Semuanya ada kat sini. Satu-satunya kawasan yang menempatkan semua kemudahan dan perkhidmatan daripada mesin ATM, kedai serbaneka, kedai makan, kedai pakej snorkeling, kedai souvenirs, kedai urut, kedai telefon, pub, klinik, farmasi, kedai diving, etc.
Kalau korang datang Koh Lipe tapi tak datang ke Walking Street ni memang la pelik sangat-sangat ye.

Sepanjang 3 hari 2 malam kitaorang di Koh Lipe, hampir 10 kali kitaorang berulang jalan-jalan ke sini rasanya. Mentang-mentang hotel sebelah je dari Walking Street (tak sampai 1 minit), memang la asyik berjalan-jalan di sini kalau dah penat melepak kat tepi pantai. Nak ber sunbathing takut kena panah petir plak kan, makanya jalan-jalan di Walking Street je la kerjanya sampai naik bot balik ke Langkawi hehehehheheehhe. 

Den sharekan gambar-gambar yang sempat den ambil di sepanjang Walking Street ni.
Mula-mula kak eita nak beli bikini two pieces tuh tapi den cakap kalau kena panah petir tanggung sendiri:))





2 Comments