Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Ada terlalu banyak café di masa sekarang nih kan?

Macam boleh dijumpai di pelusuk mana pun café ini semua.

Den bukan peminat kopi kerana kebiasaannya den akan migraine bila minum kopi hipster ini.

Den hanya berjodoh kuat dengan kopi o kampung.

Begitulah.

Tetapi den tetap suka pergi ke kedai kopi atau café kerana persekitarannya yang kebiasaannya cozy dan pilihan makanan terutamanya desserts yang menarik.

 

Terdapat sebuah café berdekatan pejabat den di SACC Mall yang den telah jatuh cinta dengan croissants nya iaitu Kaffe Kop.

Den telah makan di sini sebanyak 3 kali iaitu bersama sepupu den, kawan den dan lepak seorang di sini.

Ini pun den sedang mengajak rakan sepejabat dan teman bloggers minum petang di sini.

Cumanya masing-masing sedang sibuk jadi rancangan ini tergendala.

Kalau berulang makan di satu tempat tuh, maknanya den memang berkenan dooh la dekat makanan itu.

 

Apa Den Makan

Tiga kali den lepak di café ini, den makan croissants dia.

Bagi den, croissants ini walaupun perlu tunggu selama 30 minit untuk disediakan kerana freshly baked adalah croissants paling sedap den pernah makan dalam hidup den. 

Tetapi sebenarnya korang boleh je whatsapp atau telefon kedai 30 minit lebih awal untuk pesan croissants ni sebelum kome pergi ke kedainya.

Kombinasi croissants yang lembut, rangup dan ringan ha macam tuh.

Makan pula dengan jem dan mentega.

Memang my kind of favourite.

Satu set hidangan mengandungi 4 ketul croissants.

Jadinya memang tidak akan habis kalau sekali hadap seorang kecuali kita lepak situ selama 2 jam.

Den punya cerita pasal betapa den berkenan dekat croissants ni sampai kawan-kawan den cakap croissants sama je la kat mana-mana café atau kedai bakeri, apa yang istimewa sangat croissants di sini hehehehehehe.

 

Mushroom Soup pun memang molek elok dengan tekak den.

Ini sup cendawan yang memang dimasak menggunakan resepi tersendiri sebab boleh rasa cendawannya yang serasi dengan krim dan semua bahan lain.

Ada rasa, pekat, likat dan memikat.

Sayang sakan beno makan sup cendawan ni sampai den terlupa hendak ambil gambar.

Haish.

Nampak tak sipi-sipi gambar sup cendawan tu hehehehehe

Chicken pot pie yang den makan bagi den biasa-biasa je.

Sedap tetapi tidak begitu wow seperti croissants dan sup cendawannya.

Tetapi setiap orang citarasanya berbeza kan?

Mungkin bagi korang croissants biasa sahaja tetapi chicken pot pie yang paling sedap siapa tahu kan.

 

Pilihan Menu

Ada pilihan menu aneka sandwich dan salad.

Jadinya boleh pilih yang mana berkenan di hati.

Disebabkan den dari dulu hingga sekarang adalah lebih kepada tea person daripada coffee person, makanya sepanjang 3 kali den melepak di sini memang den akan pesan teh.

Comel teko dan cawannya ala-ala tema English begitu.

Setiap kopi dan teh akan disertakan dengan sekeping biskut rangup yang boleh tahan sedap.

 

Sepupu den minum hazelnut latte masa kami keluar bersama.

Katanya sedap.

Bila den cicip sedikit hazelnut latte di café ini, den rasa macam sama sahaja rasanya seperti hazelnut latte di beberapa café yang den pernah rasa (tumpang hirup seteguk daripada cawan kawan-kawan).

Disebabkan den bukan peminat kopi, den tidak pasti tentang rasa kopi.

Bagi den kalau ada kopi hipster yang den minum tidak berakhir dengan pening kepala, itu sudah cukup baik hehehehhehe.

Jadinya den bukanlah orang yang sesuai untuk memberi pandangan tentang rasa kopi hipster.

Jadinya kome kena datang minum sendiri ye kopi di sini.

Ada banyak pilihan kopi di sini.

 

Harga

Disebabkan den jarang café hopping, den rasa harga makanan dan minuman di Kaffe Kop adalah lebih kurang dengan harga di café hipster yang lain.

Ada orang kata harga croissants itu agak mahal tetapi disebabkan itu menu yang den paling berkenan makanya den pejam mata sahaja hehehhehee.

 

Persekitaran Café

Ini bukan café minimalis sebab penuh dengan barang di setiap pelusuk café ini.

Tetapi café ini tetap menyediakan rasa cozy bila kita melepak di sini.

Memang cantik kalau kita suka bergambar sebab setiap hiasan itu unik.

Ada deretan biji kopi dan cawan kopi.

Ada pelbagai jenis lukisan.

Small bookcase dan lain-lain.

Kalau hendak lebih santai boleh berehat di sofa di pintu masuk café.

Lokasi Café

Kaffe Kop ni berada di tingkat 2 bersebelahan dengan Teapot Deli di SACC Mall.

Kedudukannya ke belakang sikit.

Memang boleh tidak perasan kalau tidak berjalan ke hujung.

https://goo.gl/maps/UyWvNyaBjDeFzLSx9

 

Waktu Operasi

Isnin - Khamis, Sabtu dan Ahad 11.30 pagi - 7 malam.

Jumaat 3 petang - 7.30 malam.

 

Boleh tengok pilihan menu atau persekitaran café di media sosial berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/KaffeKopSA/

Instagram: https://www.instagram.com/kaffecop_sa

Boleh hubungi: 011-31077027

 

Jadinya selamat bersantai bersama keluarga dan teman di Kaffe Kop ye.

Jangan lupa cuba croissants itu ye hehehehehee.


0 Comments