Dari Desa Dairy Farm terus je la kitaorang bergerak ke Kedai Lokan Kak Tini. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk sejauh 80 km sebab keadaan berkabus yang sangat tebal.

Terdapat banyak deretan gerai yang menjual lokan dan air kelapa di Kampung Salut, Tuaran ni tapi bila chief of the group aka Kak Noris kata kita makan di Kedai Lokan Kak Tini, kita layankan je k sebab kita appreciate efforts yang dia buat dalam menyediakan itinerary sesi berjimbaan ni.

Pertama kali sebenarnya dalam hidup den makan lokan ni. Masa tengok longgokan lokan yang berada di atas meja untuk kita pilih jadi rambang mata sebab pelbagai saiz ada, daripada sekecil saiz sampai la lokan sebesar tapak tangan. Harga lokan bakar dijual berdasarkan saiz bermula dari RM7, RM10, RM12 dan RM15 selonggok yang biasanya mengandungi antara 15 hingga 25 lokan.

Lokan bakar/panggang ni memang ngam kalau digandingkan dengan air kelapa atau jeli kelapa.

Lokan yang biasanya dijumpai di kawasan berlumpur di hutan paya bakau sekitar Tuaran, khususnya Kampung Salut ini diletakkan ramuan (bumbuh) sebelum dibakar menggunakan kayu api. Sambal kicap untuk dicicahkan lokan ni pun comel je diletakkan dalam kulit lokan.

Rasa lokan bakar dicicah dengan sambal kicap + makan jeli kelapa + bergossipan bersama konco-konco di kala hujan gerimis memang heaven feeling nya.

Selepas ini kalau ada rezeki berjimbaan lagi ke Kota Kinabalu boleh la singgah makan lokan di sini sebab memang yummy untuk tekak den.

0 Comments