Awal Ogos lepas den dan beberapa kakitangan daripada pejabat ada lawatan tapak teknikal ke dua empangan di Pulau Pinang iaitu Empangan Air Hitam dan Empangan Mengkuang. Alang-alang dah berada di Pulau Pinang, den dan konco berjalan stay back 2 hari lagi di Penang selepas lawatan teknikal tamat sebab hendak ke Pulau Jerejak. Cerita pasal Pulau Jerejak in sya Allah den ceritakan kemudian ye.

Dalam entry kali ini den dan ceritakan tentang tempat-tempat makan yang sempat kitaorang singgah sepanjang kitaorang berada di Penang yang memang sangat terkenal sebagai syurga makanan.

1. Apom atau apam lenggang

Mungkin banyak je tempat yang jual apom di Penang yang den tak tau tapi apom favourite den adalah apon dari Market Seberang Jaya. Pastikan datang awal pagi kalau nak beli apom di sini sebab apom nya cepat sangat habis. Apom di Astaka Taman Tun Sardon pun okay juga.

Lokasi: 4, Jalan Tenggiri, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 6 pagi - 12 tengahari. 

 https://goo.gl/maps/Y4NSobbaY3N2rgN66

2. Serabai Astaka Taman Tun Sardon.

Di Astaka Taman Tun Sardon ni ada macam-macam makanan daripada kuih muih, nasi lemak, nasi dagang, bihun sup, etc. Sediakan perut je la. Masa den pergi hari tu nampak orang beratur panjang gila di kiosk bihun dan mee sup. Misi hari tu cuma nak makan serabai dan apom. Jadinya itu je la yang den makan pun. Serabai di sini memang awesome. Tempat letak kereta di sini amat terhad, memang jenuh nak jumpa spot elok. Datang pagi-pagi ye masa lauk pauk masih meriah. 


Lokasi: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang.

Kalau ikut google operasi 24 jam tapi biasanya orang datang sini untuk breakfast.

https://goo.gl/maps/1oDHEvSefzYFyxZ1A

3. Sup Hameed

Den rasa sup dia biasa je macam sup di kebanyakan kedai mamak (nampak benar selalu melepak kat kedai mamak kan hehehehehhee) tapi dah alang-alang kita sampai ke Penang ni, moh la kita makan sup ni. Lagipun sepelaung benar dari hotel. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.

Kalau ambil sup, pastikan ambil juga roti. Memang geng dia roti cicah sup ni. Terkilan plak hari tu tak makan nasi lemak bungkus yang nampak macam kacak sangat tapi tak terambil sebab perut dah penuh. Harus la kena repeat Penang semula ni asbab nak makan nasi lemak bungkus di sini.

Lokasi: 48, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 7 pagi - 12 tengah malam.

https://goo.gl/maps/Cy1RjY7KB7QUFFEy9

4. Pasemboq dan sotong kangkung Medan Selera Padang Brown

Kalau masih tak jemu makan pasemboq tapi tak nak pergi ke Padang Kota, makanya boleh makan di Medan Selera Padang Brown yang spesies makanannya seumpama di Padang Kota juga. Semuanya ada di sini dari char keay tiaw, mee sotong, etc.

Kitaorang sakan makan pasemboq dan sotong kangkung sampai segah perut kat sini hari tuh. Sempat merasa sesuap dua char keaw tiaw dan mee sotong. Okay je la rasanya cuma pelik kenapa char keaw tiaw dia ada paru lembu. Weird plak rasanya.

Lokasi: Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 5.30 petang - 11.30 malam

https://goo.gl/maps/DGsT1EErKEXbdwkn9

5. Roti Canai Transfer Road

Makan di sini sebelum singgah shopping di Pasar Chowrasta sebab gerai dia betul-betul berhadapan dengan Pasar Chowrasta dan sebelah balai polis. Den makan roti bakar telur goyang kat sini. Sedap je la. Den ni apa saja pun sedap je hehehhehee.

Lokasi: 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 7 pagi - 12 tengahari.

https://goo.gl/maps/Wac3fdr9sgMGQuAv7

6. Ayu Mee Udang

Di sekitar kedai makan Ayu Mee Udang ni ada banyak kedai mee udang yang lain, jadinya boleh cuba jaya yang mana menarik hati ye.

Udangnya memang gemuk-gemuk. Memang puas hati makan. Den makan 1 pinggan kongsi berdua dengan member sebab macam banyak la juganya. Lagipun nak makan laksa plak lepas tuh hehehehe. Boleh datang makan sini lagi nanti. Kalau tak nak makan mee udang, ada je menu lain macam nasi goreng udang, mee goreng udang, etc.

