Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom semua kita ke Menara Kuantan 188 sempena Merdeka ini.

Kuantan 188, menara kedua tertinggi di Malaysia, akan menganjurkan dua acara utama, Cabaran Ekstrem Antarabangsa Kuantan 188 (KIEC), acara cabaran pertama mereka sejak dibuka semula awal tahun ini, dan Pesta Kuantan 188.

KIEC akan menyaksikan sekumpulan penerjun melakukan terjunan dari menara sempena sambutan Merdeka pada 30 Ogos 2022 manakala Pesta Kuantan akan diadakan dari 27 Ogos 2022 hingga 4 September 2022.

Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain.

Pelancaran oleh YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Bersama penerjun tertua negara
Ucapan Aluan oleh Pengurus Besar Kuantan 188, YBhg Dato' Zulkifli Mohamad
Ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan

65 Terjunan Base Jump, 30 Ogos 2022

Bagi mempromosikan sukan pengembaraan dan outdoor, Kementerian Belia dan Sukan akan terus menyokong acara seperti KIEC dan bekerjasama rapat dengan Kuantan 188 untuk menggalakkan kumpulan belia tempatan menggunakan Kuantan 188 sebagai tempat pilihan mereka.

Tumpuan utama KIEC adalah sekumpulan sukarelawan penerjun tapak (base jump) yang akan terjun daripada ketinggian 104 meter dari skydeck.

65 terjunan akan dilakukan oleh beberapa penerjun pada 30 Ogos 2022 yang membawa bendera Kuantan 188, Pahang dan Malaysia sebagai meraikan 65 tahun kemerdekaan negara. Antara penerjun yang terlibat ialah Encik Jamaluddin Ismail, 67, penerjun tertua negara, dari Mentakab, Pahang.

Selain penerjun tapak rakyat tempat, terdapat juga penerjun dari Amerika Syarikat, Singapura dan Indonesia. Sekiranya orang ramai berminat hendak menyaksikan pertunjukan base jump ini, boleh dapatkan tiket dari Kuantan 188.

Penerjun base jump perlu mempunyai lesen profesional untuk membuat aktiviti ini. Ia adalah salah satu sukan ekstrem yang memerlukan kemahiran yang tinggi yang melibatkan langkah keselamatan yang terperinci.

Dua dari kiri En Akmal, En Jamaluddin dan 5 dari kiri En Mohd Noorizan - penerjun base jump semasa hari pelancaran bersama semua VVIP


Kami berpeluang melihat terjunan base jump oleh tiga orang penerjun iaitu Encik Jamaluddin Ismail, 67, penerjun tertua negara, Encik Mohd Norizan (jurulatih payung terjun, bekas komando ATM) dan En Akmal Jamal (bekas TLDM Paskal) pada Majlis Pelancaran Kuantan 188 International Extreme Challenge dan Pesta Kuantan 188. Semasa taklimat, dimaklumkan penerjun base jump hanya mempunyai masa lebih kurang 4 saat untuk mendarat.

Den kongsikan video base jump oleh Encik Jamaluddin Ismail dan En Akmal Jamal. Tiada video En Mohd Norizan kerana kami semua tengok beliau terjun dari skydeck.

Base jump oleh Encik Jamaluddin Ismail 


Base jump oleh En Akmal Jamal

Beberapa sukan lain juga akan diadakan di tempat yang sama, termasuk target paintball, zon jatuh (drop zone), skywalk, kickboxing, zumba dan zon hammock.

Skywalk oleh En Khairul Azrin bin Abdullah, pengendali skywalk

Kanak-kanak boleh menikmati aktiviti di Kelab Kanak-kanak dan Zipline Kuantan 188.

Pesta Kuantan 188 ini juga akan menganjurkan jualan jenama tempatan dengan reruai pop up selama sembilan hari untuk memberi kesedaran kepada bakat tempatan dan menyokong barangan tempatan.

Konsert Pesta Kuantan 188, 3 September 2022

Bagi meraikan Hari Keputeraan KDYMM Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, yang masing-masing jatuh pada 30 Julai 2022 dan 5 Ogos 2022, Kuantan 188 akan menganjurkan konsert yang menampilkan Man Bai, Aina Abdul, Raihan, Joe Flizzow, Roxanne Ng, Ara Johari dan Sandhy Sondoro pada 3 September 2022.

 

Konsert ini juga akan dimeriahkan dengan pertunjukan projection mapping dan bunga api.

Tiket konsert itu akan dijual melalui www.gotifi.com, dengan empat kategori tersedia untuk pembelian - TIER 1 (RM188), TIER 2 (RM138), TIER 3 (RM88) dan TIER 4 (RM58).

Konsert Pesta Kuantan 188 disokong oleh MAA Group Berhad dan Imperium International College dan ditaja oleh Selborn Group, Wawasan Intact Properties, CKS Global Buildility, LBS Bina Group, Cameron Valley Tea and Bharat Group, TAS Leisure, Chili's Bar and Grill dan Dancom. Penaja hotel rasmi termasuk Shahzan Hotel Kuantan dan Ramada Suites by Wyndham KLCC.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah ditaja oleh Cuckoo, Töush Inspired by Pensonic & Panasonic.

Semasa Majlis Pelancaran Kuantan 188 International Extreme Challenge dan Pesta Kuantan 188, kami dikejutkan dengan kemunculan Man Bai yang begitu sporting menyanyikan lagu Kau Ilhamku.


Dari kiri En. Mohd Safrol (Jab Belia & Sukan Pahang), Dato' Sri Haji Mohd Johari (EXCO Sumber Manusia, Belia & Sukan), YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker (Timbalan Menteri Belia & Sukan), Man Bai, Pn Haslina (Ketua Jabatan Bahagian Pelaburan & Penswastaan)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KIEC dan Konsert Pesta Kuantan 188, sila layari semua media sosial berikut:

Laman Sesawang: www.kuantan188.com.my

Instagram: https://www.instagram.com/kuantan.188

Facebook: https://www.facebook.com/MenaraKuantan188Official

 TikTok: https://www.tiktok.com/kuantan188

 Whatsapp: 010- 3940188

Boleh juga hubungi Hafizah Aina (010-2750188), Nurul Shahira (010-8240188) atau Nurul Hamiraa (010-2940188)

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 65 bersama Kuantan 188.

0 Comments