Assalamualaikum dan selamat pagi.

Baru-baru ini kawan den ada berkongsi tentang 33 niat penting ketika membaca Al-Quran di whatsapp. Den tidak pasti siapa author asal yang membuat artikel ini, jadinya den tidak dapat memberikan kredit kepada author tersebut. Tetapi disebabkan den berkenan dooh dengan artikel yang dikongsikan, den kongsikan di blog den ini untuk rujukan den dan semua yang tersinggah ke blog den nih ye.

Jom kita tengok 33 niat penting ketika membaca Al-Quran yang kita boleh amalkan kelak ye.

1. Belajar dan beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

2. Memohon hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

3. Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah Taala

4. Menyembuhkan penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

5. Meminta dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan meminta kepada Allah untnk mengeluarkan saya daripada kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

6. Ubat bagi hati yang keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini kerana ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

7. Menikmati hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

8. Supaya tidak termasuk dalam golongan yang lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang-orang yang lalai, bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingati Allah.

9. Menambah keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

10. Mentaati perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mentaati perintah Allah Taala yang memerintahkan untuk membaca Al-Qur'an dengan tartil.

11. Mendapat pahala dan kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

12. Mendapat syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Qur'an pada hari kiamat kelak.

13. Mengikut wasiat nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى )

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

14. Supaya Allah mengangkat darjat diri dan umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan semoga Allah mengangkat darjat saya dengan Al-Qur'an dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Qur'an.

15. Supaya Allah mengangkat darjat di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

16. Mendekatkan diri kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui kalamNya.

17. Agar dimasukkan dalam golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar dimasukkan ke dalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

18. Agar dimasukkan dalam golongan ahli yang mahir membaca Al-Qur'an

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang-orang yang mahir membaca Al-Quran dan akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

19. Agar diselamatkan daripada ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

20. Agar hati rasa bersama dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah Taala.

21. Supaya tidak mensia-siakan usia

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan usia.

22. Agar Al-Qur'an menjadi saksi kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar dia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

23. Memandang musyaf ialah satu kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk melihat kepada musyaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadat.

24. Agar Allah mengurniakan sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah (ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah kepada makhluk di sisiNya.

25. Mendapat kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

26. Supaya aroma mulut menjadi harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)

Saya niat membaca Al-Qur'an agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

27. Agar tidak sesat di dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

28. Agar terhindar dari kesedihan, kerisauan dan kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

29. Agar Al-Qur'an menjadi kawan di alam kubur

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar dia menjadi kawan saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

30. Agar Allah mentarbiah

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول )

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yg dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW.

31. Agar dapat menyibukkan diri dengan yang Hak

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

32. Mujahadah melawan nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

33. Agar Allah memisahkan diri dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini denagn tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

Marilah kita menjadi ahlil Qur'an, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

Sebelum den baca artikel ni, memang den tidak tahu langsung ada 33 niat penting ketika membaca Al-Quran. In sya Allah semoga kita dapat memulakan membaca Al-Quran dengan niat-niat yang dihuraikan di dalam artikel ini.

Sharing is caring.


0 Comments