Lokasi: 936B, Lengkok Kampung Masjid 2, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 1 petang - 10 malam

https://g.page/AyuMeeUdang?share

7. Laksa Tempurung

Lepas makan di Ayu Mee Udang, kitaorang berjalan kaki dalam 10 minit ke Restoran Laksa Tempurung. Ini memang tempat yang korang wajib singgah sebab makanan dan pemandangannya.

Laksa tempurung simple dan sedap. Diregukan pula dengan lai chi kang. Makan sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Memang gandingan terbaik.

Kalau tak nak makan laksa, boleh je makan keropok lekor, pisang goreng, etc.

Lokasi: Simpang Keluar Teluk Kumbar, Jalan Gertak Sanggul, 11950 Bayan Lepas, Penang.

Waktu Operasi: 2 petang - 7.30 malam

https://goo.gl/maps/XYohqhiY2Lhw5ojc8

8. Sany Char Koay Teow

Den tak pasti Sany Char Koay Teow yang original yang mana satu sebab ada 3 cawangan Sany Char Koay Teow di Georgetown ni. Kitaorang pergi makan di Bayan Lepas. Ramai betul orang makan kat sini. Seronok tengok restoran yang ada simple menu tapi ramai orang datang. Maknanya sedap la tuh kan?

Lokasi: 10, Jalan Sultan Azlan Shah, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 4 petang - 2.30 pagi

https://goo.gl/maps/oxZ2r1QcY4HfmH8d9

9. Nasi Kandar Beratur 786

Den tak tau pun nasi kandar yang sepelaung dari rumah abah den ni popular rupanya. Den dah beberapa kali makan kat sini kalau balik Penang.

Nasi kandaq ni yang istimewanya ada macam-macam lauk bertemakan kari. Nak makan telur ikan dan telur sotong memang sini la tempatnya.

Mungkin deria rasa den dah terpleot tapi den rasa nasi kandar semuanya lebih kurang je rasanya hehehehhehe tapi memang ramai orang beratur makan kat kedai ni.

Lokasi: 49, Jalan Todak 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 2 petang - 12.30 pagi

https://goo.gl/maps/CzrqXo7WKaw4RyLN7

10. Idrus Ikan Bakar Batu Uban

Bila dah boring makan nasi kandaq pagi petang siang malam di Penang ni, kita boleh terjah restoran ikan bakar. Den pernah makan di restoran ikan bakar di Batu Maung dan Gelugor. Dua-dua tempat pun sedap je. Kali ni kitaorang makan dinner di Idrus Ikan Bakar. Di kawasan ni memang penuh dengan deretan ikan bakar. So pilih je mana satu yang berkenan.

Semua spesies hidupan laut daripada ikan, siput ke belangkas semuanya ada. Tip nak pastikan dapat rasa semua jenis seafoods yang dipesan adalah jangan makan nasi langsung atau makan nasi sekupang je. Rasa ngam dengan tekak den lagi-lagi sotong goreng tepung. 

Lokasi: No. 3, Idrus Ikan Bakar Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12 tengahari - 12.00 pagi


11. Sup Ketapang
 
Ramai abam polis makan kat sini masa kitaorang breakfast sebelum bergerak ke Pulau Jerejak. Nasib baik kitaorang pakai mask elok terletak hehehehehe. 

Terletak bersebelahan dengan Power Hotel, gerainya simple. Menunya ada 3 je samada keau tiaw sup, mee sup atau bihun sup. 


Lokasi: Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Gelugor, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 7 pagi - 11 pagi


12. Cafe Takdak Nama

Kitaorang pergi cafĂ© ni sebab ternampak promosinya di Facebook masa kitaorang dok terfikir nak makan apa untuk dinner lepas penat sakan memborong buku di Chowrasta Market dan BookXcess. 

Western food yang portion nya boleh tahan banyak. 


Lokasi: 2A, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 5 petang - 12.00 pagi


13. Satay Bukit Mertajam

Sataynya lembut sangat. Tapi masa PKP ni, satay nya akan dihantar atau boleh pick up sendiri. Boleh contact orangnya untuk dia hantarkan satay nya ye.


Ini senarai tempat dan makanan yang sempat den terjah di Pulau Mutiara nih ha.

Jadinya kalau berada di Pulau Pinang lagi-lagi untuk sesi berjimbaan, sila lupakan hasrat untuk berdiet atau mengira kalori ye. 

Den akhiri post ini dengan gambar Nasi Arab yang sedap di Bayan Lepas yang kitaorang terjumpa secara tak sengaja lalu den tak tau lokasi sebenarnya di mana sebab masa tuh kekalutan tak ketahuan kenapa huhuhuhu.

0 Comments