Assalamualaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah dalam masa tiga (3) lagi semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang sentiasa dirindui. Alhamdulillah Allah masih izinkan kita rezeki untuk bertemu bulan yang penuh barokah ini pada tahun 2023. In sya Allah kita sama-sama usahakan supaya Ramadhan 2023 ini menjadi Ramadhan kita yang terbaik ye.

Sebut tentang Ramadhan pastinya tidak akan lari daripada berbicara tentang persiapan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Cerita pasal persiapan raya, baju raya adalah antara perkara yang memang perlu dimasukkan di dalam agenda ye.

Saban tahun, Bob Rock Clothing (BRC) yang sememangnya sinonim dengan jenama Plus Size Fashion dan menjadi sebahagian daripada pelopor Plus Size Clothing Online Malaysia di Malaysia menyediakan pilihan baju raya bagi lelaki bersaiz besar yang boleh dibeli di kedai fizikal dan secara atas talian.

Untuk hari lebaran 2023 tahun ini, Bob Rock Clothing menawarkan tiga (3) pilihan jenis Pakaian Saiz Besar Lelaki iaitu Baju Melayu, Kurta Adam dan Kurta Telok Belanga dalam pelbagai warna dan pilihan saiz dari XL hingga 6XL.

Koleksi Raya Bob Rock 2023 menawarkan lima (5) rekaan Baju Raya 2023 Baju Melayu dan Kurta BRC yang awesome banget iaitu:

Baju Melayu Cotton Twill - (6 warna). Harga asal RM269. Harga diskaun RM229
Kurta Adam V2 Lengan Panjang - (8 warna). RM129
Kurta Adam V2 Lengan Pendek - (8 warna). RM115
Kurta Telok Belanga Lengan Panjang - (8 warna). RM129
Kurta Telok Belanga Lengan Pendek - (8 warna). RM115

Baju Melayu Bob Rock Clothing

Bagi den, hari lebaran tidak akan lengkap tanpa Baju Melayu. Hati berbunga-bunga tengok orang lelaki pakai Baju Melayu lengkap di hari pertama Aidilfitri.

Bagi jejaka bersaiz besar, boleh tengok pilihan Baju Melayu Bob Rock Clothing ye sebab kerana fabrik Baju Melayunya diperbuat daripada material cotton twill. Baju Raya Plus Size yang diperbuat dari kain kapas premium yang breathable ini menyebabkannya selesa dipakai lagi-lagi di dalam cuaca Malaysia yang panas berdenting ini. In sya Allah selesa hendak mengunjungi kaum keluarga dan sahabat handai sepanjang hari dengan Baju Melayu Bob Rock Clothing ini.

Baju Raya Saiz Besar Baju Melayu Bob Rock Clothing ini didatangkan dengan kolar cekak musang lima (5) butang. Pasti segak bergaya semua yang bergaya dengan Baju Melayu Bob Rock Clothing ini kan? 

Baju Melayu Raya BRC ini dilengkapkan dengan tiga (3) poket baju iaitu satu (1) di dada kiri dan dua (2) di bahagian perut. Maknanya tersedia cukup ruang untuk menyimpan sampul duit raya. Tidak cukup ruang lagi? Jangan risau kerana seluar Baju Melayu Raya BRC tersedia poket kiri dan kanan. Banyak sudah ruang penyimpanan sampul duit raya kan? Makanya yang penting sekarang adalah persediaan duit rayanya pula ye. Jangan terlupa masukkan duit raya di dalam sampul ye.

Baju Melayu Raya BRC ini tiada pesak untuk memberikan kesan lebih segak kepada pemakainya begitu

Pinggang seluar bergetah supaya lilitannya lebih fleksibel. Ini memberi ruang keselesaan untuk kita menjamu selera ketupat lemang rendang di hari lebaran.

Terdapat pilihan enam (6) warna berbeza iaitu Baby Blue, Black, Jade Green, Light Brown, Red dan Royal Blue. Apa warna pilihan bagi hari lebaran 2023 ini? Termasuk di dalam senarai 6 warna ini tak? 

Kurta Adam V2 Kurta Plus Size Bob Rock Clothing

Setelah sakan berhari raya di hari pertama lebaran dengan Baju Melayu Bob Rock Clothing, kita ada pilihan baju yang lain untuk dipakai bagi menziarah kaum keluarga dan sahabat handai pada hari raya kedua dan seterusnya ye.

Kedai Baju Saiz Besar Lelaki #1 di Malaysia ini menawarkan Kurta Plus Size yang didatangkan dalam dua (2) pilihan iaitu Kurta Adam V2 lengan panjang dan Kurta Adam V2 lengan pendek . Pilih sahaja yang mana satu berkenan di hati ye.

