Kos Perth 5 Hari 4 Malam

Kos seorang dewasa

Flight KLIA - Perth dan Perth - KUL = RM 580

Add on luggage 20 kg = RM 140 (plus minus)

Visa (online through ARBA Travel & Tour, siap dlm masa 24 jam) = RM 20
 
Pakej tour (4 nights accomodation + transport + tour guide + tiket masuk Caversham Wildlife Park + breakfast for 3 hari) = RM 1860 (AUS$600)

Makan minum termasuk breakfast on the arrival date, lunch di Makan-Makan Café, Kailis' Fish & Chip, Ispa Kebab serta makan ribs sedap di Chicken Charcoal dan minum kopi hipster di Freemantle Area = RM 280

Groceries di Cole = RM 55

Groceries dari Malaysia = RM 20

Araluen Botanic Park entrance ticket = RM 45 (AUS$15)

Total cost bagi seorang dewasa ke Perth adalah = 

Return flight + Add on luggage 20 kg + Visa + Pakej tour + Makan minum serta groceries + Araluen Botanic Park entrance ticket =

RM 580 + RM 140 + RM 20 + RM 1860 + RM 280 + RM 60 + RM 20 + RM 45 = RM 3000

So RM 3,000 untuk kos tetap bagi sesi berjimbaan ke Perth pada kali ini.

Begitu la harga yang perlu dibayar kalau nak berjimbaan di negara yang currency nya lebih mahal dari kita.

Kos grab dari Shah Alam ke KLIA dan dari KLIA ke Shah Alam, den tak include dalam kiraan ni la ye.

Kalau kita pergi sendiri tanpa pakej travel agent, kosnya adalah lebih murah dan banyak tempat yang boleh pergi tapi disebabkan kitaorang kemalasan layankan je la ye.

Kalau dapat tambang murah yang lagi meletops dari AirAsia of course la lagi kurang kos kita.

Kalau breakfast, lunch dan dinner di luar, memang kos akan meningkat sebab memang mahal-mahal belaka makanannya. Paling kurang sekali makan RM50-RM60 (AUS$16-20).

Kitaorang cuma bawa beras 4 kilogram, 4 tin sardine dan 8 packs maggi kari. Bawang, sayur, cili, etc kitaorang beli kat Perth di pasaraya bertajuk Cole.

Kos untuk beli souvenirs juga tidak dikira ye. 

Member den ada cakap kalau RM3K tuh dia boleh guna untuk duduk Bali selama more than 2 weeks. Mencik la kan nak compare exchange rate RM270 = Rp 1 juta dengan RM270 = AUS$90. Mohon compare apple to apple boleh tak?

So kalau belanja sorang pun dah RM3,000 makanya untuk belanja 4 beranak adalah RM 3,000 x 4 = RM 12,000 tidak termasuk grab dan souvenirs. Nih kalau ambil travel agent la ye. 

Kalau pergi sendiri mungkin dalam RM7-8K agaknya.

To be on the safe side haruslah at least kena sediakan another RM 2K untuk souvenirs dan belanja luar jangka yang akan menjadikan total semua dalam almost RM 14,000 (kalau ambil travel agent). Tak ke RM 14K nih boleh buat 10% down payment rumah berharga RM 140K atau beli emas dalam 77 gram kalau harga emas dalam RM 180 satu gram.

Lalunya buat masa sekarang ni, masih belum ada kemampuan nak bawa the whole family walaupun kitaorang 4 beranak je berjalan-jalan ke obersea.

Tapi angan-angan nak ke sana satu keluarga tetap ada. In sya Allah ada rezeki nanti, kita realisasikan ye.
Duduk termenung mengenangkan duit yang terbang melayang-layang bila berjimbaan huhuhuhuhu

2 comments:

  1. teringin nak ke Perth gak sbb wife kata bekas kawan sekerjanya masih menetap di sana. so, kos lojing n makan2 dah leh jimat sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Perth nih Abam Kie. Tenang sangat. Rasa macam tak nak balik pun ada. Abam Kie dan wife perlu rebut peluang sementara kawannya ada di sana. Dia sure tau banyak tempat menarik kat Perth tuh

      Delete

Powered by Blogger.