Sometimes the wrong train takes you to the right destination” - quote from The Lunch Box Movie.

Movie nih dah lama gila kot. Antara movie Bollywood yang hebat pada tahun 2013. Sejak-sejak Irrfan Khan sakit kanser nih, tak tau kenapa den rasa macam nak tengok movie dia je.
Anyway kembali kepada movie The Lunch Box nih, den rasa movie nih memang best. Cerita berpunca daripada lunch box atau bekas makanan tengahari je pun tapi boleh diolah menjadi karya yang sangat unik dan menarik.

Pada den, movie nih membawa tema ‘cinta boleh wujud secara tidak sengaja pada orang yang kita sangat tidak sangka tanpa mengira usia walaupun kita tak pernah jumpa orang tuh dalam tempoh yang sangat singkat’ macam tuh la lebih kurangnya. Dalam masa yang sama, movie nih juga cerita tentang persahabatan yang ikhlas.

Opening movie nih je den dah tertarik dengan adegan penghantaran makan tengahari melalui sistem dabbawalas di mana makanan dari rumah atau restoran diambil oleh pekerja menggunakan basikal dan dihantar ke pusat pengumpulan dan diagihkan mengikut lokasi sebelum dibawa menaiki keretapi ke tempat yang tertentu. Sampai je di sini akan ada another group of people membawa bekalan makanan nih ke pejabat-pejabat yang telah ditetapkan. Di pejabat pula ada orang yang akan edarkan makanan nih. Seterusnya semua bekas makanan akan dikumpulkan dan dihantar semula ke rumah atau restoran yang berkenaan.
Jenuh ooiii nak cari bekal makanan kita kat sini. Terror depa nih.
Industri dabbawalas ini telah berusia 125 tahun dan sangat unik di mana bekalan makanan diagihkan, dihantar, etc setiap hari oleh kebanyakan pekerja yang kebanyakannya buta huruf (berdasarkan Wikipedia).

Punyalah unik sistem penghantaran makanan dabbawalas nih sampai ada kajian PhD dibuat tentangnya. Even Harvard Business School pernah buat kajian pasal ini. Interesting sangat kan?

Kembali kepada The Lunch Box Movie nih, persahabatan terjalin di antara Saajan Fernandes (Irrfan Khan) yang merupakan seorang duda kematian isteri yang kesepian dan Ila seorang isteri yang sedang berusaha nak menyelamatkan perkahwinannya akibat bekalan makanan Ila untuk suaminya disalah hantar kepada Saajan.

#Industri dabbawalas ini dikhabarkan jarang tersalah hantar makanan kepada pelanggannya. Kesilapan tersalah hantar bekalan makanan hanya berlaku sekali setiap 2 bulan katanya. So memang macam dah tertulis gittew bekas makanan Ila tersalah hantar kepada Saajan.

Boleh juga dikatakan tema movie ini adalah makanan yang menyatukan hati ala-ala ‘dari perut turun ke hati’ sebab makanan yang Ila masak sedap dan menambat hati si Saajan.

Ila nih selalu menyembang dengan jirannya yang dipanggil Aunty (dengar suara dia je dalam movie nih, orangnya tak kelihatan) dan selalu bertukar barangan dapur dengan Aunty nih melalui sistem takal (comel je hehheheehe).

So bila Ila tersedar yang bekalan makanan dia terhantar pada Saajan, si Ila pun hantar surat yang dititipkan di dalam bekas makanan tuh pada keesokan harinya untuk inform Saajan tentang kesilapan bekas makanan tuh. Bila Saajan balas balik surat tuh, dah terjalin persahabatan secara tak sengaja bila depa saling berbalas surat menceritakan pasal kehidupan masing-masing.

Lama-kelamaan Saajan memang looking forward untuk baca surat daripada Ila setiap hari yang dititip di dalam lunch box tuh sebab life dia memang lonely.
Duda kesepian yang teruja bertukar cerita melalui surat di dalam lunch box
Dalam movie nih memang hari-hari la lunch box si Saajan tuh kita boleh tengok jenis kari dan sambal yang Ila sediakan. Macam sedap je.

