Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Den hendak kongsikan pengalaman kami menginap 3 hari 2 malam di Nusakuya Resort, Semporna, Sabah semasa sesi berjimbaan di Semporna pada Mei yang lepas.

Nusakuya Resort ini pilihan Eita, rakan seperjimbaan den kali ini.

Dia cakap dia tidak kisah hendak snorkeling di pulau mana pun tetapi dia memang hendak menginap di Nusakuya Resort ini walaupun harganya agak keras hehehehe.

Jadinya den turutkan sahaja kehendak partner in crime yang seorang ini.

Alhamdulillah pengalaman menginap di Nusakuya Resort selama 2 malam memang sangat berbaloi.

Sebuah resort terapung yang sangat tenang aman damai.

Pemandangan lautan seluas mata memandang.

Air laut yang sangat jernih boleh nampak dasar.

Sesuai sangat untuk healing.

Untuk mereka yang berbulan madu pun molek.

Keluarga bersama anak kecil pun sesuai kerana kita buka sahaja pintu bilik terus boleh terjun tiruk ke dalam laut begitu.

Bagi mereka yang memang perlukan suasana untuk healing akibat patah hati tidak dapat kerjaya yang diidamkan, cinta terlerai dan sebagainya pun sesuai bersantai di Nusakuya Resort ni.

Sesampai sahaja kami di jeti Nusakuya Resort, terus sahaja check in di jeti.

Simple yet efficient urusan check in nya.

 

1. Bilik Penginapan Nyaman, Privacy dan Awesome Banget

Rasanya den telah mengambil gambar dan video yang banyak dalam bilik penginapan kami tetapi tidak pasti kenapa tidak dijumpai kebanyakan gambar tersebut huhuhuhu.

Jadinya den kongsikan beberapa keping gambar yang masih ada di dalam simpanan den ye.

Bilik dengan katil saiz queen bagi kami berdua adalah sedang elok.

Den suka hampir semuanya tentang bilik ini.

Kemudahan dan vibes bilik memang amat menyenangkan.

Buka sahaja sliding door terus nampak laut begitu.

Memang healing dan santai sangat perasaannya.

 

Tilam yang empuk dan empat (4) biji bantal memang mengundang tidur lena.

Suka tau dapat dua (2) biji bantal setiap seorang sebab den orang yang tidur dengan bilangan bantal sebegini.

Bilik kemas, bersih dan selesa.

Bilik air tersedia dengan water heater.

Tetapi disebabkan cuaca panas, memang segar badan mandi air sejuk yang ditadah di dalam baldi.

Tidak pandang langsung shower hehehehhehe.

 

Ruang rehat di antara bilik dan tangga turun ke laut pun nyaman.

Sempat den berehat di tilam yang ada di ruang ini sambil membaca buku sementara menunggu untuk melihat matahari terbenam.

Menjengah dari sini boleh nampak ikan, ketam dan tapak sulaiman di dalam laut.

Seronok melepak di sini sambil melayan hembusan angin bayu.

Tersedia air mineral, cerek dan uncang teh serta nescafe 3 in 1.

Tersedia juga dua (2) pasang jaket keselamatan untuk digunakan bila kita mandi laut dan snorkeling di sekitar resort.

Rezeki kami mendapat bilik yang berdekatan dengan buaian, landmark Nusakuya resort, dua jaring tempat melepak dan pelantar.

Kawasan resort nya kecil sahaja.

Tidak jauh pun kalau dapat bilik penginapan di bahagian lain pun.

Cumanya hati berbunga-bunga bila buka pintu bilik boleh nampak semua kemudahan untuk bersantai ni.

Disebabkan Nusakuya Resort hanya mempunyai lebih kurang dua puluh (20) buah bilik penginapan sahaja di sini, makanya wujud elemen privacy.

Untuk kami yang temanya santai dan healing, memang awesome banget menginap di sini kerana tidak ramai orang.

Den suka sangat privacy macam ini.

Umur sekarang ni memang suka suasana tenang aman damai.

Zaman kekalutan dan hiruk pikuk telah lama berlalu.

Jadinya den memang bagi markah penuh kepada resort ini bagi kriteria privacy dan ketenangan.

 

2. Bilik Penginapan Yang Mempunyai Akses Terus Ke Laut

Ini adalah salah satu ciri unik penginapan di Nusakuya Resort kerana setiap bilik penginapan mempunyai tangga yang terus dapat akses ke laut.

Turun tangga hendak celup-celup kaki dalam laut pun boleh.

Dari tangga hendak terjun tiruk pun boleh cumanya macam tidak sesuai untuk terjun tiruk kerana paras air lautnya yang rendah.

Kalau sesiapa yang bawa anak kecil senang hendak pantau anak-anak mandi laut dari atas tangga atau ruang rehat di sini.

Ini sememangnya salah satu tarikan di Nusakuya Resort ini.

 

3. Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Nusakuya Resort

Kalau tidak kerana den memang ada ambil pakej snorkeling bagai, den boleh sahaja habiskan 3 hari 2 malam berehat, bersantai dan melepak di Nusakuya Resort ni sebab persekitarannya yang awesome.

Ada pelbagai aktiviti yang kita boleh buat di sini.

Semua aktiviti yang boleh dilakukan di sini terkait dengan healing serasa den.


Kalau memang jenis tidak mahu basah, boleh lakukan aktiviti-aktiviti berikut:

 

Menaiki buaian yang terdapat di cafe dan pelantar yang ada landmark Nusakuya Resort. 

Melepak dan berehat di atas jaring-jaring yang terdapat di sekitar resort (in sya Allah kukuh). 

Bersantai menikmati hembusan bayu di setiap pelusuk di resort terutamanya di pelantar dan ruang luar bilik penginapan.

