Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti biasa sesi berjimbaan telah lama berlalu tetapi baru terasa hendak bercerita sekarang.
Begitulah....

Ini program bersama Halal Street Food di Hatyai bersama agensi pelancongan selama 3 hari 2 malam.

Berjimba 3H2M ke Hatyai tetapi tukar duitnya RM248 = 2000 Bhatt untuk segala mak nenek bagai.

Naik tuk tuk, makan minum sana sini, urut masat-masat, elephant ride dan dengan yakin diri pasti tidak akan shopping apa sangat kecuali minyak urut Muay Thai.

Alih-alih eh macam menarik la pula jajan dan comel la juganya souvenirs nya di kedai persinggahan pertama😂
Tiba-tiba tanpa disedari eh udah habis 875 Bhatt di kedai itu..lorr.....🥲
Kalau datang Hatyai ni memang temanya makan-makan sampai pengsan.

Punya panas lit-lit la sungguh di Hatyai tuh sekejap-sekejap den beli air teh ais la, teh hijau la, air tebu, air markisa dan segala mak nenek air.

Belum lagi makan segala macam daripada kerabu kaki ayam, maggi tomyam, kulit ayam, kengsom, somtam, seafood, pancake, etc.
Usah dikira kalorinya ya.
Hanya kira uang yang mengalir keluar.
Pergi pula sana sini ke hulu ke hilir naik tuk-tuk merela-rela lupa daratan bagai.

Yang lagi ngeri adalah apabila den terpleot Matematik.
Di dalam otak den kiraannya 100 Bhatt = RM8 padahal yang sebenarnya RM100 = 79 Bhatt.
Ke laut dalam matematiknya🥲🥲
Lagi mau bising anak-anak tidak cemerlang matematik ya.
Makanya terpaksa tukar sekupang dua RM di Asean Night Bazaar untuk kelangsungan sesi berjimbaan terutamanya untuk aktiviti ulang makan kerabu kaki ayam dan minum green tea😅.
Nasib baik ada sekupang RM😅 dalam simpanan.

Udah hendak gerak balik pun tukar lagi sekupang duit dekat farmasi sebab hendak beli minyak Muay Thai lagi 3 botol😅

Lagi den pernah berangan hendak pergi tengok perlawanan Muay Thai dan pertunjukan fesyen oleh lady boy dengan duit sekupang cuma tuh🤣

Begitu la secebis kisah orang tidak ado-ado, terpleot matematik dan asal boleh tetapi tetap hendak JJCM macam den nih ha🤣

Macam mana pun, I had a blast.

Till we meet again Hatyai. 
Boleh pula terjumpa ex-boss dekat Hatyai😅

2 Comments

  1. Bulan 11 ni baru akan ke Hat Yaii serombongan huhuuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh bestnya JJCM ke Hatyai. Syurga makanan tuh.

      Delete