Tahun lepas saja (2015) empat (4) kali kitaorang naik tram ke Bukit Melawati nih melayan F nak tengok monkey katanya.

Tahun nih plak pembuka tahun je kitaorang dah mai sini hehhehhehe.

In sya Allah akan jadi tempat yang akan kitaorang pergi beberapa kali setiap tahun selagi mana budak-budak nih teringin nak tengok monyet sebab umah omak mentua dalam 10 minit je dari sini.

Tiket untuk naik tram bagi dewasa RM 5.30. Tiket untuk kanak-kanak 5-12 tahun RM 3.00. 1 tiket untuk satu perjalanan dari tempat menunggu ke Bukit Melawati ke Taman Ikan Air Tawar ke tempat menunggu semula.

Tram ada 2 biji hari nih.
Mata hari dah terik baru la nak naik tram kan. Mendapat la kita semua yek
The entrance
Sementara tunggu tram sampai, layan budak-budak main dulu
Kalo weekends atau musim coti memang jenuh beratur nak naik tram nih coz ramai orang suka berjalan kat sini rupa-rupanya.

Masa tunggu giliran nak naik tram, bley je kalo nak beli makanan untuk monyet tuh kat kedai yang ada kat situ. Makanan monyet yang dijual ada 4 jenis samada kacang panjang, pisang, carrot & keledek yang telah dipotong-potong. Makanan monyet tuh dijual RM 3 satu peket. Kalo tak nak beli kat kedai kat sini pun takpe sebab kat atas Bukit Melawati tuh ada je 3,4 orang penjual yang makanan untuk monyet.

Last sekali kitaorang naik Bukit Melawati last year bulan November. Alih-alih masa kitaorang naik kali nih dah ada tempat menunggu tram kat atas tuh. Satu penambahbaikan yang baguih sebab tak payah kita berdiri bila nak tunggu giliran naik tram turun nanti. So boleh la berehat duduk menunggu tram kat tempat menunggu tuh.
Monyet memang banyak kat atas tuh. Depa macam okay je la dengan orang ramai yang datang ke situ sebab depa dah biasa kot dibagi makan dek orang ramai. Still kadang-kadang ada jugak la adegan merebut makanan daripada tangan pengunjung atau depa berebut makanan sesama depa sendiri.
Relaks je tengok monyet tuh dekat-dekat. Si abang dah menyorok belakang mama.
Didukung sebab takut dia pi pegang monyet-monyet tuh
Budak-budak enjoy je la tengok monyet-monyet tuh cuma F tuh penakut skit. So dia dok tengok monyet-monyet tuh dari jauh je la. Nak plak ada monyet merampas kacang panjang dari tangan dia…lagi la dia ketakutan coz terperanjat. Langsung dok la melekat kat den masa den dok bagi monyet makan tuh.

Si A plak lebih relaks sebab papa dia dok dukung dia. Tapi kalo bagi dia berjalan pun, dia lebih cool berbanding F, mungkin sebab dia tak beberapa nak paham lagi kot.
Lepak kat situ dalam 20 minit je coz tak tahan panas. Naik tram dah kul 1130 am, mana tak nye kat atas bukit tuh matahari dah tegak kat kepala.

Actually ada banyak tempat menarik lagi kat Bukit Melawati nih untuk kita lawat. Antaranya Muzium Kuala Selangor, rumah api, makam diRaja, tempat menengok anak bulan, etc.
tempat tengok anak bulan
Cumanya untuk kitaorang nih tak berkesempatan lagi nak pergi ke tempat-tempat tuh coz budak-budak nih dok bergelinjangan. Memang tak sempat lagi la nak ke tempat-tempat camnih.

In sya Allah bila depa dah boleh paham, kita akan datang sini lagi.

Turun bukit walopun tak tinggi mana dengan tram nih agak thrill untuk kitaorang yang tak adventure nih especially masa tram tuh kona baring hehehehhehehehe.
Tram kami pada hari ini. Colourful. Den pun suka.
Pemandangan on the way turun dari Bukit Melawati

0 Comments