Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini den dan konco-konco berkesempatan menginap di Hotel Shahzan, Kuantan semasa menghadiri Majlis Pelancaran Kuantan 188 International Extreme Challenge dan Pesta Kuantan 188.

Bilik Penginapan

Terdapat 152 bilik penginapan tersedia di hotel ini. Jadinya memang sesuai untuk aktiviti rasmi, bercuti, bersantai dan sebagainya.

Kalau dapat bilik menghadap ke Sungai Kuantan memang best kan?
Memang tidur lena sebab katil dan tilamnya empuk sangat. Bilik kemas, bersih dan selesa. Memang mengundang rasa hendak berlama-lamaan melepak di dalam bilik.

Setiap bilik tersedia kemudahan televisyen, akses wifi, pendingin hawa, seterika, air mineral, kopi dan teh sebagainya.

Kalau rasa malas hendak keluar untuk jalan-jalan cari makan, boleh memesan room service.
Kemudahan

Boleh dikatakan semua kemudahan ada tersedia daripada kolam renang, bilik seminar, cafe comel, outdoor BBQ dan sebagainya.

Kolam Renang

Bagi mereka yang bercuti bersama keluarga, pastinya anak-anak yang paling gembira sebab mereka boleh berenang sakan di kolam renang. Masa kami menjengah ke kolam renang ini pada pukul 8.30 pagi, penuh kolam dengan anak-anak berenang.
Ibu bapa yang menemani anak-anak mandi di kolam renang boleh menjamu mata melihat pemandangan bandar Kuantan sebab kolam renang ini terletak di paras tinggi di Hotel Shahzan ini.
Kolam renang dewasa pun ada juga. Seronok juga berehat-rehat di sini.

Sarapan di Puteri Teja Cafe

Buffet spread untuk breakfast di Puteri Teja Cafe walaupun simple tetapi rasanya memang boleh mengundang ulang tambah makan. Makan pula sambil melihat pemandangan bandar Kuantan, memang syahdu.

Bilik Seminar

Kalau hendak buat seminar, bengkel serta perbincangan, boleh pilih Seri Lela Manja dan Seri Lela Wangsa.

Pekan Deli

Kalau hendak mengopi tetapi tidak terasa hendak keluar dari kawasan hotel, boleh mengopi di cafe comel Pekan Deli yang terdapat di kawasan lobi hotel.
Ada banyak promosi yang berbeza-beza disediakan oleh pengurusan Hotel Shahzan ni macam High Tea Buffet, promosi sempena Merdeka dan lain-lain.

Lokasi Strategik

Lepas smooth check in, belum sempat masuk bilik, kami pergi berjalan-jalan dulu di sekitar kawasan ini sebab lokasi Hotel Shahzan ini sangat strategik:

1. Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad 1) - 3 minit berjalan kaki. Memang sepelaung kata orang. Cantik sungguh ye masjid ini di malam hari.

2. Taman Kerang Kuantan dan Padang MPK 1 - 5 minit berjalan kaki. Ada banyak jualan di gerai-gerai di sini.
3. Kuantan Art Street - 7 minit berjalan kaki. Cantik-cantik mural nya.
4. Menara Kuantan 188 - 10 minit berjalan kaki. Wajib pergi ye. Kalau tidak gayat boleh cuba Skywalk.

5. Kuantan Kula Cake - 10 minit berjalan kaki.

6. Kuantan Esplanade - 12 minit berjalan kaki.

Kami dapat pergi semua tempat di atas kecuali Kuantan Kula Cake sebab terlalu ramai orang beratur di situ😅 Kuantan Esplanade kerana terlupa huhuhu. Begitu la orang yang ada goldfish memory ni😅

Ada banyak cafe hipster di sekitar sini.

Korang boleh pertimbangkan untuk menginap di Hotel Shahzan ni bila korang datang ke Kuantan ye.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang Hotel Shahzan, boleh layari media sosial dan hubungi Hotel Shahzan di:

Laman sesawang: https://www.shahzanhotels.com/en/

Instagram: http://www.instagram.com/shahzanhotelkuantan

Facebook: https://www.facebook.com/ShahzanHotelKuantan/

E-mail: reservations@shahzanhotels.com

Telefon: 609-513 6688

Alamat: Lot Pt 240, Jalan Bukit Ubi Jalan Masjid, Kuantan, Malaysia


0 Comments