Den pergi tengok movie nih tanpa baca sebarang review atau synopsis pasai movie nih. Expectation tak tinggi sebab ada perasaan ‘Wizard movie is Harry Potter movie’ gittew. Tapi itu bak kata pepatah, tak tengok maka tak paham maka tak akan tersuka camtuh. Dah tengok, dah paham baru komen.

Movie nih mengingatkan den kepada chenta hati iaitu Harry Potter series, movie dan buku, kedua-duanya sekali.

Lagu tema mula-mula movie pun dah lagu tema Harry Potter. Tulisan tajuk movie pun ala-ala tulisan movie Harry Potter. Macam la kan den tak terkenangkan Harry Potter tuh.

Movie nih memang best bagi den.

Ceite pasal ahli sihir nama Newt Scamander (Eddie Redmayne) yang dok merantau seantero dunia mencari, memulihara dan memelihara magical creatures @ makhluk sakti yang dah hampir pupus akibat diperdagangkan secara haram, didera, etc. Newt Scamander nih macam ada perangai Harry jugak sebab dia ada pendapat sendiri yang menyebabkan dia dibuang dari Hogwarts tapi disayangi oleh Dumbledore.

Magical creatures aka fantastic beasts yang dicari oleh Newt Scamander memang menarik. Sekoq tuh macam platypus (Niffler) yang suka pada benda-benda berkilauan dan bercahaya macam emas permata, ala-ala badak sumbu, etc. Memang best tengok character magical creatures nih.

Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, seorang manusia biasa atau muggle atau no-maj (no magic) yang bercita-cita nak buka kedai roti mesti sangat comel dan kelakar k. Disebabkan dia secara tak sengaja terjebak dalam ekspidisi mencari magical creatures yang terlepas dari beg yang dibawa oleh Newt Scamander, memang la banyak aksi yang kelakar by this fellow tanpa sengaja. Comei je bila dia akhirnya berjaya buka kedai roti di mana antara roti-roti dia tuh berbentuk magical creatures.

Ternampak kelibat sanak sedara Dobby (house elf), aurors, etc yang memang ada dalam movie Harry Potter.

The oh my you are so sexy Colin Farrell jadi Percival Graves, Ketua Keselamatan Magic yang konon-konon mulanya macam nak selesaikan masalah kemusnahan harta benda akibat makhluk Obscurus tapi rupanya dia la musuh dalam selimut nak bersetongkol dengan Obscurus tuh.

*Percival tuh salah satu nama Dumbledore ye anak-anak.

Mula-mula den tengok nama kat poster nih sekali lalu den ingatkan Colin Firth. Colin Farrell nih macam dah lama tak berlakon sampai den terlupa kat dia. Last sekali den tengok dia berlakon Total Recall.

Akhir cerita, baru la terbongkar bahawa Percival Graves tuh rupa-rupanya adalah samaran kepada Gellert Grindelwald yang dilakonkan oleh tidak lain dan tidak bukan iaitu the once upon a time the sexiest man alive by People Magazine iaitu Johnny Depp. Amboi-amboi semua orang nak jadi wizard ye sekarang nih tak kisah la jadi dark wizard pun yek.

*Gellert Grindelwald nih kalo ikut buku Harry Potter merupakan kawan baik Albus Dumbledore tapi terpesona dengan dark magic (ala-ala perangai Tom Marvolo Riddle aka Lord Voldermort). Grindelwald nih adalah pemilik Elder Wand, tongkat saksi yang terpaling powerful dalam semua tongkat saksi yang dok ada dalam dunia magic.

Serious la kan den terkujat tiba-tiba ada Johnny Depp tuh kan towards the end of movie tuh.

Scenes lawan skit je towards the end of the movie tapi bersesuaian la dengan jalan ceitenye.

Seingat den, hampir semua pelakon Harry Potter pelakon British. Tatau kenapa tiba-tiba Johnny Depp (pelakon Amerika) diambik berlakon jadi watak penting kot. Ramai lagi pelakon British yang meletops umoq dalam 40 an ke 50 an macam Clive Owen, Daniel Day Lewis, Jeremy Irons, Liam Neeson, Colin Firth, Christian Bale, Hugh Grant, Hugh Larrie, etc. Tatau la kalo Johnny Depp dipilih atas factor untuk melariskan jualan tiket sebab dia nih ramai peminat. Tapi den is keciwa skit la sebab kalo pelakon British yang bawa watak nih sure lagi best. The British slang suppose to be sexy kan.

Eddie Redmayne as Newt Scamander memang sesuai la dengan character macam introvert camtuh. Pelakon hebat gak nih.

Serious best ceite nih. Sila tonton ye.

5 stars from me.

Memang la akan ada sequels nanti kan. Kata JKRowling akan ada 4 sequels nanti. Den teruja nak tengok sapa yang depa akan cast sebagai Albus Dumbledore nanti. Kalo la depa dah bley cast Johnny Depp as Gellert Grindelwald, sure depa bley consider nak cast Robert Downey Jr atau Keanu Reeves as Dumbledore…..hahahhhaha….den memang pilih kasih k. Atau kalo pelakon British, mohon dioffer kepada the versatile Daniel Day Lewis atau Hugh Larrie (Dr House) jadi Dumbledore ye. Christian Bale the Batman pun sajak jua. Colin Firth pun apa salahnya.

Den suspek antara sequels akan datang termasuklah ceite pasal:

a) Elder Wand, Resurrection Stone dan Invisibility Cloak daripada ‘The Tale of Three Brothers’. Nih sure satu movie.

b) Camne Voldermort simpan jiwa-jiwa dia dalam 7 Horcruxes tuh. Tom Riddle’s Diary, Marvolo Gaunt’s Ring, Salazar Slytherin's Locket Helga Hufflepuff's Cup, Rowena Ravenclaw's Diadem, Nagini the Snake dan Harry Potter tuh sendiri masa dia nak bunuh Harry Potter tuh dan terbagiparut kat dahi Harry Potter tuh. Nih mungkin dibahagi kepada dua movies sebab banyak sangat Horcruxes nye tuh.

c) Persahabatan Albus Dumbledore dan Gellert Grindelwald yang berakhir dengan sorang jadi Pengetua Hogwarts, sorang jadi antara the most fearful dark wizard. Sure nanti akan ada scenes legendary duel antara Albus Dumbledore dengan Gellert Grindelwald di mana Gellert Grindelwald akan kalah.

d) Kisah mak pak Harry Potter bersama kawan-kawannya kat sekolah termasuklah kisah chenta James dan Lily sambil Snape merawat luka di hati sebab chenta tak kesampaian. Ada scene James dan Lily kawin ala-ala magical (macam ceite Twilight masa Bella kawin dengan Edward tuh). Snape selalu dibuli dek James dengan Sirius Black, etc. Ceite pasal parents kawan-kawan Harry Potter la gittew.

Harap-harapnye depa amik Tom Hardy, Benedict Cumberbatch dan Tom Hiddleston sebagai James Potter, Sirius Black dan Severus Snape. All of em are handsome and very talented British actors.

Eh nak ceite pasai movie Fantastic Beast And Where To Find Them je sebenaqnya. Dah melalut-lalut plak muahahahhaha.

Serious ceite Fantastic Beast And Where To Find Them nih best. Dipersilakan tengok.

p/s minggu nih kalo ada rejki nak marathon tengok siri Harry Potter la. Ulang baca buku-buku Harry Potter yang dok ada pun best jugak kan.

2 Comments

  1. Pehhh..

    I thought You're not the Co-producer here.

    Gud comments..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhahahahahaha....tq...your comment make my day.

      Delete