Back To Normal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Setelah sekian lama tidak berkesempatan menjenguk blog den nih, in sya Allah den akan cuba blogging seperti biasa apabila ada kesempatan sebab jadual den dah balik ke normal.

Kalau nak diikutkan den bercuti dari 3 - 7 September je tapi disebabkan 1 Sept jatuh hari Sabtu dan cuti Awal Muharram + YDPAgung, makanya den tercuti la sampai 11 Sept 2018. Lama betul tak masuk ofis heheehhheee. Tak rindu pun kat ofis cuma ada rasa ‘eh lama gila plak tak masuk ofis’.

Habis sudah sesi berjimbaan ke Perth pada 3 - 7 September  lepas, sesi berjimbaan yang ditunggu sejak tiket flight ditempah pada November 2017 dan sesi menabung berterusan almost setahun gittew. In sya Allah den akan cuba mencoretkan sekupang dua tentang percutian ke Perth tuh jika terajin ye. Hopefully by end of this year, siap la cerita pasal Perth tuh hehehehhehe.

September den setakat nih selain daripada berjimbaan, dipenuhi dengan aktiviti menyanyi dengan anak-anak lagu Inilah Barisan Kita, Jalur Gemilang, Warisan, etc disebabkan oleh sambutan hari kemerdekaan yang lepas. Gigih okay menyanyi siap tengok lirik kat internet sebab ada lirik yang keterlupaan. 

So apabila den terjumpa semula mojo untuk bercerita, den akan cuba cerita dulu tentang percutian pendek kitaorang ke utara dan sebagainya k.

Semoga den rajin la mengupdate hendaknya huhuhuhuhu.

Dah la isnin nanti cuti lagi sempena hari Malaysia kan. Harapan semangat nak mengupdate nanti sure la ke laut.

No comments:

Powered by Blogger.