Sementara masih terajin dan ada memori sekupang dua yang masih tersisa, moh la kita sambung ceite lawatan teknikal ke London nih.

Ini adalah agenda yang terutama bagi external training nih iaitu kursus hampir 1 hari setengah. Den tak kan cerita pasai kursus tuh in detail sebab boring kot. Den akan ceite sekupang dua je la ye.

HR Wallingford nih adalah sebuah institut penyelidikan dan consultant dalam kejuruteraan awam dan hidraulik alam sekitar camtuh la. Research depa merangkumi sumber air, banjir, persisiran pantai, maritime dan tenaga. Secara lebih terperinci depa terlibat dengan pemodelan (modeling) macam pemodelan fizikal, numerical, navigasi, ekologi dan alam sekitar.
HR Wallingford terletak kat kawasan chantek nih
Kalo kat Malaysia nih, den bley seumpamakan dia macam Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia @ National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM) yang opisnya dekat Taman Equin, Seri Kembangan tuh.

HR Wallingford nih ditubuhkan pada 1947, 47 tahun lebih awal daripada NAHRIM. NAHRIM ditubuhkan pada 1994 - 1995. So of course la in term of capability, technology, experience, etc depa lagi mantop daripada NAHRIM coz depa dah lama kot, dibangunkan 2 tahun lepas Perang Dunia Kedua. So kalo sapa-sapa mai sini lebih dok extra compare HR Wallingford dengan NAHRIM nih memang nak kena pelangkung la sedas dua.

HR Wallingford nih mendapat sokongan mantop daripada Kerajaan UK la sebab depa dibagi free 70 ekar tanah yang sangat chantek meletops (di Oxfordshire countryside bersebelahan Sungai Thames) untuk membangunkan pusat penyelidikan, etc. Kawasan depa nih namanya Howbery Park yang luas terbentang, tenang, etc sampai depa bley sewakan tanah untuk agensi kerajaan buat bangunan dan beroperasi kat sini. Kan mantop tuh? Dah bley dapat income sebagai tuan tanah kedaung.

Depa ada beberapa site offices di beberapa Negara tertentu. Kat Malaysia depa ada office di KL Sentral.

Kat Malaysia nih kalo tak silap, depa pernah bagi perkhidmatan consultancy pada NAHRIM dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Opis den termasuk dalam salah satu jabatan kerajaan yang menggunakan perkhidmatan depa untuk projek pembangunan Decision Support System (DSS).

Pasal kursus yang den attended tuh memang la sangat ilmiah (dah nama pun kerja rasmi kan). Nak nak plak ceite pasal software dan modeling, memang ada la sesi menahan mata daripada terpejam camtuh la.

Tapi yang paling best pasai kursus nih adalah tempat kursus tuh sendiri. Howbery Park nih serious chantek meletops k sebab dia kawasan countryside kan. Keluaq-keluaq kete je masa sampai kat sini, den terpesona tengok persekitaran dia sebab bley kata 70% natural dengan segala macam flora (pokok, pokok bunga dan rumput). Den paling terpesona dengan rumput dia. Rumput tirus-tirus. Chantek kot (den memang jakun la). 30% je kawasan nih didirikan bangunan untuk penyelidikan dan bangunan yang disewa oleh agensi lain.
View selepas turun kete. Kalo keje kat sini hari-hari den selpie sebab gorgeous sangat kot tempat dia.
Bangunan yang disewa oleh Environmental Protection Agency (EPA) kalo tak silap. EPA nih ala-ala Jabatan Alam Sekitar (JAS) @ Department of Environment (DoE) Malaysia

Dekat ujung kawasan nih ada aliran Sungai Thames yang upstream. So air memang chantek. Siap ada boat house lagi kot-kot sape-sape nak berkanu ke ape.
Boat house yang den tak berkesempatan nak menyiasat apa ada kat sana
Thames River yang belah hulu
Terasa macam jadik pelakon tambahan dalam ceite Robin Hood plak bila berjalan-jalan kat kawasan nih.

Bilik mesyuarat tempat kitaorang berkampung sehari lebih tuh namanya Manor House. Bangunan tuh dibina pada tahun 1760. Masa Perang Dunia Kedua, bangunan nih digunakan sebagai tempat perlindungan askar dan pelarian. Kerajaan England beli bangunan nih pada tahun 1947 dan dibangunkan sebagai pusat penyelidikan.
Manor House di mana den berkursus. Dah terasa macam nak pi jumpa Prince Charming plak kat sini. Macam castle kan.
Bunga nih banyak gila den jumpa masa trip ke London nih
Dari jauh ingatkan spesies pokok kekabu rupanya pokok bunga tapi belum berkembang lagi bunganya
Memang omputih suka kot akar-akar pokok dok menjalaq macam nih. Sure takut wei malam-malam sebab dah macam haunted mansion plak.
Orang lain dah berjalan ke tempat kursus den masih sakan mengambik gambo. Chantek sangat view.

Tempat lap kaki di luar Manor House. Nih pun amik gambo jugak? Suka hati den la.
Serious chantek bangunan dia k. Architecture yang sangat unik dan menawan. Masa dok kursus kat sini terasa macam dok dalam ceite English dolu-dolu.

Manor House nih ada 4 bilik yang boleh digunakan untuk mesyuarat dan bengkel. Tempat kitaorang kursus tuh namanya Wynn Room yang bley muat 10 orang. 3 bilik lain bley muat sehingga 40 orang.

Sakan jugak den dok mengambik gambo dalam Manor House nih sebab serious chantek.
Ruang legar dekat bilik kursus
Siling dan balkoni. Dah macam nak tengok pementasan Phantom of Opera den rasa.
Berseni sangat nih
Bilik kursus yang lain
Camne la den tergamak pakai kasut sport oren nih sepanjang trip ke London adalah memang tatau nak cakap apa.

Kitoarang jugak dibawa melawat 2 pusat penyelidikan iaitu Froude Modelling Centre dan UK Ship Simulation Centre. Ada banyak lagi pusat penyelidikan lain tapi kami sempat lawat ke dua tempat nih je.

Kat Froude Modelling Centre kitaorang diberi taklimat tentang beberapa 3D modeling yang depa buat macam penentuan pergerakan ombak, arus pasang surut, etc. Bapak besaq depa punya research centres nih. Ada satu taklimat tuh depa tunjuk penentuan arus pasang surut untuk satu projek ape tatau, depa pi amik pasiaq laut, etc yang original kat tempat kajian tuh bawa balik untuk disimulasikan kat sini.

Kat UK Ship Simulation Centre, kitaorang dibawa masuk ke kapal simulasi 3D yang digunakan untuk bagi kursus/latihan pada pemandu bot yang mengemudi vessels kat Thame River tuh. Masa dengaq taklimat tuh, terasa macam terumbang ambing padahal benda tuh static je tapi disebabkan equipment dia direka in such a way yang membuatkan kita berada kat atas kapal atas sungai/laut. Dah la mamat yang explain pasal simulasi tuh sangat handsome (okay….takde kaitan dengan kerja rasmi nih).

Sayangnya kat dalam kedua-dua research center nih kitaorang tak dibenarkan untuk amik sekupang gambaq pun. So ingat je la dalam memori yang ala-ala Dory nih.
Gambo kursus
Lunch untuk satu setengah hari kitaorang kat sana sempoi gila. Sandwiches dan potato chips tapi serious sedap k (tatau la kalo perut lapaq) + mineral water + sparkling water. Sparkling water tuh macam ayaq soda so den tak minat sangat sebab rasa cam perit.

Pengurusan HR Wallingford nih juga sediakan pakej bengkel, seminar, etc untuk dibuat kat Howbery Park nih. Ada kelengkapan biasa untuk program macam projector, flip chart, wifi, makanan sepanjang kursus, etc termasuk boating stuff. Kawasan lapang katanya sesuai jugak untuk aktiviti team building. Kalo buat team building kat sini, haruslah den akan joint jugak walopun masa tuh tengah MC sebab best sangat kawasan nih.

Macam seronok je kalo keje kat kawasan camnih kan sebab sangat tenang dan aman damai. Sangat au natural….siap ada Thames River lagi. Heaven sangat nih.
Den yang jakun dengan rumput depa
Best agaknya kalo dapat keje kat environment camnih
Tak dilupakan toilet yang sangat bersih dan tidak mempunyai bau aneh

#kalo pegi training nih dengan konco-konco haruslah kan ada sesi bergambo ala-ala hidustan baring kat rumput yang den berkenan tuh tapi disebabkan pegi dengan boss maka pasrah je la amik gambo secara formal.

0 Comments