Di sebalik kecemerlangan seorang atlet hebat, di belakangnya pasti hadir seorang jurulatih yang membimbing, merangka strategi, berhempas pulas melatih anak didik tersebut sehingga berjaya.

Siapa yang tidak kenal lagenda badminton negara, YBhg. Datuk Misbun Sidek yang telah berjaya membimbing dan melatih 3 juara, Dato Rashid Sidek, Dato Lee Chong Wei dan Ruslin Hashim.

Jadinya bila Taraf Nusantara Sdn. Bhd. memberi peluang kepada BBSAPmedia beramah mesra dengan YBhg. Datuk Misbun Sidek di dalam satu majlis makan malam dan temuramah di Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung anjuran Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), den memang teruja banget.

Langsung speechless dan berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku bila berpeluang bergambar dengan Datuk Misbun Sidek. Terkesima bila jumpa hero badminton ni.
Speechless wei
Dinner bersama YBhg Datuk Misbun Sidek
YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana 

Untung ye orang yang membeli rumah di BBSAP sebab ada peluang untuk berjumpa dengan Datuk Misbun Sidek sebab beliau telah dilantik oleh Taraf Nusantara Sdn. Bhd. sebagai Duta BBSAP sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam melonjakkan nama Malaysia di persada dunia dalam sukan badminton. 

Dewan Badminton Misbun Sidek yang sedang di dalam pembinaan di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sri Manjung diyakini dapat menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan individu berbakat selepas ia disiapkan sepenuhnya pada tahun depan.

YBhg. Datuk Misbun Sidek amat menghargai inisiatif pemaju menggunakan namanya untuk dewan badminton itu dan berharap boleh memberikan sumbangan tenaga dan ilmu kepada anak-anak muda di bandar itu melalui latihan dan juga klinik badminton.

Pencarian Jaguh Baru Badminton

YBhg. Datuk Misbun juga berhasrat untuk menjadikan Manjung/Sitiawan sebagai pusat latihan badminton bagi golongan remaja di negeri Perak di dalam usaha untuk mencari jaguh dunia baharu yang akan terus mengharumkan nama Malaysia. Antara rancangan yang telah disusun bagi tahun ini adalah penganjuran bengkel badminton dan perlawanan badminton kategori remaja di bawah 21 tahun untuk mencungkil bakat baharu anak tempatan Perak dalam acara sukan ini.
Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Anjuran BBSAP

YBhg Datuk Misbun Sidek berkongsi kata-kata semangat dan azimat semasa perasmian Kejohanan Badminton Remaja Terbuka anjuran BBSAP yang melibatkan lebih kurang 250 pemain cilik yang berlangsung dari 14 -15 Mac 2020 di Manjung Badminton Arena Lekir.
En Farid, wakil BBSAP memberi ucapan aluan
Datuk Misbun sedang memberi kata-kata perangsang kepada peserta pertandingan
Datuk Misbun bersama pemain cilik yang telah dipilih untuk menjalani latihan badminton Nusa Mahsuri
Hebat-hebat sungguh depa yang bertanding ni
Modul Latihan Khas Jurulatih Badminton

Jurulatih badminton negara perlu menggunakan modul latihan khas yang selaras bagi melahirkan lebih ramai bintang sukan itu bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei.

Perkara itu disuarakan legenda badminton negara, YBhg Datuk Misbun Sidek ketika ditemui sejurus selepas perasmian Kejohanan Badminton Remaja Terbuka. Beliau mahu Malaysia mencari formula khusus supaya atlet badminton negara terus menempa nama di persada antarabangsa.

YBhg Datuk Misbun Sidek memberitahu demi mencapai matlamat itu, beliau telah pun merangka satu siri modul latihan khas yang boleh diguna pakai oleh semua jurulatih termasuk memberi latihan yang selaras kepada pasukan jurulatih negara.

 “Sudah tiba masanya untuk Malaysia mencari satu formula yang mana semua jurulatih badminton menggunakan modul latihan yang sama sehingga mampu melahirkan bintang dunia” kata YBhg Datuk Misbun Sidek. 

Legasi Warisan Pada Anak Bangsa

Menurut beliau lagi, modul latihan tersebut merupakan satu sumbangan beliau kepada negara bagi sukan badminton.

"Saya sudah menyediakan satu siri modul latihan yang telah diguna pakai selama ini hingga mampu melahirkan jaguh seperti Datuk Lee Chong Wei dan pemain lain yang mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

YBhg Datuk Misbun Sidek yang baru dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, modul latihan itu merupakan satu 'peninggalan' besar dalam bidang sukan berprestij itu selepas khidmat kejurulatihan beliau berakhir pada satu masa nanti.

“Saya tidak akan berada di sini selama-lamanya, tetapi modul yang saya sediakan ini boleh digunakan oleh jurulatih lain.

"Walaupun sampai masa saya tiada lagi, sekurang-kurangnya sumbangan saya ini boleh terus memastikan sukan badminton negara terus mendapat perhatian peminat sukan global,” tambah beliau lagi. 

Dalam pada itu, YBhg Datuk Misbun Sidek yang merupakan 'orang penting' di sebalik kejayaan Lee Chong Wei berkata, Malaysia perlu terus menghantar pemain negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa supaya ranking kedudukan negara kekal di tangga tertinggi.
Korang tengok la dengan tangan den sekali interview Datuk Misbun tapi Datuk memang cool je orangnya. He reminds me of Morgan Freeman. The cool yet in control guy.
The Next Badminton Champion?
He already trained 3 world champions, YBhg Dato Rashid Sidek, Dato Lee Chong Wei dan Ruslin Hashim. Jadinya sewajarnya kita mempunyai keyakinan tinggi terhadap modul latihan yang diformulasi oleh beliau.

YBhg Datuk Misbun Sidek berkongsi asas modul latihan yang diamalkan sejak zaman anak-anak Sidek dilatih oleh ayah mereka iaitu lots of running and scheduled games/training/playing.

Semoga ada rezeki kita jumpa the new world champion tidak lama lagi.
Till then, Malaysia akan sentiasa terhutang budi dengan YBhg Datuk Misbun Sidek di atas segala jasa yang telah disumbangkan bagi memartabatkan badminton Malaysia di mata dunia.
We Malaysian love you YBhg Datuk Misbun Sidek.
Terima kasih kepada Taraf Nusantara Sdn. Bhd. dan Intelectasia Consultancy yang memberikan peluang kepada den untuk bertemu dengan YBhg Datuk Misbun Sidek.

0 Comments