Den terberminat nak duduk kat sini sebab tengok dalam web dia ada gambo Miss Universe 2012 dengan pemilik resort agaknya di depan pintu masuk resort tuh. Nak jugak mendiva ye.
Kat sini la Miss Universe tuh bergambaq
Reception area

Dari Ngurah Rai International Airport ke Ubud nih amik masa hampir 2 jam.

Den duduk sini 2 malam.

Resort nih dibuka pada 2012. So umoq dalam 5 tahun. Gambaq-gambaq kat internet kebanyakannya gambaq masa resort nih baru dibuka. Masa den duduk sini, persekitaran dia dah banyak berubah tapi still chantek dan selesa.

Sunyi sepi resort nih. Sesuai sangat untuk orang honeymoon.

Tapi untuk berehat-rehat macam den nih ha pun sajak jugak kalo tak berhoneymoon pun.

Dengan bayaran RM 180/malam siap breakfast, den rasa sangat berbaloi dengan environment nya dan bilik hotel tuh sendiri. Hotel nih ditempah through booking.com. Bilik dia besaq k. Boleh la kalo nak berlari-lari.
Ke pintu masuk bilik
Tangki putih tuh pressure tank katanya
Bilik den betoi-betoi sebelah sawah padi
Damai je tengok padi dok menguning

Katil dia paling den suka sebab selesa sangat. Katil ada tiang tuh. My favourite katil. Siap ada kelambu jarang-jarang. Romantika d armour sangat nih. Ada 4 ketoi bantai.
Walopun penat flight delay, tetap amik gambo sejurus lepas bukak pintu
Best kan katil camnih
Depan katil ada macam sofa yang sesuai untuk kita landing masa tengok tv.

Bilik air luas sangat. Siap bath tub. Dalam tak sempat tuh, den paksa diri masuk berendam jugak dalam tub tuh sebab macam tak lengkap je menginap kat resort meletop camtuh tapi tak berehat-rehat kejap dalam tub.

Bilik ayaq open ye. Takde bumbung. So kalo mandi tuh bley tengok persekitarannya. Ada pokok-pokok. Den agak takut skit mandi malam-malam coz takut ada momok bergayut kat pokok ke apa heheheheehehe. Tapi Alhamdulillah sepanjang den kena mandi malam coz sakan sangat berjalan, takde jumpa apa-apa yang pelik-pelik dan ngeri.
Bilik ayaq yang bley nampak pokok kat luar bilik

Cumanya masa 2 malam den duduk sini adalah hari hujan. So jenuh la kan nak mandi bila hujan. Sudahnya mandi air panas bersekali dengan ditimpa hujan.

Breakfast dia ada buffet dan boleh order satu makanan ala carte. Tapi disebabkan ada ham bagai so den just makan buffet dia je. Makan roti, cereals, pan cake dan fruits. Minuman ada juice dan kopi/teh. Staff kat restoran pun sopan-sopan.
Sikit je buffet spread nye tapi still okay
Makan nih dengan roti bakar + cereal...in sya Allah kenyang
View masa breakfast....anak-anak pokok padi baru dok tumbuh
Den suspect hiasan meja kat restoran nih adalah anak-anak pokok padi

Resort nih best k. Sangat bertemakan alam semulajadi camtuh. Den rasa 50% daripada kawasan resort nih dihiasi dengan landskap sawah padi, pokok-pokok menghijau (ha…ayat tak bley blah), kolam dan anak sungai. 50% je kawasan nih dibangunkan dengan resort tuh sendiri. Tuh pun sehabis boleh setiap satu resort tuh dibina bertemakan alam semulajadi dengan atap rumbia ke nipah den pun tatau, etc.

Bilik den betoi-betoi tepi sawah padi. Padi dah ala-ala nak menguning. Serious chantek. Seluas mata memandang kawasan padinya tuh. Mujoq jugak takde lintah atau pacat masuk dalam bilik den ye.

Kalo dekat dengan restoran, padi baru dok tumbuh. So dok menghijau anak-anak padi tuh. Tatau nak habaq chanteknya view camne.

Rasanya den spend masa dalam 1 jam lebih jugak la merayau kat kawasan resort nih. Sakan jugak den mengambik gambo sebab memang chantek kawasannya. Landskap dia memang terbaik.
Titi kayu dari reception area nak ke bilik-bilik. Masa ujan memang agak licin. Ada gak adegan terlicin tapi mujoq la takde yang tergolek masuk dalam kolam tuh. Kalo tak dah jadi drama.
Antara kawasan yang den berkenan masa tengok gambaq dalam web depa. Dalam web tuh gambaq buluh dok menguning chantek. Nih dah macam season skit but still chantek
Tempat bersantai-santai gamaknya
Ala-ala bot comei kale putih sebenaqnya bley naik tapi disebabkan tak cukup masa, memang tak sempat naik la.
Baby pokok padi baru dok bertumbuh kat resort yang lebih mahai sebab ada private pool
1st time den dapat tengok padi dekat-dekat
Jalan nak ke pool, belakang bilik den je pun sebenaqnya
Pool yang macam best sangat untuk berendam tapi disebabkan tak sempat, celup kaki pun tak dan.
Pool mengadap bilik den dan sawah padi. Sure best kalo dapat berenang sambil tengok view padi tuh kan.
Harus la ada gambaq den sekupang

Petugas kat reception counter pun comei-comei dan bersopan santun. Ada sekali tuh, den tersalah tekan remote tv langsung tv tak bley on, staff dia datang betoikan pun sopan je. Terpesona den k.

Siaran tv adalah sangat jelas. Macam-macam channel dok ada tapi memang la den tak sempat tengok ceite ape pun coz siang dah sakan berjalan. Malam adalah tertido pengsan tak sedaq diri.

Pool dia sangat gojes tapi den tak sempat celup kaki pun sebab busy sangat berjalan sampai ke malam. Agak terkilan di situ.

Tak sempat jugak memanjakan badan kat spa yang ada kat hotel nih. Nak jenguk spa tuh pun tak sempat.

Setakat 2 malam yang den duduk sini memang tak terjumpa dengan orang Malaysia dan penduduk tempatan Indonesia, yang ada omputih je. Tatau la sebab bukan peak season orang bercoti ke apa.

Nak booking motor pun mudah kalo duduk kat resort nih. Resort nih tak sediakan perkhidmatan motor tapi rumah kat sebelah resort nih ada sediakan.

Semuanya best pasai resort nih cuma one tiny stuff. Pressure air dia tatau bermasalah ke apa masa den duduk situ tapi pressure agak slow. Tak puas nak mandi. Nak tunggu ayaq penuh dalam bath tub pun jenuh. Selain daripada tuh, semuanya den puas hati.

Markah 4.5 daripada 5.

0 Comments