Apa yang istimewa dengan Kurta Adam V2 oleh Bob Rock Clothing ini?

Fabrik Kurta Adam V2 adalah daripada Cotton Oxford yang berkualiti tinggi, sangat mudah menyerap peluh dan mudah kering. Fabrik sebegini memang memberikan keselesaan kita hendak beraya sakan di sana sini satu hari suntuk. Kalau agak-agak hendak menunjukkan lengan sasa, boleh pilih kurta berlengan pendek. Kalau hendak melindungi lengan dari sinar matahari yang terik, boleh pilih kurta lengan panjang ye. 

Kurta Adam V2 didatangkan dengan kolar cekak musang 4 butang tembaga.

Terdapat tiga (3) poket iaitu satu (1) di dada kiri dan dua (2) di sisi.Terdapat juga butang perhiasan tambahan di bawah poket sisi menjadikan pemakai tampak lebih bergaya.

Kurta Adam V2 ini ringan untuk memberi lebih keselesaan kepada pemakai tetapi ianya tahan lasak.

 

Kurta Adam V2 didatangkan di dalam warna Black, Gold, Mint Green, Navy Blue, Olive Green, Periwinkle Blue, Purple dan Grey.

Kurta Telok Belanga Kurta Plus Size Bob Rock Clothing

Kadang-kadang rasa macam hendak pakai kurta yang lebih ringkas. Simple yet still stylish begitu konsepnya.

Bob Rock Clothing ada menyediakan Kurta Telok Belanga yang tetapi mengekalkan elemen tradisional yang tetap menawan dikenakan di hari raya. Kurta Telok Belanga lengan pendek dan Kurta Telok Belanga lengan panjang pastinya akan memberikan kesan wow apabila digayakan di hari lebaran.

Fabrik Kurta Telok Belanga adalah sama dengan fabrik Kurta Adam V2 yang diperbuat daripada cotton oxford, jenis ringan dan tahan lasak serta dapat menyerap peluh dengan cepat dan mudah kering.

Yang istimewanya adalah kolar telok belanga.

Kurta Telok Belanga mempunyai satu butang untuk mengancing kolar dan dilengkapakan dengan dengan tiga poket iaitu satu (1) di dada kiri dan dua (2) di sisi. 

Terdapat lapan (8) pilihan warna Kurta Telok Belanga iaitu Aqua Blue, Army Green, Black Dark Red, Navy Blue, Purple, Turquoise dan Light Brown.

Jom tengok video Koleksi Raya Bob Rock Clothing. 

Jadinya bagi jejaka bersaiz besar, korang boleh memilih baju Melayu dan kurta daripada Bob Rock Clothing untuk kelihatan kacak bergaya di pagi Syawal nanti ye.

Bob Rock Clothing, BRC sebagaimana ramai yang telah maklum adalah merupakan butik yang menjual pakaian saiz besar yang bersesuaian dengan potongan badan orang Asia bagi memenuhi permintaan dan keperluan mereka yang bersaiz besar dengan ketinggian orang Asia.

Di samping membeli belah baju raya daripada Koleksi Raya Bob Rock Clothing, boleh juga menjamu mata melihat koleksi lain yang ada seperti pakaian harian termasuk seluar, kemeja dan tshirt, pakaian pejabat, pakaian santai dan pakaian untuk riadah.

Bob Rock Clothing mengalu-alukan kedatangan semua ke kedai mereka di:

Lot F-15, Aras 1, Plaza Shah Alam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

Waze/Google: Bob Rock.

Operasi kedai: 10 pagi hingga 10 malam.

Khidmat Pelanggan: 011-10091302

Bagi mereka mahu membeli belah semasa berada di rumah atau bagi merekah berada di luar Lembah Klang, boleh sahaja membeli belah secara atas talian di laman sesawang Bob Rock Clothing sendiri atau melalui Shopee dan Lazada.

Yang lebih menarik, sekarang ini Bob Rock Clothing menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma bagi pembelian atas talian yang melebihi RM199.00 ke seluruh Malaysia. Awesome kan?

#BobRockClothing #BRC #MensPlusSizeClothing #PlusSizeFashion #PlusSizeClothingOnlineMalaysia #PakaianSaizBesarLelaki #KedaiBajuSaizBesarLelaki #BajuRaya2023 #BajuRayaPlusSize #BajuRayaSaizBesar #KurtaPlusSize #KurtaSaizBesar

Moh shopping

0 Comments