Dalam masa yang sama si Saajan dan Ila dok berbalas surat tuh, si Saajan yang dah nak bersara kena latih pengganti dia, Shaikh yang tak beberapa nak reti buat kerja. Mula-mula Saajan nih macam malas gila nak layan si Shaikh nih. Lama-lama dia lembut hati sebab dia tengok si Shaikh bersungguh-sungguh nak belajar walaupun macam sokmo je blur. Akhirnya si Saajan nih jadi macam mentor la kepada si Shaikh yang merupakan anak yatim piatu, siap jadi satu-satunya wakil pihak lelaki bila si Shaikh menikah dengan makwenya.

Scene Shaikh potong sayur dalam briefcase yang dia letakkan dokumen dalam keretapi tuh memang comel je. Kelakar la juga bila boss diaorang marah sambil tanya ‘kenapa semua fail nih ada bau sayur-sayuran? Ada bau bawang, kentang, bawang putih semua?’ hehehehehe.

Dalam dok bertukar cerita melalui surat di dalam lunch box tuh, si Ila bagitau pada Saajan yang dia nak berpindah ke Bhutan dengan anaknya sebab dia dapat tau suami dia ada affair. Saajan kata moh la kita pindah ke Bhutan bersama-sama.
Ila ajak Saajan berjumpa face to face tapi pada masa yang ditetapkan untuk berjumpa tuh, si Saajan tengok Ila daripada kejauhan je, dia tak jumpa Ila. Esoknya dia terima lunch box yang kosong dari Ila. Saajan tulis surat pada Ila bagitau yang dia tak sesuai untuk Ila sebab dia dah tua dan minta Ila move on dengan hidup dia.

Selepas mak Ila bagitau pada Ila secara tak sengaja yang dia tak happy dalam perkahwinan dia selepas bapa Ila meninggal dunia, Ila tanya pekerja dabbawalas kat mana alamat Saajan dan mencari Saajan di pejabat tersebut tapi si Shaikh yang sekarang nih duduk di meja Saajan bagitau Ila yang Saajan dah bersara dan pergi ke Nasik.

Ila tinggalkan surat terakhir pada Saajan bagitau yang dia nak berpindah ke Bhutan bersama anaknya. Saajan akhirnya berusaha mencari si Ila dengan bantuan pekerja dabbawalas.

Serious cerita nih sangat best k. Kisah pasal kehidupan orang biasa. Takde adegan menyanyi riang ria, menangis dalam hujan, etc. Movie yang memaparkan jalan cerita orang biasa macam kita yang kita boleh relate, pergi kerja kena bersesak-sesak dalam keretapi/bas, kena pinjam duit untuk rawatan perubatan, apa plan bila nak bersara, apa yang kita hendak vs apa kita perlu, etc.

Si Sajaan siap cakap dalam salah satu surat pada Ila “pihak pengurusan kubur menawarkan petak kubur berdiri kepada dia. Dah la sepanjang hidup dia kena berdiri di dalam keretapi dan bas. Dah mati pun kena berdiri juga”.  Ini menggambarkan hakikat hidup rakyat marhaein.

Movie nih adalah antara movie terbaik Irrfan Khan selepas Hindi Medium (setakat 2 buah Hindi movie dia yang den dah tengok la, tak termasuk la Hollywood movie). Walaupun movie nih tak banyak scene kelakar macam Hindi Medium, jalan ceritanya memang akan buat kita terpaku dan banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada movie nih.

Sila tonton movie ini.

#Tak pasti juga kenapa lately asyik dok tengok movie Hidustan dan Tamil je apabila berkesempatan. Setakat nih den dah tengok 4 Hindi movies dan 1 Tamil movie minggu lepas. Sakan sangat kan?

#Bila juga Malaysia nak ada cerita macam nih kan?

0 Comments