Hotel D Eastin, Ipoh

Hotel nih terletak di tepi jalan besar dan dekat dengan pelbagai kemudahan. Antaranya 10 minit berjalan kaki ke 7 Eleven dan beberapa kedai mamak serta pelbagai kedai termasuk kedai pakaian.

Macam hotel lama yang telah direfurbish here and there. Banyak perabot dalam hotel nih old school tapi still nice.

Lobi hotel nih agak luas dan disediakan sofa sementara nak menunggu untuk check in. Yang bestnya di ruang lobi nih disediakan peta negeri Perak beserta dengan tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Serious banyak tempat lagi yang den belum jelajah di negeri Perak nih.
Bonus point adalah staff hotel yang mesra di kaunter pendaftaran.

Biliknya adalah sangat luas. Memang puas hati. Boleh berlari di sana sini. Budak-budak sangat suka bebeno dapat bilik hotel yang luas macam nih. Disebabkan kitaorang ambil bilik yang ada 1 katil Queen + 1 katil single, makanya memang gembira habis la hati sebab dapat tidur dengan selesa (tidak bersempit-sempit macam selalu).
Bilik hotel tersedia kelengkapan yang biasa ada di mana-mana hotel biasanya seperti televisyen, almari beserta penyangkut baju, air minuman, cerek, etc.
Bilik air pun besar juga walaupun malap sikit lampunya hehhehheehe.
Bonus point adalah plug point yang sangat banyak di dalam bilik ini. Ada 6 plug points. Charge bebeno la hendaknya kat sini.

Aircond semua berfungsi dengan baik.

Di setiap tingkat disediakan ruang untuk menggosok baju dan ruang lepak yang ditempatkan dengan sofa serta meja minum.
Tempat letak kereta disediakan di belakang hotel. Kawasan tempat letak kereta yang tidak spooky, lampu terang benderang.

Okay je la hotelnya.

No comments:

Powered by Blogger.