Hiking Bohey Dulang - Santai & lunch di Pulau Mantabuan - Santai & Snorkeling di Pulau Sibuan - Nusakuya Resort

 

Hari kedua jalan-jalan cari pasal di Semporna dimulakan dengan breakfast with a view sambil melepak tengok keindahan laut membiru dari cafe.

Sempat juga bergambar sekeping dua.

Masa hendak berjalan ke jeti untuk menunggu bot mengambil kami untuk aktiviti hari ini, bertembung dengan orang menjual ketam yang masih hidup pada resort.

Ralit kami menengok ketam hidup ditimbang dan dimasukkan dalam plastik.

Simple thing je pun tapi udah tua-tua ni simple thing macam ni yang terkesan di hati.

Perjalanan dari jeti Nusakuya Resort ke Pulau Bohey Dulang, Taman Laut Tun Sakaran mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Bot kami singgah sebentar di Lato-Lato Mun Resort mengambil mereka yang akan turut sama sertai pakej island hoping ini.

Kami diberikan taklimat ringkas itinerari untuk hari ini oleh team Pakej Budak Merah.

 

Sampai di Pulau Bohey Dulang, guide memberikan taklimat ringkas berkaitan sesi hiking Bohey Dulang setinggi lebih kurang 600 meter dari aras laut.

Agak terpleot hiking Bohey Dulang tetapi demi sekeping gambar digagahkan juga😅

Walaupun 'minta nyawa' juga untuk sampai ke puncak tetapi in sya Allah berbaloi dapat lihat breathtaking view.

In sya Allah nanti den cerita pasal hiking Bohey Dulang ni dalam post akan datang ye.

 

Seusai turun dari bukit Bohey Dulang, kami terus ke Pulau Mantabuan untuk makan tengahari dan main air laut.

Sebenarnya boleh sahaja hendak snorkeling di sekitar jeti di Pulau Bohey Dulang tu tapi masa begitu mencemburui kami.

Chewah.

 

Semasa berjalan-jalan di Pulau Mantabuan, kami bertembung dengan kem askar di sini.
Selama ini ingatkan hanya di Sipadan ada kawalan keselamatan daripada tentera, rupanya di pulau secomel Pulau Mantabuan pun ada.

Lepas kenyang, mata pun macam hendak lelap sahaja tapi melihat keindahan lautan membiru di Pulau Sibuan membuatkan hati tidak keruan hendak menjejak kaki di situ.

Kalau baca buku novel romantis orang putih era 90an yang mana kulit buku dihiasi dengan gambar hero ala-ala di zaman medieval yang menampakkan dada yang sasa, biasa kita jumpa ayat berkaitan pantai 'breathtaking view with crystal clear water and white sandy beach'.

Ini adalah perumpamaan yang sangat jitu menggambarkan Pulau Sibuan dan semua pulau yang kami sempat pergi di Semporna ini.

Ingatkan Pulau Mantabuan sudah cukup cantik.

Pulau Sibuan memang wow sangat k.

Sakan kami mengambil gambar di sini.

Rezeki kami, staff En Rosli sangat bertabah😅 melayan karenah kami hendak bergambar dengan sampan kristal bagai😅

Selepas sakan bergambar, kami buat aktiviti snorkeling.

En Rosli juga la yang melayan kami hendak snorkeling tapi takut hanyut bagai hehehehehe.

Gambar favourite den sepanjang trip Semporna ni sebab we look so happy

Macam tidak puas snorkeling di sini sebab banyak terumbu karang & ikan.

Haruskah repeat lagi?😅

In sya Allah nanti den kongsikan gambar dan video kami di Pulau Sibuan dalam post akan datang.

 

Balik je resort kita rehat santai-santai tengok matahari terbenam.

Seronok berjimba tidak fikir pasal kerja ni😅😅😅

Makan malam memang meriah dengan hidupan laut - ketam, ikan dan kerang.

Selepas makan malam, kami melepak bersembang di buaian dan jeti dekat dengan bilik.

 

Lepas Eita masuk berehat di bilik, den sambung healing di jeti resort sambil layan ulang dengar lagu Angels Like You dan tengok gugusan bintang.

Udah lama tidak nampak bintang sebanyak itu.

Tetapi disebabkan telefon den cap ayam, idok la dapat merakamkan keindahan gugusan bintang itu.

Sakan tengok bintang

Alih-alih ternampak penyu sedang berenang🥰🥰🥰🥰

Sempat ambil gambar penyu sekeping je.

Nampak tak kelibat penyu?

Lama den lepak sorang-sorang sampai 1145 malam.

Sepanjang den lepak sorang tu, ada sorang staf resort lepak sama.

Mungkin dia risau den tertido lalu tergolek jatuh dalam laut gamaknya hehehehhe.

 

Awesome banget hari kedua ni.

 

Awesome.

4 Comments

  1. Tenang nyer pemandangan btw mcm uall jer kat situ best betul huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....memang best...pemandangan cantik banget...angin sepoi sepoi bahasa...suasana tenang

      Delete
  2. Ketam tu tak beli ke kalau murah masak dgn maggi je hahaha geram tgk ketam tu :P
    okla ada kem tentera yg jaga perairan kat sana .. tak la takut sgt dgn pengganas sulu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terfikir langsung. Menarik tuh idea beli dan masak maggi ketam😋

      Delete