Melihat pemandangan matahari terbit dan terbenam.

Sunset
Sunrise

Bergambar sakan di sana sini.

Melihat gugusan bintang di malam hari (serious cantik. Sudah lama den tidak tengok bintang sebanyak itu).

In sya Allah kalau ada rezeki, boleh nampak penyu berenang dari atas pelantar.

Tengah layan perasaan sekali penyu lalu tak sempat hendak ambil gambar

Kalau tidak kisah basah, boleh menaiki kayak kristal sekitar resort, mandi laut dan snorkeling.

Sebenarnya tidak perlu snorkeling pun kerana air laut di kawasan resort tidak terlalu dalam, jadinya oleh kerana air laut yang jernih, kita memang boleh nampak ikan, ketam, tapak sulaiman bagai.

Tapi kome jangan la pula mengambil tapak sulaiman tuh ye kerana itu sudah mengganggu keseimbangan ekosistem.

 

4. Makanan Yang Sedap dan Segar

Den ni daripada sejak dulu kala tiada isu sangat bab makan ni.

Arwah abah pernah cakap senang nak bela den.

Bagi makanan dan televisyen selesai hehehehehe.

 

Makanan sarapan, tengahari dan makan malam di Nusakuya Resort ni Alhamdulillah kena dengan tekak den. 

Pelbagai pilihan makanan yang ada rasa.

Sarapan pagi dan tengahari secara buffet.

Makan malam adalah secara berhidang.

 

Makanan laut yang dihidangkan pun segar bugar belaka.

Kalau ada bajet lebih dan hendak makan lobster, boleh pilih lobster dalam aquarium dan kakitangan resort akan memasaknya dengan bayaran tertentu.

 

Yang lagi awesome nya adalah setiap kali makan memang bersama pemandangan begitu.

Breakfast, lunch and dinner with a view begitu konsepnya.

Cafe pun bersih dan selesa.

Sana sini pemandangan indah begitu.

Kalau ada yang hendak buat sambutan ulang tahun, hari lahir dan sebagainya, boleh buat permintaan dengan resort ini ye sebab masa kami berada di sini, ternampak hiasan makan malam sempena ulang tahun perkahwinan satu pasangan dibuat.

 

Cumanya kalau ada vending machine atau jualan air sejuk (air tin, air botol air mineral, etc) lebih mantap sebab bila cuaca panas, memang kebiasaannya kita mencari air sejuk.

 

5. Pelbagai Tempat Untuk Bergambar

Walaupun resort nya comel, tetap ianya mempunyai pelbagai kawasan yang cantik untuk diabadikan di dalam gambar.

Memang kalau mereka yang suka bergambar tu, heaven la untuk mereka.

Den lebih banyak bersantai menghayati hembusan bayu dan melihat keindahan lautan yang membiru daripada mengambil gambar sakan tetapi tetap la juga berenyut-renyut gambar den di sini hehehehehe.

6. Kakitangan Yang Awesome

Bertabah dan sabar sungguh kakitangan Nusakuya Resort melayan kami yang ketakutan tetapi hendak naik kanu kristal tuh hehehehehe.

Mereka memastikan kanu tidak terbalik, siap ikatkan tali bagai serta menjadi jurugambar dan videographer mengabadikan detik-detik kami menaiki kanu tersebut.

Sebenarnya perlu bayar RM15 untuk menaiki kanu tersebut tetapi disebabkan kami hanya menaiki kanu tersebut sekejap sahaja, kami tidak dikenakan sebarang bayaran hehehehe.

Kakitangan yang melayan kami di café pun melayan kami bertanya tentang lobster, etc.

Semasa den bersantai pada waktu malam melihat gugusan bintang dari 9.30 malam sehingga 11.45 malam seorang diri, seorang kakitangan resort berehat berdekatan dengan kawasan den bersantai itu.

Mungkin beliau risau den tertidur lalu terjatuh ke dalam laut hehehehehe.

Bila den masuk ke bilik, baru beliau bergerak ke penginapannya.

 

Secara kesimpulannya, den memang sangat gembira dan berpuas hati sepanjang den menginap di Nusakuya Resort selama 3 hari 2 malam.

 

Sesiapa yang pertama kali hendak menjejak kaki ke Semporna, mungkin boleh pertimbangkan untuk menginap di Nusakuya Resort.

In sya Allah berbaloi walaupun harganya agak keras.

 

Kalau hendak berjimat bila datang ke Semporna, boleh pilih hotel bajet yang terdapat di sekitar Jeti Awam Semporna.

Tetapi kalau ada bajet lebih dan hendak rasa pengalaman sekali menginap di atas resort di atas laut, boleh pilih pelbagai resort yang ada sebab in sya Allah ianya once in a lifetime experience.

Jadinya boleh masukkan Nusakuya Resort di dalam senarai penginapan untuk dipertimbangkan kalau datang ke Semporna ye.



4 Comments

  1. At first tgk cantik kawasan dan pemandangan dan yg paling best takde sampah pun bersih jer.. Mmg privasi sgt2 la kalau dah 20 bilik sahaja.. lepas tu ada ekses ke laut dari bilik siapa ada lifejacket lagi.. okla dpt naik kanu tu free tak kene bayar .. janji ada gmbar hahaha..

    ReplyDelete
  2. Kanu tuh RM15 1 jam tapi disebabkan hendak bergambar sekupang dua je tauke resort pun bagi free hehehehe. Memang awesome teruk Nusakuya ni. Boleh datang lagi satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. cantik sangat la tempat ini alangkah indah kalau dapat berbulan madu di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuh tuan. Sambut anniversary ke birthday ke memang sesuai banget

      Delete