Ant-onio Banderas…..hehhehehehe…movie nih serious kelakar.

Movie nih dah quite some time ditayangkan kat pawagam tapi disebabkan den takde rasa sangat nak tengok movie nih makanya takde la nak booking awal or even plan nak tengok movie nih pun.

Ant Man bukanlah satu character superhero dalam Marvel Studio yang den berminat nak tengok sangat. Even the first movie tuh pun beli dvd je.
Disebabkan sempena birthday F yang ke 8 pada awal Julai yang lepas, dia ada cakap nak tengok wayang makanya movie nih yang paling okay dok ada di pasaran.

Surprisingly movie ni best k. Tiada pertempuran macam Avengers Infinity Stones tapi tetap unik dan menarik on its own way. Movie nih akan memberikan penjelasan kenapa Ant Man tidak terlibat di dalam movie Avengers Infinity Stones.

Storyline yang simple, mudah faham dan menarik. Checked.

Scenes kelakar yang tidak dibuat-buat. Checked.

Car chasing scenes ala-ala Mission Impossible. Checked.

Hot chicks who can kick butts. Checked. Not just Evangeline Lilly yang menarik untuk ditengok tapi Hannah John-Kamen (Ghost) (first time den tengok minah ni) pun really can kick butts.

Bad guys yang tak sekejam mana. Checked. Dah tengok Thanos kejam bebeno dalam Avengers Infinity Stones (not to mention villains lain dalam other Marvel movies), makanya its like a fresh air bila ada villain yang idok la membencikan sangat.

Hero’s side kicks yang cute, funny dan kadang kala boleh diharapkan. Checked. Kalau dah si Michael Pena yang berlakon, memang la telah dijangkakan akan ada scenes yang kelakar kalau dia muncul.

Authority yang tak la strict mana, kadang kala kelakar jugak. Checked.

Product placement yang tidak menjengkelkan. Checked. Nice Hot Wheels though.

Giant insects. Checked. Semut-semut gergasi yang membantu melawan musuh, semut gergasi main drum, semut gergasi mandi dalam bath tub, etc.

The yesteryears A list actors and actresess. Checked. Dah lama sangat rasanya tak tengok Michelle Pfieffer, Michael Douglas dan Laurence Fishburne berlakon.

Paul Rudd’s six pack abs. Checked (Walaupun scene ni tak sampai 2 saat pun. Should feature more of shirtless Paul Rudd sebab sayang kot dia dah pergi gym bagai nak dapatkan that kind of body tapi sekejap sangat dipaparkan dalam movie hehehehhhe). Siapa sangka mamat cute daripada Clueless movie akan jadi superhero kan?

In a nutshell, a great movie to watch with kiddos eventhough si A tertido masa 30 minit terakhir movie tuh (sebelum tuh dia dok sibuk tanya kenapa takde Black Panther, kenapa takde Spiderman dan kenapa takde Iron Man hehehehhe).

Serious movie nih best bak kata ramai pengkritik ‘a much needed movie after Avengers Infinity Stones’.

0 Comments