai la untuk den.

Hotel nih paling chantek kalo kita amik gambo malam sebab dipenuhi dengan cahaya lampu.

Dah hotel mahal serba serbi lengkap la kan.

Kawasan menunggu dekat kaunter reception tuh best sangat. Sofa-sofa yang dihiasi dengan pokok hidup kat ceiling nye. Sekali pandang kalo nak buat wedding reception pun macam chantek sebab ala-ala romantic gittew dengan sofa warna beige.

RM200/malam with breakfast for two. Den dapat bilik dengan 1 katil king, 1 sofa yang memang sedap baring, tv, complimentary water bottle, coffee, tea, peti sejuk, almari yang chantek, bath rob, iron, peti besi, etc.

Katil dia memang best sebab tinggi dan tilam sangat empuk. Rasa macam tak nak bangun daripada tido je.
Velociraptors menemani kitaorang di trip kali ini

Ada balkoni kat luar bilik. View jalan raya je pun tapi still la ada balkoni bley amik udara segar gittew.

Bilik air yang memang luas dan chantek cuma lantai agak licin sebab dia pakai marmar yang species cenggitu.

Hotel nih ada lif. So in sya Allah sesuai untuk semua orang.

Walopun hotel agak gempak, buffet spread dia sederhana sangat. Ada 3 heavy dishes macam nasi lemak, bihun dan mee sup, sosej, fruits, roti, cereals, etc.

Hotel yang baru dan sangat chantek cuma harga agak mahai la den rasa sebab den kan temanya hotel bajet kalo boleh bawah RM150.

5 bintang untuk hotel nih.

p/s masa check out tuh, adik manis kat kaunter cakap pool tengah dibuat. Awal Januari 2018 in sya Allah dah bley guna pool tuh. Kalo dah ada pool tatau la dapat lagi tak rege RM 200/malam.

No comments:

Powered by Blogger.