Orang kata kalo pi Kuala Terengganu kena pi makan seafoods yang dicelup tepung kat Warong Pok Nong. A must do stuff at Kuala Terengganu gittew. Kata orang jua kalo Warong Pok Nong penuh dan tak larat nak tunggu, bley je pi makan kat kedai Adik-Beradik coz seafoods celup tepung je pun sedap jugak.

Disebabkan den tatau bila lagi nak pergi ke Kuala Terengganu nih, den pergi la ke kedua-dua kedai nih. Memang tamak haloba kan.

Mula-mula pergi Kedai Adik-Beradik sebab dia buka dari 11 am - 7 pm. Warong Pok Nong buka dari 330 pm - 7 pm. 


Kedua kedai nih tak jauh pun. Kalo kita duduk kat satu kedai, kita boleh nampak kedai lagi satu. Seberang jalan je kedainya.

Di samping berbeza waktu operasi kedua kedai, cara jualan seafoods celup tepung pun berbeza. Warong Pok Nong, kita boleh pilih nak sotong besaq ke kecik, udang pun bley pilih sekoq-sekoq, etc. Macam kat kedai Adik Beradik, dia jual ala-ala macam set, sepinggan sotong RM10, ada beberapa ekoq udang dicucuk kat lidi dia juai at least RM5, etc.

Sebelah kiri si ikan pari. Sebelah kanan si ikan kembung.
RM 10 untuk sepinggan sotong nih
nasi goreng yang masih sedap walopun dah sejuk
Warong Pok Nong lebih banyak pilihan makanan lain selain daripada seafoods celop tepung. Ada nasi lemak, sotong sumbat pulut, ais kacang, etc. Kedai Adik-Beradik plak ada nasi goreng, mee goreng yang dah memang digoreng awai (by the time den pi makan kat situ, food nye nih memang dah sejuk gedi la).
3.15 pm orang dah beratoq ramai camnih
Nih je gambo yang den sempat amik sebab dah terpenat
Budak nih enjoy je ke hulu ke hilir

Pemandangan sambil makan pun berbeza. Warong Pok Nong duduk di sebelah jalan yang tak dekat dengan laut. Kedai Adik-Beradik memang kat sebelah pantai. So sambil makan seafoods celop tepung bley la merasa ditiup angin laut sekali. Tempat duduk kat sini lagi banyak dibandingkan dengan Warong Pok Nong.
Ralit main anak kucing yang ada kat kedai Adik Beradik tuh
Dari kedai Adik-Beradik. Best kena tiup angin.
Disebabkan memang dok kalut mempesoh budak-budak,  orang yang berenyut-renyut kat Warong Pok Nong tuh dan den dah kepenatan menunggu nak mencekop sotong celop tepung tuh, den memang tak berkesempatan dan takde mood la nak amik gambo seafoods celop tepung dekat-dekat. Ada seketoi gambo je sempat amik.

Tapi den rasa harga kat kedua-dua kedai nih murah la. Kitaorang makan seko sotong, seko ikan, 4 ekoq udang (semuanya dicelop tepung), 2 teh o ais dan ais kacang RM 24. Udang tuh dikira RM1/ekoq dan sotong yang paling comei tuh RM9/ekoq.

Rasa semua seafoods celop tepung (ikan, udang dan sotong yang den makan) di kedua-dua kedai nih den rasa macam lebih kurang rasanya. Den dan buong rasa tepung yang digunakan untuk mencelop seafoods nih ala-ala macam tepung yang diguna untuk pisang goreng yang kitaorang pernah makan sebelum nih.

Yang paling best, seafoods nye memang fresh dan pelbagai saiz. Nak sotong besaq lengan pun ada.

Tapi den and buong suka lagi sotong celop tepung kat kedai lain yang kitaorang pernah makan kat Selangor nih.

Tapi kalo dah mai ke Kuala Terengganu, mai la rasa seafoods celop tepung kat Warong Pok Nong atau Kedai Adik-Beradik nih sebab dah alang-alang sampai kan cumanya memang la nak kena bertabah hati nak beratoq kat Warong Pok Nong tuh. Dalam 3.15 petang orang dah beratoq. The first 10 customers akan dapat nombor (tak payah beratoq) dan depa bley amik seafoods celop tepung dulu.

So jangan lupa mai makan seafoods celop tepung kat kedua-dua kedai nih kalo mai ke Kuala Terengganu ye.

0 Comments