Malaysia sudah melepasi minggu ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan baru-baru ini dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

Demi menjaga keselamatan keluarga, setiap rakyat mesti mematuhi arahan #dudukdiamdiamdirumah dan hanya keluar sekiranya perlu untuk membeli barangan keperluan harian atau bekerja selain mengekalkan jarak sosial. Sentiasa pastikan tangan dicuci bersih tidak kira sama ada di rumah atau di luar.

Pada masa sama, keadaan persekitaran juga perlu dijaga bersih, segar serta bebas daripada bakteria. Salah satu cara ialah dengan membersihkan penghawa dingin dan ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah tanpa bantuan juruteknik iaitu menerusi produk 3-IN-ONE®Professional Air Conditioner Cleaner.
Ia adalah ejen pembersih berasaskan air yang mampu menanggalkan kesan kotoran, minyak, fungus, kulat dan pelbagai kotoran lain pada sirip penjeyuk dalam penghawa dingin. Ia juga berupaya membasmi bakteria dan kuman bagi memastikan penghawa dingin anda berada dalam tahap maksima dan berfungsi dengan baik.

Bagaimana cara melakukannya? Hanya 5 langkah iaitu:

1) Tutup suis penghawa dingin dan tanggalkan suis unit berkenaan;

2) Keluarkan penapis dan cuci kotoran yang terkumpul;
3) Semburkan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner ke arah sirip penjeyuk dari kiri ke kanan bermula dari atas;
4) Biarkannya selama dua minit bagi bahan itu menembusi ruang sirip penyejuk; dan

5) Pasang kembali penapis ke dalam penghawa dingin dan pasang semula suis untuk sekurang-kurangnya selama 15 minit untuk mengeluarkan semua habuk yang masih tertinggal, bersama dengan air kondesai dan malalui paip saliran.

Selesai!!!Ia langsung tidak perlu dibilas. Kita akan menikmati udara yang lebih segar dan bebas bakteria dari penyaman udara.
Jadi, ambil peluang masa yang ada untuk melakukan kerja pembersihan. Apa yang pasti, arahan #dudukdiamdiamdirumah bukanlah satu perkara yang membosankan dan membuang masa.


Dapatkan produk 3-IN-ONE®Professional Air Conditioner Cleaner di Lazada atau Shopee hari ini. Jika perlukan maklumat lanjut, tips dan bagaimana cara terbaik untuk menggunakan produk WD-40® dan cadangan produk untuk masalah tertentu, sila layari www.wd40.asia/my

2 Comments

  1. xdoookk ekon.. baru pindah rumah kipas siling pun xdak lg.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya pindah rumah baru. Memang akan ambil masa nak melengkapkan rumah. Being there done that:))

      Delete