1. Datang waktu pagi atau petang. Elakkan datang waktu tengahari sebab kawasan lombong ni kepanasannya berbeza dengan panas di kawasan biasa. Panas kawasan lombong boleh sampai ke tulang walaupun kita dah pakai topi, etc.

2. Wajib ambil guided tour. Tanpa guided tour, tidak berbaloi datang ke sini.

3. Bawa air mineral. Masa kitaorang pergi, café yang ada di sini tak beroperasi jadinya memang la kehausan.

4. Pakai baju yang serap peluh dan kasut yang sesuai. Disebabkan cuaca di sini adalah panas kering, pakai baju yang selesa dan tidak berambu-ramba. Disebabkan laluan dalam kapal korek tuh agak sempit dan berliku ditambah pula ramai orang dalam guided tour, amat disarankan untuk pakai kasut yang sesuai. High heels is a big no for me.

5. Berjalan satu pusingan keliling kapal korek. Perlu ambil peluang tengok luaran kapal korek daripada pelbagai sudut di samping bersenam sedikit.

6. Sila melawat galeri pameran. Banyak maklumat menarik di sini.

7. Kalau bawa anak-anak kecil, boleh beli makanan ikan di kaunter tiket sebab diaorang boleh bagi makan ikan-ikan dalam lombong nanti. Ada la aktiviti best sikit untuk budak-budak. Pastikan beli makanan ikan di kaunter jualan tiket ye sebelum guided tour bermula.

8. Kena perhati anak-anak masa dalam kapal korek tu sebab ianya berada atas lombong. Takut tersalah langkah memang boleh terjatuh dalam lombong yang dalamnya memang ke laut. Budak-budak macam anak-anak den tuh ha suka berlari sana sini, memang la nak kena tengok lebih sikit.

Untuk baca tentang pengalaman kitaorang berjalan-jalan di sini, boleh baca di sini ye https://www.dinohauz.com/2020/07/jalan-jalan-perak-2020-kapal-korek.html

With my babies
Boleh hubungi atau layari media sosial berikut untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut.

Website: www.tt5perak.com

Facebook: https://www.facebook.com/tanjungtualangno5

Instagram: https://www.instagram.com/tanjungtualangno5

Email: tt5@amanjayaholdings.com

Telefon: +6014-9043255

0 Comments