Sabtu lepas (16 Julai), dalam kul 11 am kitaorang empat beranak dok melepak atas katil sambil bersantai-santai dengan gajet masing-masing. Den main Candy Crush Saga, A dok tengok video dinosaur, F dok main game masak burger dan buong dok main bola.

Alih-alih buong cakap macam best je kalo dapat berjalan-jalan bercotian tidoq kat hotel. Den kalo bab berjimbaan nih memang okay je walopun bajetnye sipi-sipi je.

So berangan la nak pegi tengok umah di Jawi, Penang. Dah alang-alang ke Jawi kata buong, kita survey la sekali umah dekat Bandar Sri Iskandar. Kitaorang memang la ada perangai suka tengok umah contoh. Dah merata-rata dah tengok umah contoh sebab macam chantek sangat. Walopun jatuh dalam kategori mampu tengok still suka je dapat berjalan-jalan tengok umah.

Rancangannya nak gerak terus ke Jawi. Lepas tengok umah tido hotel kat Bandari Sri Iskandar. Lepas check out ahadnya terus nak ke Lumut. Balik Shah Alam seninnya.

Memang planned nak EL je la on Monday tuh.

Kira-kira bajet tol, minyak, hotel bajet dan makan macam cukup duit so moh la kita pergi berjalan camtuh ceitenye.

Buong kata cari hotel bajet masa dalam perjalanan ke Jawi je la.
Tergedik-gedik kul 12 tengahari baru nak mandi, packing baju, susu, jajan dan air. So dalam kul 2 pm jugak la kami gerak dari umah.
Depa yang paling bergumbira bila cakap nak pi jalan
Lepas je Giant kat Seksyen 13 tuh baru teringat botol susu budak-budak lupa packing (nih la jadik nya kalo den tak buat final check sebelum keluar umah). Malas nak patah balik. So kitaorang planned nak beli botol susu murah je la kat mana-mana kedai nanti.

Sejak keluar umah memang ujan sampai la kitaorang singgah kejap dekat RR Simpang Pulai untuk lunch around 3 pm. Ujan memang lebat so memang tak bley nak speed sangat.

Sampai Jawi dah dalam 845 pm. Tengok kawasan perumahan tuh dari luar je la.
 

Keluaq dari Jawi tuh dah almost 715 pm. Buong kata memang tak lalu la nak drive sampai ke Bandar Sri Iskandar coz dalam 2 jam lebih jugak nya. So kitaorang planned nak tido kat bandar terdekat iaitu Taiping Bandar Warisan.

On the way ke Taiping tuh, baru la tergedik-gedik nak mencari hotel bajet. Jenuh la jugak kan dengan GPS dah nak mati bateri + A dok sakan melalak coz nak pegang GPS tuh. Dengan handphone den yang dah kong so tak dapat nak waze. Memang happening la

Dalam 15 minit berpusing-pusing mencari hotel yang mampu tido tuh, kami akhirnya terjumpa The Regency Hotel Seri Warisan kat tengah-tengah bandar Taiping nih. Disebabkan badan memang dah penat sangat dan harga bilik hotel pun okay, kami pun melepak di sini.

0 Comments