Bilik hotel yang sederhana besar, lengkap serba serbi kemudahan bagi hotel bajet, bersih, selesa, kakitangan yang sangat mesra pelanggan, harga mampu milik, perkhidmatan makanan dihantar ke bilik, dekat dengan pelbagai kemudahan terutamanya kedai makan, masjid terletak di seberang jalan dari hotel dan tempat letak kereta yang sepelaung dari hotel.

Itu adalah review ringkas den tentang Smile Hotel yang terletak di Wangsa Maju yang den pilih di saat-saat akhir selepas tau tarikh taekwando grading si F berlangsung pada 4 Ogos bermula pada 8 malam di sebuah gym di Wangsa Maju.
Hotel nih terletak di deretan rumah kedai. Disebabkan kitaorang sampai kat hotel pun dah dalam 5 petang, makanya memang ada banyak spot untuk dipilih bagi meletakkan kereta.

Kakitangan yang deal dengan den masa urusan check in tuh ramah tamah sangat. Deposit sebanyak RM 20 dikenakan dan akan dipulangkan semasa kita nak check out nanti.

Di ruang lobi yang comel nih ada tersedia 2 biji kerusi dan sebuah meja untuk kita berehat membaca suratkhabar, etc. Disediakan juga sebuah computer untuk kegunaan tetamu hotel. Ada dua biji sofa merah menyala yang disediakan di sudut ala-ala photo booth gittew. Memang cantik ambil gambar kat sini.
Terdapat juga suggestion box serta water dispenser di ruang lobi yang comel nih. 
Hotel ini juga mesra OKU, orang tua dan ibu mengandung kerana disediakan laluan untuk wheel chair, lif dan terdapat bilik-bilik di ground floor.
Ini lif ye, bukan bilik sauna
Di kaunter check di lobi ada dijual travel pack yang mengandungi berus gigi dan ubat gigi, shower cap, sanitary pad, razor dan shaving cream dan vanity pack dengan harga RM 5. Murah sangat dah tuh kan.
Den booking biik dengan 1 katil queen dan 1 katil single dengan harga RM 137 through Agoda. Dapat simple breakfast lagi tau. Bagi den memang berbaloi la. Masa check in, staff akan tanya pukul berapa kita nak breakfast dihantar ke bilik kita. 

Bilik pun sederhana besar. Ada ruang untuk budak-budak berlari dan kita duduk bersila untuk makan.
Penampakan 2 spesies Ultraman di hujung katil
Tak sempat seminit masuk bilik, depa dah sakan dok pillow fight
Di dalam bilik ada aircond yang sangat sejuk, televisyen, ruang untuk menyangkut pakaian, meja solek, cawan, 3 bekas kecil air minuman, cermin dan menu untuk room service.
Cuma bilik kitaorang nih ada satu je plug point. Mungkin hotel boleh tambahbaik dengan memberikan extention atau tambah plug points sebab sekarang nih setiap keluarga dah ada beberapa biji handphone, tabs, laptop, etc.  So satu plug point memang tidak mencukupi.

Plug point untuk televisyen tuh memang tak boleh usik la kan sebab nak tengok televisyen sepanjang masa.

Bilik air agak besar dengan shower yang berfungsi dan shower cream. Ada juga hair dryer.
Cuma perlu berhati-hati sedikit semasa di bilik air kerana lantainya adalah sedikit licin.

Disebabkan kitaorang nak mengejarkan masa nak sampai ke tempat grading dalam 8 pm, makanya memang la rasa lega sangat bila tengok ada menu yang boleh dipesan di hotel dan akan dihantar ke bilik.
Walaupun hanya ada 4 menu sahaja tetapi bagi den okay je sebab yang penting kitaorang tak perlu keluar dari bilik hotel. Setiap set didatangkan dengan satu jenis air (boleh pilih samada nak air sirap atau air iced lemon tea.

Pesanan makanan perlu dibuat di kaunter dan hanya bayaran dalam bentuk wang tunai diterima. Makanan akan dihantar dalam tempoh 30 - 40 minit. Den pesan set 1 dan set 4 .

Makanan yang kitaorang pesan dihantar ke bilik dalam masa 30 minit selepas pesanan dibuat. Disebabkan dah duduk bersila malas la nak bangun ambil handphone yang sedang dicaj untuk ambil gambar makanan yang dipesan tuh tapi foodnya memang ada rasa, sedap untuk tekak kitaorang nih ha.

Esoknya tepat pukul 9 pagi breakfast dihantar ke bilik kitaorang (breakfast nih dah termasuk di dalam harga bilik). Kitaorang makan nasi lemak dan nasi goreng tomyam. Memang sedap. Sakan 4 beranak makan. Ada dibagi sekali 2 pack nescafe 3 in 1 tapi disebabkan malas nak ambil air panas kat luar, kitaorang minum air mineral je la.
Our simple yet delicious breakfast
Masa check out den berurusan dengan staff yang berbeza dengan staff semasa check in semalam tetapi beliau juga begitu mesra pelanggan. 

Den memang sangat berpuas hati dengan hotel nih. Rasanya kalau ada urusan di Wangsa Maju yang memerlukan overnight, in sya Allah hotel ini akan menjadi pilihan lagi.

#Kalau nak tema honeymoon pun hotel nih boleh buat k.
Si F tanya kenapa katil nih ada banyak najis heheheehe. Dia ingat rose petal tuh najis sebab dalam gambar nih warna dia tak terserlah, bukan warna merah tapi warna hitam.

2 Comments

  1. Antara hotel yang best dekat wangsa maju.. dah dekat dengan area rumah mak saya tu bos..hihihi..ada satu kedai western deret hotel tu..D'rindu kalau tak silap..sedap jugak western situ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kalau terpergi ke Wangsa Maju nih, kena cari kedai western yang dikatakan tuh. Thank you for the info.

      Delete