Penyelesaian Utama Kepada Semua Masalah Rantai Motosikal

13:12
Dapatkan pelincir yang tepat untuk rantai motosikal anda dengan barisan produk WD-40® Chain Lube, yang diformulasi secara khusus bagi memberi tunggangan yang lebih lancar dan pantas.
Rantai adalah antara bahagian penting dalam motosikal dan sering diabaikan. Bagi memastikan rantai motosikal dalam keadaan yang terbaik bukan sahaja akan mempertingkatkan prestasi motosikal, malah turut membantu mengelakkan daripada situasi yang bakal mendatangkan bahaya.
Sebarang jenis halangan atau geseran yang boleh menyebabkan set rantai motosikal menjadi rosak dan secara langsung akan memberi kesan kepada kecekapan kuasa yang digunakan. Perkara yang sama terjadi kepada rantai motosikal yang terus tergelincir. Oleh itu, memilih pelincir yang betul adalah amat penting untuk memanjangkan hayat dan prestasi rantai motosikal dan gegancu (sproket) anda.

Untuk memenuhi keperluan pelincir kepada para penunggang, WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube direka khas bagi tujuan spesifik ini iaitu untuk memberi pelinciran dan melindungi motosikal walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar.

WD-40® Specialist™Automotive Chain Lube Adalah Penyelesaian Utama Untuk Semua Permasalahan Rantai Motosikal

Tidak seperti rantai motosikal biasa, rantai motosikal berbentuk gelang-O (O-ring), gelang-X (X-ring) atau gelang-Z (Z-ring) menggunakan tampalan getah di antara pautan dalaman dan luaran yang mampu mengekalkan kehadiran gris dalam setiap pin pautan rantai, dan pada masa sama menghalang masuk bendasing dan berkesan mengeluarkan debu kotoran.

Setiap jenis gelang rantai ini juga bagaimanapun memerlukan minyak pelincir yang berbeza. Oleh itu, menggunakan pelincir yang betul adalah amat penting bagi memanjangkan jangka hayat rantai.

WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube ini diperbuat dengan prestasi tinggi dan pelinciran yang tahan lama serta formulasi perlindungan yang sesuai untuk jenis gelang O,X dan Z.

WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube berprestasi tinggi, sintetik penuh dan pelincir rantai ini mampu bertahan dengan cuaca, mahupun dalam keadaan kering atau basah, di mana menjadikannya sesuai untuk motosikal jalanan dan motosikal lasak, kart dan ATV. 

Ia juga mempunyai ciri-ciri perlindungan terbaik yang menghalang kerosakan daripada geseran, mencegah daripada berkarat, menghalang keretakan pada rantai tanpa menganggu sistem gerakan. Ia mempunyai semua sifat yang menjadikannya sesuai untuk mereka yang tinggal di cuaca tropika dan bagi peminat aktiviti lumba dan lasak.
Bagi mereka yang mementingkan penjagaan motosikal, WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube dihasilkan menerusi formulasi istimewa yang dapat memastikannya tahan lama. Ciri-ciri anti-fling (nyah-campakan) yang terbaik mengurangkan kelonggaran pada rantai dan juga kerosakan terhadap bahagian motosikal yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube atau mana-mana produk keluaran Syarikat WD-40, boleh melayari www.wd40.asia .

No comments:

Powered by Blogger.