Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita akhirnya berada di bulan terakhir pada tahun 2020 dengan kisah Covid19 yang masih tidak berkesudahan. Setiap hari kes Covid19 mencecah 4 angka dan macam tak berkesudahan pula ye PKPB, PKPP, PKPD dan seangkatan dengannya.

Disember 2020 dimulakan dengan berita sedih di dalam hidup den bila arwah Pak Long den meninggal dunia semasa hendak solat Subuh di masjid. Arwah Pak Long dah macam ayah kepada den sebab sejak den duduk Port Dickson dari umur 11 tahun, Pak Long la yang banyak menguruskan hal ehwal kehidupan den. Orang baik-baik macam Pak Long yang tak pernah mengumpat orang, tak pernah ambil tahu pasal gossip ke apa, etc meninggal dalam keadaan yang baik-baik. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Pak Long den ye.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/648563/bilal-meninggal-dunia-ketika-azan-subuh-berkumandang-metrotv

Den rasa den kerja lagi kronik masa tempoh PKPB ni ha. Walaupun dibenarkan untuk work from home selama 3 hari dan hanya masuk ofis 2 hari seminggu, kebanyakan masanya hampir 5 hari ke ofis sebab ada site visit, etc. Siapa kata keroje gomen senang wei? Member den yang kerja swasta plak yang nampak lagi relax daripada den sampai dia dah boring tak tau nak buat apa dengan masa terluang dia tuh hehehehehehehe. Lets cross our finger and hope there will be no plant shutdown this month yang akan membawa kepada keputusan bekalan air ye. Ngeri wehhhh.

Mulai hari ini, 7 Disember 2020, semua kawasan PKPB dibenarkan untuk aktiviti merentasi Negeri tanpa perlu kebenaran abam polis. Yeay. Boleh la kita semua keluar rumah mengambil angin sambil tetap mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Den asbab kerja dapat la merasa keluar rumah pergi site bagai jadinya tak la rasa terperuk sangat tapi budak-budak memang kesian la sebab dah duduk kat rumah berapa lama kot kan.

In sya Allah den akan merentas negeri untuk urusan yang telah lama gila tertangguh sejak bulan September lagi. Harapnya kali ini dapat la diselesaikan urusannya tuh. Penat tertangguh-tangguh ni. Selagi tidak diselesaikan selagi tuh la jiwa kacau gitu hehehehhehe.

Rasa macam nak berjimbaan juga dengan kawan-kawan tapi ni tak tau la dapat dilaksanakan ke tak dengan banyak sangat komitmen yang urgent yang perlu didahulukan tapi kalau dapat bercanda di pasiran pantai macam best juga kan. Chewah hehhehehehe.

Banyak checklist yang perlu diselesaikan dalam tempoh 23 hari sebelum masuk tahun 2021 ni termasuklah checklist nak menyiapkan entry berjimbaan ke Kota Kinabalu yang tuh ha hehehehehehehe.

Semoga Disember ini yang baik-baik sahaja untuk kita semua. In sya Allah.


1 Comments


  1. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete