Farmoor Reservoir

12:04
Lepas breakfast dengan Mr Richard dekat Bear & Ragged Staff, kitaorang gerak ke Farmoor Reservoir. The first place dalam agenda site visit ke 2 tempat pada hari tuh. Dari Bear & Ragged Staff, tak jauh pun nak sampai ke Farmoor Reservoir nih, dalam 15 minit je. Farmoor Reservoir nih dalam Oxfordshire.
Keluaq kete je terasa angin dan cuaca sejuk sampai terpaksa pakai gloves. Serious sejuk sangat. Cakap berasap-asap tuh dah tentu.

Farmoor Reservoir nih terbuka untuk orang awam yang nak berjalan-jalan amik angin, nak jogging, nak memancing atau tengok burung.

Dari tempat parking tuh, kitaorang terus je pergi ke visitor center untuk sapa-sapa nak memancing atau sailing. Takde buat ape pun kat situ, just tengok-tengok je. Kalo nak amik lesen untuk memancing, peta untuk kawasan nih, etc bley amik kat sini.
Colourful mata kail
Dari situ kitaorang berjalan ke 50% kawasan empangan tuh sambil diberi penerangan secara ringkas oleh Mr Richard. Berjalan ke separuh kawasan empangan je sebab nak kejar masa pergi ke lagi satu site visit. Kalo ikutkan hati den, kalo ada masa bley je la kot jalan ke keseluruhan kawasan empangan tuh coz entah bila lagi la nak pi situ + kita exercise la sekali camtuh.

Kalo kita berjalan ke keseluruhan kawasan nih (kawasan lingkungan air, denai, kawasan wetland, etc), jarak dia tuh ala-ala 6.5 km jugak la.

Farmoor Reservoir nih adalah antara top spot untuk tengok burung kat Oxfordshire nih. Sempat singgah ke bilik/tempat khas yang dibina untuk kita menengok burung. Orang putih nih memang suka tengok burung. Dulu masa opis kitaorang ada consultant dari Denmark pun hobi masa lapang dia tengok burung gak. Merata dia pergi untuk tengok burung cam kat Taman Alam Kuala Selangor, Taman Tasik Putrajaya, etc. Eh terindu plak Mr Bo tuh. Baik sangat orangnya walopun den selalu kena dengaq betoi-betoi apa dia cakap sebab slang dia tuh agak pekat.
Tempat untuk tengok burung
Menurut Mr Richard kalo den tak salah dengo air untuk empangan nih diperoleh dari Sungai Thames. Empangan nih supply air untuk kawasan Oxford sahaja. 

Di kawasan empangan nih ada intake point (tempat air disedut) dan water treatment plant (loji untuk merawat air mentah kepada air bersih).

Ada banyak burung yang suka datang melepak kat sini. Sebab tuh la ada bilik untuk tengok burung tuh. Perangkap untuk memerangkap bulu burung yang termasuk dalam ayaq nih disediakan untuk pastikan bulu burung tak termasuk ke dalam sistem rawatan air yang dok ada.

Chantek kawasan dia sebab country side kan. Chantek untuk ambik gambaq sebab ada ayaq seluas mata memandang + kawasan hijau (pokok-pokok dan rumput).
Lepas almost 1 jam dok berjalan kat sini, kitaorang bergerak ke next site visit iaitu Benson Lock Weir.

#mungkin ada je empangan kat Malaysia nih yang terbuka pada orang awam tapi semua empangan kat Negeri Selangor adalah kawasan larangan, perlu kebenaran khas untuk masuk.

No comments:

Powered by Blogger.