Tatau pasai pa taksub sangat nak buka akaun bank untuk simpan duit syiling nih.
 
Makanya tengahari hari tuh berjaya hasut buong untuk anto den ke RHB Sect 16 Shah Alam sebab branch nih ada mesin deposit syiling.

Nih adalah berbualan seminit den dengan adik manis kat tempat ambil nombor tuh:

Den : Saya nk buka akaun simpanan biasa.

Adik RHB : Pegawai yang incharge untuk buka akaun simpanan cuti hari nih. So tak boleh buka akaun simpanan hari nih.

Den : Tak kan officer lain tak boleh handle urusan buka akaun?

Adik RHB : Memang tak boleh Puan, cuma sorang officer yang uruskan untuk buka akaun simpanan. Puan datang esok je la ye. Sorry ye.

Lalu den berlalu pergi dengan hati kuciwa bersama sekantung syiling den tuh.

Mungkin branch RHB kat situ kecik ke apa so staff untuk handle bahagian buka akaun nih sorang je tapi bukan urusan buka akaun nih macam rutin ke? Maksudnya kalo PIC coti ke EL ke akan ada orang ganti?

Hmmm…..Orang ramai amik masa untuk datang ke mana-mana cawangan bank bagi pelbagai urusan bank termasuk la nak bukak akaun. Kalo esok PIC buka akaun tuh EL sebab terjatuh parit maknanye kena datang lusa la plak gamaknye yek.

Tatau macam mana depa bley tergolong dalam kategori 7 bank yang berkembang pesat di ASEAN. Maybe depa cater customer jerung dengan cemerlang atau depa pokus meletop kat pasaran luar Malaysia agaknya. 

Mungkin la den cuma customer yang nak deposit duit syiling je tapi a customer is still a customer kot.

Takpe la takde jodoh kita dengan RHB kali nih.

0 Comments