Lepas je naik ke daratan dari program menyusuri sungai tuh, tour guide terus bawa kitaorang mengambil basikal untuk 30 - 45 minutes sesi berbasikal di sekitar kawasan kampung dan di batas sawah padi. 

Den memang agak berdebar juga nak naik basikal sebab rasanya kali terakhir den kayuh basikal 10 tahun lepas kot tapi bak kata pepatah ‘once you learn to ride a bike, you never forget it’ gittew la.
Wajib berposing walaupun berdebar nak kayuh basikal
Walaupun pada mulanya agak terpleot juga nak mendapatkan rentak kayuhan tuh, thank God takde la tergolek ke apa. Melembap takpe asalkan tak terjatuh gittew konsepnya.

Masa kayuh basikal di atas jalan tar di sekitar kampung tuh macam okay lagi. Gelong-gelong tapi manageable. 
Sekali tuh kena naik basikal atas batas sawah padi la pulaknya. Masih nih memang rasa macam ‘mampuih la jatuh tergolek nanti nih huhuhuhuhu’. Walaupun batasnya takde la kecil sangat tapi disebabkan agak lecak, jenuh la juga nak control basikal supaya tak tergolek masuk dalam petak sawah.

Kat Sekinchan takde pula nak berbasikal di atas batas sawah ye. Sakan plak ye berbasikal di atas batas sawah di Tam Coc ye.
Lepas berbasikal di batas sawah padi, kitaorang berhenti sebentar mengambil nafas serta menikmati pemandangan indah sawah padi sambil tour guide bercerita pasal sejarah kawasan tuh tapi den tak dengar sangat sebab sibuk menghela nafas lega tak tergolek.

Pemandangan sawah padi kat mana yang tak cantik ye tak? Semua view sawah padi cantik je kot sebab menghijau je.
Stress orang yang tolong mengambilkan gambar kitaorang nih hehehehehe
Once of it kind experience gittew. Walaupun sepanjang perjalanan berbasikal tuh dok risau tergolek dog tapi Alhamdulillah selamat sampai ke depoh basikal dengan selamat sebelum meneruskan perjalanan ke hentian terakhir bagi trip hari tersebut iaitu Hang Mua.
Dah nak pulangkan basikal pun tetap juga nak bergambar
#Ahli rombongan cik kiah yang lain yang kokosen tuh semuanya sangat terror mengayuh basikal. Relax je depa kayuh basikal tuh. Padahalnya patutnya kita la lagi tau bawa basikal sebab membesar kat kampung kan?

0 Comments