Tips Naik Bas KL Hop On Hop Off

09:34
Antara tips yang tak seberapa lepas den sekeluarga naik bas KL Hop On Hop Off tuh:

1. Naik bas waktu terpaling awal bas beroperasi supaya kita tak terkena sangat panas terik terutamanya kalo kita just nak naik bas tuh untuk ronda-ronda dan tak turun kat mana-mana pit stop. Kitaorang mula pada 930 am berakhir pada 1215 tengahari.

2. Kalo nak turun kat mana-mana pit stop atau just nak ronda-ronda masa hari bekerja, make sure kita tak naik bas tuh dalam kul 4 pm - 6 pm sebab masa tuh sure sesak kronik sebab orang dok kalut balik keje, etc.

3. Naik kat pit stop 12 (Muzium Negara) macam just nice sebab masa tuh bas pertama sampai kul 930 pagi, bas pun berhenti lama skit kat situ (dalam 15 minit) dan parking di muzium dari 930 pagi sampai 1230 tengahari dalam RM 5 je.

4. Make sure breakfast dulu sebelum naik bas tuh sebab memang lama perjalanan satu pusingan dia tuh (kalo kita nak naik bas tuh untuk ronda-ronda je). 2 jam 45 minit sekali pusing bergantung kepada keadaan trafik.

5. Duduk kat bahagian atas yang tak berbumbung di tingkat atas bas sebab tuh yang special nye pasal bas KL Hop On Hop Off nih. Walopun panas lit-lit still boleh rasa angin. Tapi kalo ujan memang kena lari masuk ke bahagian berbumbung penuh la.

6. Tiket memang kena simpan elok sepanjang masa sebab aka nada sesi pemeriksaan tiket di beberapa pit stops.

7. Ada je pelancong yang buka payung masa duduk kat bahagian tak berbumbung masa panas lit-lit tuh. Tengok kesesuaian la ye nak bawa payung ke tak tapi kalo bawa payung pun, bawa yang kecik je. Bila buka payung pastikan tak terkena kepala orang lain yang duduk berdekatan dengan kita.

8. Bawa ayaq mineral botoi kecik tuh dalam 2 botoi. Walopun tak dibenarkan makan minum dalam bas tuh, memang dahaga duduk dalam bas tuh selama 2 jam 45 minit lagi-lagi untuk budak-budak. 

9. Pakai baju yang selesa. Toksah nak pakai baju berenban-berenban sangat aih sebab panaih nanti dan susah nak turun naik bas lagi-lagi bila bas dah sangat penuh dengan orang. Tangga nak turun dari tingkat 2 ke bawah pun haluih je. Pakai pakaian yang mudah serap peluh lagi-lagi untuk budak-budak. 

10. Bawa topi dan kaca mata hitam. Topi untuk kiddos is a must.

11. Pakai kasut yang flat je la. Senang nak naik turun bas. Bley je la pakai heel tapi kalo tak kena gaya bley terplecok lagi-lagi masa nak turun tangga tuh.

12. Kalo duduk kat bahagian terbuka tuh, kena extra berhati-hati bila melalui kawasan berpokok coz memang ada potensi nak terkena ranting dan dahan pokok. Karang tak pasai-pasai kena libasan pokok dan tercedera.

13. Tempat yang den rasa menarik untuk budak-budak adalah Pit Stop 14 (Taman Tasik), 15 (KL Bird Park), Taman Tasik Perdana, 4 (Aquaria KLCC), KL Sentral (kalo nak bawa budak-budak naik komuter ke lrt ke), KLCC.

Tuh je la kot rasanya tips nye.
Gambo dari bus stop kat Muzium Negara

2 comments:

  1. Nak tanya. tempat parking selain muzium ade tak? KL sentral busy gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je tempat lain yang bley parking macam dekat Taman Tasik, etc. KL Sentral pun bley parking tapi penuh orang naik kat situ. Kalo ada anak kecik sesuai mula dari Muzium Negara sebab masih pagi bas bergerak.

      Delete

Powered by Blogger.