Dah lama tak tengok cerita hantu yang menakutkan. Cerita hantu zaman sekarang nih spesiesnya asyik terkejut-kejut je, takutnya kurang.

So bila tengok movie The Autopsy of Jane Doe memang takde la letak harapan tinggi kat movie yang tak dikenali pelakon-pelakonnya nih. Kalau dah takde adegan yang censored pun dah cukup baik la kan. 

Movie nih tahun 2016.

Walaupun pelakon utamanya 3 orang je (pemilik rumah mayat - Tommy, anak pemilik rumah mayat - Austin dan mayat Jane Doe itu) tapi disebabkan jalan ceritanya best dan menakutkan, cerita nih memang mendebarkan jiwa dari mula cerita sampai la habis.

Walaupun mayat Jane Doe tuh hanya terlantar je kat meja autopsy dia merasuk mayat-mayat yang berada di dalam bilik mayat untuk mencederakan Tommy dan Austin sampai kedua-duanya meninggal dunia. 

Jane Doe nih adalah seorang wanita cantik yang dibunuh dengan kejam (lidah kena potong, tulang pergelangan tangan dan tulang buku lali hancur, organ dalaman berparut dan cedera, paru-paru hitam macam kena bakar, etc) pada tahun 1693 kerana orang tuduh dia ahli sihir. 

Jadi Jane Doe nih nak membalas dendam kepada semua orang yang ada terberjumpa dengan dia. Kira dia kejam la juga kan sebab orang yang terberjumpa dengan dia semuanya secara tak sengaja kot. Tommy dan Austin kiranya collateral damage tak pasal-pasal sebab diaorang diarahkan oleh polis untuk autopsy mayat Jane Doe yang dijumpai di satu rumah nih.

Serious hampir semua setiap scenenya menyebabkan den nak menyorok di sebalik bantal la.

Cerita nih yang seksi sikit adalah mayat Jane Doe yang berada atas meja autopsy tuh la kan. Dah namanya nak buat autopsy, dah tentu la mayat tuh tanpa seurat benang.

Tak tersangka juga hero akan meninggal dunia di akhir cerita sebab selalunya hero akan terselamat kan. Tragis sungguh.

Serious jalan cerita movie nih menakutkan sampai terbawa-bawa di dalam mimpi. Dalam terjaga pun nak pergi toilet dalam masa 3,4 hari selepas tengok movie nih pun berdebar-debar. Haish….haru sungguh.

Siapa-siapa yang nak tengok movie cerita seram yang menakutkan, dipersilakan tengok movie nih. Boleh je la tengok dengan anak-anak cuma bila ada scene mayat Jane Doe atas meja autopsy yang lebih kurang 15% dalam cerita nih, tutup je la mata budak-budak tuh.

4 stars.

#Tommy adalah William Stryker dalam X2.

0 Comments