Restoran Chillex Bandar Sri Iskandar

Terjumpa kedai makan nih secara tak sengaja tapi kitaorang rasa kedai nih memang okay dan berbaloi dengan duit yang dibelanjakan untuk makan kat sini.
Dah jauh baru teringat nak ambil gambar. Cenggini la hasilnya sebab melayankan si A yang dok bergayut kat kaki den tuh ha
Restoran makan yang sesuai untuk sesi melepak bersama keluarga sebab ruang restoran yang besar dan selesa, ada kemudahan surau, tidak stuffy, etc.

Sesuai dengan nama restoran, suasana kat sini memang relaxing, ditambah pula dengan hiasan restoran yang menarik.
Kitaorang pesan mix grill, season salad, garlic bread with mushroom soup serta nasi goreng kampung.

Den paling suka season salad dia. Jarang den nak berkenan kat salad tapi salad dia serious sedap untuk tekak den. Den makan sorang je kot salad ni.
Sedap untuk tekak den
Rupanya dalam hidangan mix grill pun ada juga season salad di samping lamb and chicken grill, sausage dan French fries.
Sedap juga ni
Pun sedap. Mushroonm soup just nice. Tak terlalu masin atau cair.
Untuk tekak kitaorang sekeluarga nih, memang sedap makanan yang kitaorang makan ni.

In sya Allah kalau tersinggah ke Bandar Sri Iskandar lagi, den nak singgah ke sini, paling kurang mesti nak beli season salad dia.

No comments:

Powered by Blogger.