Orang lain dah berkurun menginap di rumah bot, den baru berpeluang merasa pengalaman ini melalui Eksplorasi Tasik Kenyir Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Bersama Media Sosial pada 18 - 20 Februari lepas.

Untuk first timer macam den nih ha, memang ada macam-macam soalan bila urusetia dari Pejabat Komunikasi Korporat bagitau penginapan masa Eksplorasi Tasik Kenyir adalah house boat.

Ada macam-macam persoalan bermain kat fikiran den?

Okay ke duduk kat house boat? 

Biliknya selesa ke? 

Bilik air ngeri tak? 

Foodnya okay ke? 

Pening ke masa bot berhenti nanti? 

Aktiviti apa je pun yang ada di house boat ni?

Surprisingly house boat 2 tingkat yang UMT pilih bertajuk Pesona Houseboat 2 memang okay banget. 
Bilik selesa tapi jangan la korang expect macam bilik hotel berbintang-bintang gitu ye. Ada 8 buah bilik yang boleh menempatkan 3 - 4 orang dewasa bagi setiap bilik.
4 bilik air yang tersedia tiada satu pun yang ngeri. Semuanya bersih dan selesa walaupun comel-comel bilik airnya hehehehehe.

Makanan di bawah program anjuran UMT ni memang macam duduk di asrama sebab makan 5 kali sehari. Lauk pauk memang awesome sungguh.

Tak pening sedikit pun duduk di atas houseboat ni walaupun masa houseboat berhenti.

Banyak rupanya aktiviti boleh dibuat di Tasik Kenyir dan houseboat ni. Berkanu, mandi tasik (of course la kan), memancing, karaoke, etc.
Taklimat program oleh urusetia UMT di bilik perbincangan/karaoke
Aktiviti memancing di ruang legar houseboat
Kalau tak nak buat aktiviti boleh aje berehat-rehat melihat keindahan alam, membaca buku cerita cam den nih ha, melepak tengok televisyen, etc sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Memang best baca buku di sini
Yang paling best sebenarnya adalah tidur di ruang beranda. Memang syok tidur sebab lena sungguh dibuai angin bertiup.

Thanks UMT for the experience and memories.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Terengganu yang memberikan peluang den menginap di houseboat ni, korang boleh layari:

Website: www.umt.edu.my





Kalau korang nak tahu pakej dan maklumat berkaitan Pesona Houseboat, boleh layari:

Telefon: 0169868344/0199857144

0 Comments