Appreciate April
April tahun ini bagi rakyat
Malaysia menandakan bermulanya fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dari 1 - 14 April 2020. Bertambah panjang masa dan banyak perkara dan urusan
yang tergendala, tertunda, terhenti, etc apabila PKP fasa kedua terpaksa
dilakukan demi mengekang penularan wabak Covid19 ini. Perkara yang sangat sukar
untuk diputuskan oleh Kerajaan Malaysia tetapi terpaksa dilaksanakan demi
keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia untuk jangka masa yang
panjang.
Sekiranya PKP ditamatkan
pada 14 April walaupun kadang-kadang kita dapat tengok laporan macam masih
terdapat banyak kenderaan di jalan raya, etc, in sya Allah ramai yang akan
lebih menghargai apa yang masa, orang, kerja, kebebasan, etc yang ada. Hence
the tittle Appreciate April.
Lama den berhenti mencoret
di blog ini sebab menyesuaikan diri dengan aktiviti bekerja dari rumah,
menguruskan keluarga, belajar menggunakan aplikasi Zoom untuk pembelajaran
anak-anak, memasak dengan jayanya, mengemas rumah, merangka strategi membeli
barang keperluan agar meminimakan pergerakan keluar rumah, etc.
Di samping hampir 70% masa
di social media dihabiskan dengan membaca pasal perkembangan Covid19 di
Malaysia dan seluruh dunia, den juga membaca serta tengok youtube tentang tanda-tanda
akhir zaman dan kiamat. Untuk orang biasa-biasa macam den ni, memang la
langsung terpleot rasa di hati sebab mengenangkan amalan yang masih compang
camping di sana sini. Its super scary when talking about the end of the world
when you are always melagho.
Macam mana pun hidup perlu
diteruskan. Apa yang kita boleh lakukan adalah memperbaiki diri dan amalan
serta banyak membuat muhasabah diri.
In sya Allah dalam masa
lebih kurang 22 hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Semua orang
mengharapkan PKP akan tamat pada 14 April ini agar dapat solat Terawih
berjemaah di surau dan masjid dan akhirnya dapat berhari raya bersama keluarga
serta melawat sanak saudara, etc.
Apa pun yang berlaku jom
kita sama-sama appreciate April sebab kita berjaya meminimakan pergerakan
dengan duduk di rumah dan yang pastinya kita tidak sabar-sabar hendak bertemu
bulan Ramadhan pada bulan April ni sebab banyak sungguh perkara yang kita nak
memohon, mengadu, merayu, etc pada Allah.
Jom kita sama-sama berdoa
supaya Covid19 berjaya dikekang dan dihapuskan dan semoga PKP akan berakhir
pada 14 April 2020.
In sya Allah semoga kita
semua ada rezeki bertemu Ramadhan pada tahun 2020 ini.
4 Comments
sekejap sangat masa berlalu.. da April dan tak lama lagi Ramadhan Kareem. insyallah semoga semua ujian ni cepat berlalu..
ReplyDeleteAminnnn. Semoga kita sama-sama dapat menyambut Ramadhan dalam suasana bebas covid.
DeleteAamiin.. mudah-mudahaan.. harapnya cepat Covid ni berakhir.. sekarang ni rasa risau aje hati setiap kali nak keluar even dah rasa sehabis baik kita protect diri sendiri.. 😢
ReplyDeleteKan...itu la pasalnya. Memang cuba sedaya upaya minimakan keluar dari rumah
Delete