Hatten Place Hotel Melaka

Hotel yang baru beroperasi selama setahun.

Disebabkan kitaorang menginap kat sini pada Sabtu malam Ahad, hotel nih memang penuh gila.

Dari tempat letak kereta di tingkat 5, kitaorang kena naik lif untuk ke lobi di tingkat 12. Disebabkan lif untuk ke lobi hanya ada 2 buah dan agak melembap, makanya kena bersabar menunggu. Dalam 15 minit juga la menunggu lif.

Sampai je di lobi di tingkat 12 (first time dalam hidup den jumpa lobi hotel bukan di LG, G, tingkat 1 dan tingkat 2), tengok queue untuk check in adalah panjang berjela berlingkar macam ular kena palu. Hampir 20 minit juga beratur sebelum berjaya check in.
Nih gambar masa nak breakfast so takde la queue panjang di lobi
Lobi hotel memang sangat luas dan dilengkapi dengan deretan sofa (mungkin pihak hotel dah boleh bajet akan ada queue panjang bila check in so family boleh la melepak kat sini).

Dari lobi di tingkat 12, kita perlu naik lif lain untuk ke bilik-bilik penginapan.

Bilik hotel memang wow sangat. Besar, bersih dan kemas.
Aktiviti utama bila jejak ke kaki ke dalam bilik adalah telefon
Semua kemudahan tersedia termasuk peti sejuk, peti besi, siaran televisyen yang pelbagai (tapi tiada channel kartun) serta kemudahan internet yang super laju.

Pool, sauna dan gym terletak di tingkat 13. Ada pool kanak-kanak serta infinity pool untuk adults. Sebelah infinity pool ada 3 kolam kecil ala-ala jakuzi. Memang syok berendam kat sini.
Sakan depa dok berendam dalam nih sampai kecut
Kita boleh guna tuala yang disediakan di kaunter dekat pool ini. Tempat untuk berehat serta kerusi yang disediakan boleh dikatakan mencukupi. Toilet disediakan berdekatan dengan lif.

Budak-budak terutamanya si F tuh memang enjoy sangat berendam di infinity pool dan jakuzi. Sampai nak maghrib la baru naik ke bilik hotel.

Kad kunci bilik diperlukan untuk naik dari lobi ke tingkat bilik serta dari pool nak ke bilik. Make sure bawa tau kad kunci bilik tuh tau walau ke pool pun.

Jangan jadi macam den nih ha. Buong dan A naik dulu ke bilik sebab si A dah tak lalu nak mandi sebab kesejukan. Buong bawa balik semua barang termasuk kad kunci bilik dan handphone den bagai. Dah masa den dan F tak boleh nak naik ke bilik. Nasib baik la pekerja kat kaunter tuala tuh ada kad kunci yang boleh access ke semua level.

Restoran untuk breakfast memang luas. So in sya Allah akan jumpa tempat duduknya. Food spread sederhana tapi lengkap semuanya. Ada cereal, bubur, fruits, roti, makanan berat macam nasi lemak, mee goreng, etc.

Tambah RM15 untuk breakfast si F.
Dah tua-tua nih makan apa pun rasa biasa je. Sedap je la food dia. Boleh dimakan dan in sya Allah kenyang.

Semua orang yang menginap di Hatten Place Hotel ni akan dapat complimentary access ke Sky Deck 360 view yang terletak di tingkat 44, the highest point in Melaka katanya.

Boleh je naik berapa kali pun ke Sky Deck ni tapi kitaorang naik sekali je la. Ada satu restoran di Sky Deck ni iaitu Gales tapi harganya agak meletops versi hipster la kalau takde promosi.

Ada sebuah kedai serbaneka di level G yang merupakan drop off point bagi hotel ni.
Drop off area di G
Dapat la tengok warna warni sempena nak dekat Deepavali ni
Hotel ini berkongsi Element Mall bersama Double Tree Hilton Hotel. Masih tidak banyak kedai yang beroperasi di Element Mall ini. Hanya ada beberapa kedai pakaian dan kasut serta Mr DIY yang beroperasi. Ada MBO Cinema di tingkat 11. Food court pun tak beroperasi. 

#Kalau pergi ke Mr DIY jangan lupa jalan ke belakang sedikit berdekatan dgn lif sebab ada mural kecil yang agak comel untuk bergambar.
Waktu malam ada dalam 5,6 food trucks di depan hotel ni. Boleh je nak makan makanan korea ke, keropok lekor ke, etc.
Gambar dari handphone murah memang cenggini la kualitinya
Dari hotel ni, kita boleh berjalan kaki dalam 10-15 minit untuk makan di kedai mamak dan Windmill Station.

Yang paling tak best adalah den minta iron dari lepas check in sampai la nak check out tak dapat-dapat. Kata housekeeping iron diaorang limited + guest yang dah ambil iron tak pulangkan iron sampai ke sudah. Gittew la ceritanya.

Perkara best tentang hotel ni:

1. Bilik hotel yang besar, kemas dan selesa.

2. Infinity pool yang ada 3 jakuzi kecil yang ohsem serta tempat rehat dan kerusi yang mencukupi.

3. Complimentary access to skydeck 360 view yang terletak di tingkat 44 hotel yang merupakan the highest point di Melaka. Boleh naik berapa banyak kali ke sini.

4. Hotel ini berkongsi Element Mall bersama Double Tree Hotel. Walaupun begitu, masih tidak banyak kedai yang beroperasi. Ala-ala one stop centre la nanti kalau semua kedai dah beroperasi. MBO Cinema dah beroperasi.

3 perkara yang boleh ditambahbaik:

1. Lif dari parking ke lobi ada 2 sahaja. Lif agak lembap dan memang akan penuh sakan bila weekend.

2. Mungkin perlu tambah kaunter sementara untuk kemudahan untuk check in terutamanya bila waktu puncak.

3. Perlu perbaiki perkhidmatan penyediaan iron. Sekiranya memang tidak dapat menambah bilangan iron, boleh pertimbangkan 2 perkara berikut : 

a) hadkan penggunaan iron at hanya 2 jam bagi setiap bilik; atau

b) letak iron board & iron di setiap level bilik hotel untuk gunasama setiap penghuni hotel di mana kedua-dua alat ini boleh dirantai atau dikunci bagi mengelakkan penghuni membawa masuk ke bilik mereka.

Hotel yang menarik tetapi agak pening sedikit sebab ada 4 cabang lif hehehhehehe.

2 comments:

  1. hai..nak tanya..utk mandi kt infinity pool tu ade rule berpakaian ke? maksudnya kena pakai swim suit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru perasan komennya. Yupp memang kena pakai swimming attire

      Delete

Powered by Blogger.