Jalan-Jalan Seberang Jaya - Bandar Sri Iskandar

Lepas mengisi perut dengan heavy breakfast di Arango, Roti Bakar Arang, Kepala Batas, kitaorang terus je menziarah abah dan keluarga di Seberang Jaya.

Budak-budak gembira je la bergelinjangan di sana sini, main dengan kucing, main dengan saudara, etc walaupun cuaca panas lit lit. Kita dah berlengas-lengas, depa sakan dok main.
Anak busuk kepanasan
Abah dah siap-siap tapaukan apam lenggang atau apom yang dibeli di Pasar Seberang Jaya. Apom adalah salah satu makanan favourite den sejak den kecil-kecil dulu sampai la sekarang ni. Unfortunately den tak terjumpa lagi apom yang sesedap ini di mana-mana tempat di Lembah Klang.
My favourite
Lepas mengupdate gossip apa yang patut serta menguruskan kereta abah, kitaorang terus je bergerak nak balik ke Shah Alam tapi memandangkan kitaorang dah semakin tua dan dah makin tak larat nak travelling jarak jauh, makanya kitaorang tersinggah la di Bandar Sri Iskandar untuk berehat satu malam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya ke home sweet home.
My first baby yang masih dalam kondisi bagus di bawah jagaan Abah

No comments:

Powered by Blogger.