Hari jumaat pertama F sekolah darjah 1.

Sampai kat sekolah den dah rasa macam pelik pasai pa takde orang pakai baju melayu pun nih.

Terbertembung dengan sorang cikgu yang chantek manis. Cikgu tegoq ‘tak sempat balik rumah salin baju ke?’ Den cuma senyum-senyum sebab macam terblur-blur pasai pa cikgu tanye camtuh.

Sampai je kat dewan yang tempatkan budak-budak darjah 1, den tengok semua orang pakai baju biasa. F sorang je pakai baju melayu.

Den tanye cikgu yang ada kat situ ‘hari jumaat kena pakai baju melayu ke tak cikgu?’. Cikgu kata sekolah kebangsaan tak payah pakai baju melayu. Pakai baju uniform biasa je.

Ha….den pun tatau kenapa tak pernah teringat nak tanya sekolah kebangsaan kena pakai baju melayu ke tak pada hari jumaat. Den memang mati-mati ingat kena pakai baju melayu.

So dah ada extra baju melayu untuk pergi sekolah agama. Dah jadi keje la plak nak tetas lencana sekolah kebangsaan tuh nanti. Sabtunya mama beli la lagi sehelai baju sekolah kebangsaan.

Camtuh la cerita nye.

0 Comments