Shopping di Tanah Abang, Jakarta
Tanah Abang is a must la kalau datang ke
Jakarta ni. Shopping heaven kot di sini.
Ceria je nak shopping hhheehehhee |
Kitaorang sempat merayau di blok A, B dan C
Tanah Abang nih walaupun tidak sempat pergi ke semua tingkat.
Ada pekedai kat Tanah Abang tuh maklumkan
bahawa Blok utama di Tanah Abang mula beroperasi pada 6.30 pagi dan tutup pada
4.00 petang. Blok A dan Blok B di Tanah Abang mula beroperasi pada 8.00 pagi
dan tutup pada 5.00 petang.
Ianya lebih kurang GM Klang la rasanya.
Ada pelbagai barangan yang dijual kat sini
terutamanya tekstil. Ada kain cotton (di lantai dasar di Blok B dan Blok C),
telekung, baju jersi, baju abaya, baju muslimah, pakaian sukan, langsir, cadar
dan sarung bantal, baju tshirts, baju kemeja, batik, set baju kerja (jacket and
pants), jeans, lace, etc.
Den tak ambil banyak gambar kat sini sebab
terkesima banyak sangat barang sampai tak tau nak ambil gambar apa. Dramatic
sangat nih.
Kalau memang suka survey barang dan harga
sebelum beli memang masak la nak berjalan kat sini sebab ada banyak blok dan
setiap blok ada beberapa tingkat.
Disebabkan den dengan member den jenis orang yang
malas nak survey sangat, kitaorang hanya beli barang di kiosk mana yang
kitaorang terjumpa yang kitaorang rasa barangnya dan harganya okay.
Yang paling banyak dibeli memang la telekung.
Den beli sepasang je untuk diri den. Yang lain belikan untuk ibu mertuaku
(untung-untung dapat gelang emas seurat nanti) dan teachers tadika dan taska A
dan F. Sikit pun dalam tujuh pasang telekung juga la den beli hehehehehee.
Telekung yang jual di Malaysia RM 80 - RM 100, kat sini dapat RM 38.
Telekung yang dikatakan kain seumpama
telekung Siti Khatijah kat sini dijual dengan harga RM 53. Kalau kat kedai Siti
Khatijah, telekung kain spesies begitu dalam RM 180 bila sale (nih member den
la cakap sebab den memang tak pernah beli telekung Siti Khatijah pun).
Ada pelbagai corak kain cotton yang member
den kata di Jackel dijual dalam RM 100 untuk 4 meter. Kat Tanah Abang nih dapat
RM 26 untuk 4 meter. Disebabkan bidang kain cotton nih 45, makanya oleh kerana
den adalah tinggi ala-ala Bella Hadid, makanya den kena beli kain tuh 4.5
meter. Den ambil 2 pasang je kain cotton. Jangan nanti terkenang-kenang tak
beli gittew konsepnya.
Dekat kiosk sebelah tempat kitaorang shopping
kain cotton tuh, dia jual kain cotton bidang 60 dengan harga Rp 30,000 @ RM 9.60
semeter. Den berkenan kat satu kain cotton corak dinosaur tapi tak beli sebab
macam weird plak nanti kan pakai baju kurung gambar dinosaur.
Blouse yang lengan ala-ala 70an, ropol-ropol,
bertali, etc yang dijual di Lazada RM100 hingga RM 120 sehelai, kat sini dapat
RM 55 sehelai. Member den dapat beli 2 helai blouse yang memang cantik warna,
design dan jenis kainnya. Den berangan juga nak beli sehelai yang tangan
ala-ala 70an tuh tapi disebabkan ada bahagian badan den yang fully endowed,
makanya tak muat la pulak. Tak dapat la nak beli huhuhuhuhuhu.
Tak sangka terjumpa seluar + skirt untuk
zumba kain cotton kat sini RM 27 sehelai. Kat Plaza GM seluar camnih yang kain
licin RM 55. Kalau yang kain cotton online RM 88 tak masuk kos pos.
Sepasang baju tidur budak-budak dan sepasang
baju siang budak-budak dapat RM 10 sepasang.
Tshirt leher bulat dengan lengan pendek kain
sedap RM10 sehelai.
Abaya yang jual di Malaysia RM 280, kat sini
dapat RM 80. Yang sarat dengan manik, labuci bagai k. Bukan yang kosong. Kain
berat lagi. Memang cantik. Tapi tak tersambar plak satu. Macam kena pergi lagi
nih sebab den terlupa nak beli sehelai abaya nih hehehehehehe. Harga Abaya di
Thamrin City Mall pun sebegini.
Wajib datang shopping di Tanah Abang
sekiranya melawat Jakarta k. Dear friend….moh kita datang lagi ye
hehehehehehee.
2 Comments
Saya salut lah kakak kuat shopping di Tanah Abang. Sebab saya Give Up 🤣🤣🤣🤣. Tak sanggup jammed nya saat kesana , tak kuat juga Denga lokasi dia yg besaaar sangat hahahah.
ReplyDeleteTp memang tempat ini Krn menjual barang dalam harga grosir, jadi pastinya lebih murah jika ingin dijual kembali
KSarie pernah sesat di sini kerana terlalu besar mall nya😅
Delete