Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald’s Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.
Pilihan Menu Bercitarasa Tempatan

Selain menu utamanya, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semuanya terdapat di semua restoran McDonald’s di seluruh negara pada masa ini.

Penggunaan Bahan-Bahan Tempatan

80% daripada bahan-bahan McDonald’s Malaysia diperoleh di Malaysia sendiri. Semuanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos termasuk sos cili kegemaran rakyat Malaysia dihasilkan atau diperolehi dari dalam Negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan di dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Restoran didukung oleh Tenaga Kerja Warga Malaysia

McDonald’s Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia dan syarikat itu komited untuk menyediakan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat kepada semua pekerja tempatan.

Pemegang Francais 100% Warga Malaysia 

McDonald’s Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di pelbagai tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan McDonald’s Malaysia adalah warga Malaysia yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

Aktiviti Akar Umbi Setempat

Restoran McDonald’s di seluruh Negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

Inisiatif Amal untuk Kanak-Kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald’s Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald’s adalah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Puan Melati Abdul Hai memaklumkan “walaupun McDonald’s Malaysia adalah salah satu jenama global terkemuka, McDonald’s Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia. Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami.”
Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia di seluruh Negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald’s, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran menu McDonald’s yang menarik bulan ini, sila layari www.mcdonalds.com.my
 
Menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia juga telah memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September).

Jom sertai petisyen ini di http://chng.it/LDfjGDJsQs

2 Comments

  1. diharapkan Mekdi ni membuka cawangan2nya di pekan gak sbb mcm di Kelate ni cuma di KB je ada Mekdi. Tak mcm KFC, di semua daerah wajib ada di kelate ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga hasrat Abam Kie didengari oleh pengurusan McD. Sayang kan kalau tak buka kat banyak daerah kat Kelantan. Ramai potential customers kot

      Delete