Perth 5 Hari 4 Malam (3 - 7 September 2018)

Dah hampir 2 bulan berlalu sesi berjimbaan nih, baru la tergedik-gedik nak mencoretkan kenangan di sini. Of course akan ada banyak info yang tertinggal sebab dah lama berlalu kot episod indah ni. In sya Allah den cuba cerita sedikit sebanyak apa yang teringat k supaya bila den tengok balik blog nih, ada la kenangan tentang Perth ni.

Tak sure kenapa rancang nak pergi Perth last year. Mungkin sebab ada 2 batchs offismate dah pergi ke sana dan mengkhabarkan betapa indahnya Perth. Seorang makwe dari ofis pergi ke Perth dengan group backpackersnya. Diaorang drive sendiri siap cover kawasan selatan Perth. Lagi satu batch adalah 5 orang officemates yang bawa keluarga masing-masing di dalam trip tersebut (termasuk babies and toddlers).

Another reason kenapa kitaorang pilih Perth mungkin kerana Perth adalah tempat orang putih yang terdekat dengan Malaysia lalu perjalanan dan ongkosnya adalah agak kurang mengerikan walaupun tetap la jua merabakkan poket. 

Disebabkan group yang nak pergi ni malas baloq, kitaorang tak survey pun pasal itinerary + travel agent. Just ambil travel agent yang ofismate bagi, kitaorang deal terus je dgn travel agen tuh serta bersetuju sahaja dengan cadangan itinerary yang travel agent bagi. Sila jangan ikut perangai kitaorang nih ye.

Walaupun ikut tarikh, macam 5 hari 4 malam, sebenarnya lebih kepada 4 hari 4 malam sebab flight balik ke Malaysia adalah pada pukul 650 am pada 7 Sept tuh.

Kitaorang booking tiket untuk ke Perth pada November 2017 sempena sale oleh AirAsia. Almost setahun juga la ye menunggu nak berjimbaan ke Perth tuh. Orang biasa-biasa poketnya tapi teringin nak berjalan macam ni la. In sya Allah boleh pergi berjalan tapi akan ambil masa yang lama untnk kumpul duit dan perlu bersungguh-sungguh booking tiket semasa AirAsia buat sale. 

Kitaorang pergi berempat kali ni. 2 orang mak orang yang tinggalkan suami menjaga anak-anak (termasuk den la ni) + sorang gadis manis + sorang bachelor (the baby in the group sebab dia sorang je yang 20an) yang kadang-kadang banyak juga cekadaknya tuh.

Kadar tukaran masa kitaorang pergi sana adalah dalam RM3 = AUS$1. 

First time dalam hidup den pergi berjimbaan terjebak dengan sesi memasak di homestay (padahal den tolong potong bawang dan sayur je pun hehhhehehehe).

Cuaca adalah boleh tahan sejuknya dalam 17C. Untuk orang yang aircond ofis pun tak tahan, cuaca macam nih memang dah cukup sejuk sangat untuk den.

Perth nih adalah bandar yang tenang. No wonder la ramai orang termasuklah penduduk Malaysia ramai yang berusaha nak mendapatkan PR di sini.

Dalam beberapa tempat yang den ada rezeki untuk berjalan, den tak pernah ada rasa nak bawa kiddos sebab macam tak beberapa nak sesuai untuk orang yang tak adventure macam den ni tapi bila jejak je kaki ke Perth nih, terus terdetik kat hati ‘in sya Allah nak kumpul duit bawa buong dan kiddos kat sini sebab Perth nih macam aman damai’, gittew la perasaanya.

Den harap dapat siapkan cerita tentang sesi berjimbaan ke Perth nih by end of December 2018 hehehehehhe.
Perth City dan Swan River

2 comments:

  1. sgt ramai yg ke Perth thn ni.
    mcm trending plak.
    member terdekat aida sgt ramai ke sana.
    kebetulan thn ni kan byk drama paparkan keindahan perth :)

    aida ada sorang kakak ipar di australia. kebetulan dia baru pindah ke perth.
    ntah bila la adik nyer nak ke sana bwk bini ini dan anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh....untung la ada kakak ipar kat sana. Ramai juga orang Melayu yang berpindah ke sana. Memang best la gamaknya bermastautin kat sana kan.

      Delete

Powered by Blogger.