Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini cerita November 2021 tetapi tetap juga den hendak berkongsi cerita sebab hotel ni memang awesome.

Den kalau berjalan-jalan memang akan cari hotel butik atau hotel bajet sebagai penginapan sebab hotel-hotel macam ni kebiasaannya harga adalah mampu milik, unik dan tidak terlalu banyak bilik.

Semasa den sekeluarga menginap Hotel Banana, harga untuk bilik Standard Double adalah RM110 siap dengan breakfast untuk semua.

Bilik-biliknya pada ketika itu ada free flow breakfast untuk semua penginapnya.

Kalau ada 6 orang satu bilik, makanya breakfast untuk 6 orang begitu.

Menarik kan?

 

Bilik Bersih, Kemas dan Selesa

Sesiapa yang pernah singgah di blog den pasti terbaca yang tiga (3) kriteria utama bagi mana-mana bilik hotel yang den pernah duduk mestilah bersih, kemas dan selesa.

Hotel Big Banana ada kesemua tiga perkara ini.

Keadaan bilik itu sendiri unik dengan dekorasi ringkas.

Bilik air comel tetapi tetap selesa.

Siap ada peti besi comel lagi disediakan.

Memang nyenyak tidur malam di sini.

 

Kemudahan Serba Lengkap

Persekitaran hotel dari lobi hingga ke ruang menggosok dan pantry hotel ini sweet dan simple begitu konsepnya bagi den.

Ruang menggosok terletak di sebelah pantry.

Pantry dilengkapkan dengan peti sejuk, air panas, biskut, pinggan mangkuk, cawan, etc.

Jadinya kalau kehabisan dua air botol di dalam bilik, kita boleh ambil air di sini.

Kalau tiba-tiba boss korang minta email segala mak nenek dokumen bagai, korang boleh gunakan komputer di ruangan Business Centre.

Selesa tempatnya.

WiFi percuma yang disediakan juga laju.

WiFi ada di seluruh hotel.

Memang tidak tersangkut-sangkut kalau hendak tengok KDrama begitu.

Kalau lapar malam-malam boleh beli maggi, jajan dan air tin di lobi ye.

Terdapat ruang rehat di segenap ceruk di hotel ini.

Kalau hendak mengambil angin luar sambil membakar paru-paru, boleh melepak di ruang luar sebelum pintu masuk.

Sofa yang disediakan di lobi boleh mengundang terlena sebab selesa.

Meja dan kerusi juga disediakan di antara lobi dan business centre.

Ruang rehat di tingkat yang menempatkan bilik-bilik berdekatan ruang menggosok pun selesa untuk bersembang.

 

Breakfast Rasa Kampung Aunthentic

Breakfast simple tapi rasa sedap kampung itu yang mahal.

Nasi lemak bungkus rasa 80an begitu.

Memang tidak cukup sebungkus hehehehehe.

Telur setengah masak guna telur ayam kampung.

Ada roti bakar, sosej, kuih macam pau (mantou ke apa namanya), telur goreng dan tauhu goreng (den rasa la).

Air panas kopi dan teh pun ada.

Simple buffet tetapi sudah mencukupi dan mengenyangkan.

Boleh ambil seberapa banyak makanan yang korang nak makan tetapi jangan membazir ye.

 

Kita boleh makan di ruang makan yang disediakan.

Selesa makan di sini.

Tetapi disebabkan semuanya belum bangun tidur.

Den tapau semua makanan bawa ke bilik.

Ala-ala breakfast in bed begitu.

Nak juga berangan ye hehehehehe.

Hotel Untuk Ulat Buku

Den bagi hotel ini extra bintang sebab hotel ini meraikan pembaca buku seperti den.

Hampir di setiap genap sudut ada buku-buku yang kita boleh pinjam untuk baca semasa menginap di sini.

 

Seusai sampai di hotel ini, kita akan ternampak buku-buku yang tersusun di rak sebelah pintu masuk.

Terdapat sebuah lagi rak buku di antara lobi dan ruang untuk sarapan dan business centre.

Di ruang rehat bersebelahan pantry pun ada sebuah rak buku dengan buku-buku yang boleh tahan menarik untuk dibaca.

Terlalu banyak buku menarik sampai den rasa overwhelm tidak tahu buku mana hendak dipinjam untuk dibaca dalam tempoh 1 malam den ada di hotel tersebut.

Sudahnya sebuah buku pun tidak tercapai huhuhuhuhu.

Yang paling menarik adalah rak buku yang menyediakan buku-buku yang kalau kita berkenan, kita boleh bawa pulang terus selepas memaklumkan kepada kakitangan di kaunter pendaftaran.

Sayangnya masa den pergi, buku percuma yang tinggal adalah buku-buku dalam tulisan Cina, jadinya tiada rezeki den untuk mendapat buku percuma.

 

Kemudahan Persekitaran Menarik dan Lengkap

Hotel Banana ini terletak di lokasi yang bagi den lengkap segalanya.

Hotel ini mengadap sebuah sungai yang den sudah terlupa namanya.

Begitulah akibat kombinasi goldfish memory + tidak mencatat nota + ambil masa yang panjang untuk berkongsi cerita.

 

Di hadapan hotel ini, betul-betul sepelaung dari hotel ada laluan untuk jogging.

Dikelilingi pokok-pokok yang disenggara molek oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Masa den berjalan-jalan di laluan ini pada waktu pagi, sempat den bersembang dengan pekerja Majlis yang datang untuk memotong rumput di sini.

 

Di belakang hotel ada RiverFront City yang ada pelbagai restoran, kedai makan, Mr DIY dan macam-macam kedai lain.

Siap ada panggung wayang lagi.

Tetapi disebabkan kami penat dan sudah terbayang-bayang katil di depan mata, kami tidak sempat menonton wayang di sini.

Ada deretan reruai yang menjual pelbagai makanan, mainan dan lain-lain.

Seronok jalan-jalan di waktu malam di sini.

Ada air pancut mini.

Teruja sekejap den dapat berjalan di atas lantai yang ada glitter.

Simple thing that makes me happy.

 

Dengan harga bilik sebegitu, bilik yang kemas dan selesa, ada breakfast, dekat dengan pelbagai kemudahan, memang hotel ini adalah antara hotel yang berbaloi den pernah menginap.

Walaupun hotel ini hotel 2 bintang tetapi den sangat gembiran semasa menginap di hotel ini.

Den bagi markah 5/5.

Kalau datang ke Sungai Petani nanti di masa akan datang, in sya Allah den akan menginap lagi di sini.

Kalau korang ke Sungai Petani, boleh pertimbangkan untuk menginap di sini ye.

In sya Allah berbaloi.

Boleh menyiasat dahulu kemudahan dan harga pada tahun 2023 ye di:

Facebook: https://www.facebook.com/bigbananahotel

Instagram: https://www.instagram.com/bigbananahotel

 

6 Comments

  1. okay suka dengan konsep hotel simple .. mata yg penat travel ke sg petani boleh tenang2 rehat bilik check in hotel ni.. part breakfast tu best ala buffet lgi tu.. okla kalau dah amik sampai berbungkus nasi lemak dia hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha menarik breakfast dia tuh. Mengundang untuk ulang makan😅

      Delete
  2. insyallah raya tahun ni balik perlis.. boleh la singgah check in di Hotel Banana ni.. and somehow mcm ada nampak port mancing depan hotel tu hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ada port jeti nelayan kat sebelah depan tuh tapi tak sempat nak menyiasat

      Delete
  3. hotel simple tapi terasa nice sangat bila tengok... breakfast nampak sedap!

    ReplyDelete