Jalan-jalan di Oxford University

Tatau pun ada rancangan dinner kat sini rupanya. Dok dengaq orang HR Wallingford + consultants dok kata kita dinner kat Oxford. Ingatkan dekat kawasan Oxford rupa-rupanya dinner dalam kawasan Oxford University. Dan tak tersangka juga ada lawatan secara santai kata kawasan Oxford University tuh.
Kat Malaysia nih, den pernah jejak kaki tak sampai ke 5 universiti pun dan semua university yang den pernah pergi tuh dipagar kawasan dia siap ada pondok guard bagai.

So memang la den agak terkesima bila dibawa kawasan Oxford University nih terbuka (takde pagar @ tembok) dan sapa-sapa je bley berjalan-jalan kat dalam kawasan nih. Ada kedai buku, kedai makan dan macam-macam kedai lagi yang memang semua orang awam bley membeli belah dan makan-makan.
Tempat melepak cam kat Dataran Shah Alam tuh
Semua bangunan gegak gempita old skool nye. Seni binaan memang sangat chantek. Terasa berlakon movie The First Knight
Antara kedai yang ada dalam compound Oxford University nih

Memang depa suka pokok dok menjalar camnih
Den memang terkejut sebab tak sangka camtuh set up Oxford University. Ingatkan heavily guarded and gated la kot sebab antara university berprestij kat dunia kot.

#bila ceite kat member den yang pernah blajo kat US tuh , dia cakap kebanyakan university kat oversea memang boleh diakses secara berleluasa oleh sapa-sapa je sebab depa takde tembok bagai. Den baru tau ye perkara nih. Nampak naw macam katak bawah tempurung.

Lama juga Mr Richard daripada HR Wallingford tuh bawa kitaorang jalan-jalan kat kawasan Oxford University tuh, dalam sejam lebih ada.

Disebabkan kitaorang sampai kat sini pun dah lewat petang, makanya tak sempat la nak melawat dewan yang digunakan untuk shooting scenes makan-makan dalam Harry Potter movies series. Terkilan rasa hati tapi apakan daya, pasrah je la.

Bangunan-bangunan dalam kawasan Oxford University nih memang bangunan-bangunan lama yang dipulihara dan dipelihara dengan jayanya dan dijadikan bilik kuliah, etc. Bangunan yang serious chantek-chantek sangat.
Bill Clinton salah seorang ahlinya

Sempat melalukan library dia yang dikategorikan antara library terkenal dan tertua di dunia mengikut cerita consultants tuh.
Camne la den takde fefeling Lady Marion kat sini

So disebabkan hampir 80% gambo diambil di kala Maghrib makanya memang banyak la gambo yang kelihatan kelam-kelam dan beberapa nak nampak architecture nya yang unik-unik tuh. Nak-nak plak amik gambo dengan kamera den tuh, memang makin kelabu la jadinye huhuhuhuhu.

Ada bangunan kat sini yang terletak betoi-betoi sebelah Sungai Thames (bahagian upstream) yang chantek dan jernih tuh. Takde rizab-rizab sungai bagai. Betoi-betoi sebelah sungai dan sungai masih bersih dan chantek, takde kacau ganggu.

Kitaorang dinner makanan India. Kat celah pelosok dunia mana pun, kedai mamak jugak pujaan hati gittew. Tapi kedai makanan India dia ala-ala restoran agak gempak dengan rege yang memang bley buat perut terus kenyang sebab mahai kot. Nama kedai dia Chutneys Indian Brasserie.

Den makan capati. Nasib baik minta capati dia sebab portion besaq kot. Dengan kuah dal semangkuk dibaginya. By the time abis makan tuh, memang la kenyang pengsan. Tapi tengok Mr Richard makan memang best. Mula-mula dia makan capati. Lepas tuh makan beriani plak.

Lepas dinner teruih balik ke Bear & Ragged Staff dan tidoq pengsan as usual.

No comments:

Powered by Blogger.