Berkelah di Sungai Kroh, FRIM

Sebelum den mula cerita tentang hal-hal percutian Perth dan Langkawi, moleklah den habiskan dulu entry pasal jenjalan di Kepong yang berlaku pada bulan Ogos yang lepas hehehehehhehee.

Forest Research Institute Malaysia atau FRIM sememangnya mempunyai pelbagai tempat menarik untuk kita menjalankan aktiviti tetapi tema kitaorang sekeluarga ke sini adalah untuk mandi manda atau lebih kepada merendam kaki di Sungai Kroh yang terletak di dalam kawasan FRIM nih.

Bayaran RM6 dikenakan untuk sebuah kereta bagi memasuki kawasan FRIM ni.

Kitaorang singgah sekejap di Visitor Information Centre sebab den nak tengok info kot-kot ada tempat lain yang sesuai untuk dilawat bersama kiddos tapi disebabkan kitaorang sampai pun dah pukul 1 pm, macam tak sesuai nak beraktiviti lain kalau nak bagi kiddos mandi sungai dengan jayanya.

Ramai je family yang bawa anak-anak berkelah kat kawasan air terjun Sungai Kroh nih ye.

Disebabkan kitaorang memang tidak tergolong dalam kumpulan adventure dan malas baloq, makanya kitaorang bawa kiddos mandi di kawasan sungai je.

Disebabkan anak-anak den mandi pool je kalau berkesempatan, memang la diaorang macam perak aka jakun sikit bila mandi sungai. Sakan dioarang dok cakap ‘air nih banyak pasir la….ada banyak batu la kat sini, etc’ huhuhuhuhu. Macam kan orang bandar bebeno padahal orang kampung kot. Bertuah betoi dua-dua orang tuh.
Kesayangan papa budak bertuah sorang ni
Walaupun kitaorang mandi atau lebih tepat mencelup kaki di kawasan sungai yang cetek dan aliran dan sederas mana pun, tetapi tetap la jua air sungai tuh sejuk gedi k. 

Lepas mandi kat sungai yang ada aliran tuh, budak-budak mandi plak kat sungai yang dalam kolam tuh. Dioarang happy mandi kat sini sebab takde batu dan aliran air perlahan. Anak-anak den nih memang tak ace adventura tau.

Sementara diaorang mandi kat sungai yang cetek tuh, den dan buong melepak sebentar minum petang di Kasah Café. Punya la ramai orang yang datang gamaknya, banyak food yang telah habis. Kitaorang makan nuggets dan kuih karipap je.

Untuk parents yang nak bawa anak-anak mandi sungai kat sini, memang okay je sebab ada pelbagai kemudahan asas seperti toilet, café, surau, etc.

Selain mandi manda di sini, boleh je buat aktiviti lain macam jungle trekking, jogging, etc.

In sya Allah will come back here nanti bila berkelapangan sebab macam tak puas hati plak tak pergi panjat ke atas sedikit untuk mandi air terjun yang besar tuh.

No comments:

Powered by Blogger.