Disebabkan den and the gang ada mesyuarat kul 9 am senin 29 Nov kat JPS Perak, kitaorang pun tido satu malam ahad tuh 28 Nov kat Ipoh.

Den memang percaya kat anak-anak buah den dan ikut depa la pilih hotel yang mana yang dekat dengan JPS Perak dan rege bilik hotel ikut kelayakan kitaorang.

Bila anak buah cakap kitaorang akan duduk kat hotel Ritz Hotel, den tengok la gambo hotel tuh sekupang dua kat internet. Nampak macam kachaks. Bila anak buah kata rate 1 malam adalah RM 138 siap breakfast, den adalah agak terkujat sebab macam murah la jugak.

Bila nak sampai kat parking hotel tuh, den cakap kat anak-anak buah den ‘pasai pa kita lalu kat lorong belakang nih’ coz macam agak ngeri skit laluannya tuh. Dari parking nak ke lobby pun ada terasa cam pelik-pelik skit tapi once tengok lobi hotel macam chantek la jugaknya. So rasa okay je la.

Bila masuk bilik hotel rasa cam okay sebab bilik nampak selesa macam hotel yang den pernah duduk sebelum nih.

Dah alang-alang sampai Ipoh tanpa family nih moh la kita jumpa kawan lama kalo dia terfree kan. So ada rejki jumpa kawan lama. Dalam 10 pm dia fetch den.

The first thing my friend tanya masa den masuk dalam kete dia:

Friend : Pasai pa ofis you pilih hotel ni? You datang nih untuk urusan rasmi kan?

Den : Haah kan I dah cakap I ada mesyuarat esok. Kenapa dengan hotel nih? (dalam hati risau la kan kot-kot hotel nih terkenal dengan lagenda momok ke ape. Dah la den tidoq sorang-sorang kot kat dalam bilik hotel yang ada 2 katil single tuh).

Friend : You tau tak nih hotel apa? Hahhahahaha….(gelak keji macam penjahat tuh k).

Den : Pasai pa wei dengan hotel nih? (Hati memang la nak meletop sebab risau pasai momok).

Friend : Area nih kawasan sisi gelap Ipoh k. Kawasan nih port pondan dan pelacuran. Hotel yang you duduk tuh salah satu port depa kot.

Den : You biaq betoi. (Tiba-tiba teringat makwe yang sangat seksi yang naik lif dengan den dan anak-anak buah den lepas kitaorang check in tadi dalam 730 pm).

Friend : Nanti I anto you balik lepas kita minum-minum you bley tengok ada bapak dan mak ayam serta anak-anak ayam bersidai kat area hotel you.

Lepas minum dan bergosipan mengenang kisah kengkawan lama zaman 24 tahun lepas (serious dah tua wei den nih), member den pun anto den balik ke hotel.

Memang betoi kata kawan den tuh, serious ramai ayams gebu gebas berskirt pendek dan berbaju yang menampakkan cleavage duduk melepak kat pintu masuk dank at lobi hotel tuh k. Penaung depa (mak dan bapak ayam) dok melepak kat kerusi di sebelah jalan berhadapan hotel tuh.

Kitaorang lepak jap dalam kete member den sebab den terkesima kejap tengok ramai ayams dok bersidai.

Nampak la ada beberapa orang dok bersembang-sembang dengan penaung ayams tuh. Memang ada orang Melayu la.

Lepas puas kena gelak dengan member den sebab den duduk hotel yang jadi port aktiviti yang tidak senonoh nih, den pun balik la ke bilik hotel.

Masa den lalu kat pintu masuk lobi dan lalu di lobi, kebanyakan ayams yang memang semuanya seksi tuh pandang den semacam sebab mungkin depa musykil pasai pa minah pakai tudung nih ada kat hotel nih. Adakah ayam versi baru (bertudung tapi ayam jugak) yang nak mengacau ganggu kawasan depa atau pasai pa dalam banyak-banyak hotel kat Ipoh nih, den bley pilih duduk hotel nih.

Masuk je bilik hotel, den terus wasap anak-anak buah den ceite apa yang berlaku. Rupanya depa pun terkujat macam den jugak tak sangka terduduk hotel camnih.

So tuh je la pun ceitenye hehhehhheehe.

p/s kalo tiba-tiba ada raid polis, imigresen, etc kat hotel nih pasai isu ayams tuh sure la tragedy kalo tiba-tiba terada kelibat den dan anak-anak buah den dalam rancangan 999 tuh. Sure glamour 1 kampung nko hahahhhahahaaha.
Ayams dari dalam kete member den

2 Comments

  1. HahahhahhaA..

    Adoyaiii.. Sekeh sikit anak buah hang tuh.

    Tak sabar nak baca komen hang ttg Fantastic Beast.

    Cpt la komen sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....anak-anak buah tuh memang patut ditabuh skit. Den dah komen ye pasai Fantastic Beast tuh

      Delete