Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Besar sungguh kawasan P.O.R.T yang dihiasi dengan pelbagai hasil kreatif seni.

Kami seterusnya diberi peluang untuk menghayati keindahan seni cangkerang kulit siput dan tanah liat dari sekitar Perak melalui Pameran Seni The Dugout Canoe of Shells The Gourd Earthenware (Perahu Cangkerang, Tembikar Labu) oleh artis Jepun iaitu Nobuyuki Sugihara dan Ayaka Nakamura di bangunan Black House.

Terkesima sekejap bila melihat cangkerang kulit siput yang disusun molek menjadi perahu. Bergambar pun jauh-jauh je sebab takut tersentuh hasil seni yang tampak fragile ni.

Pelbagai tembikar dari seramik atau tanah liat yang didapatkan di sekitar Perak dipamerkan di sini.

Sempat lagi korang hendak tengok pameran ni sebab ianya akan berlangsung sehingga 9 Oktober 2022 (10 pagi - 5 petang). Masuk adalah percuma ye.

P.O.R.T bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memartabatkan seni, budaya dan pendidikan kepada semua. Antaranya termasuklah Arkib Seni & Budaya Perak, Ipoh International Art Festival, Ipoh Music Symposium, Dana Kreatif Perak, Silver Trail of Arts, Research and Techniques, Projek Panggung dan Portfolio & Portskool.

Ada pelbagai aktiviti yang dirangka oleh P.O.R.T bagi merancakkan perkembangan seni, budaya dan pendidikan di Perak ini. Kena rajin menjengah laman sesawang mereka ye. Antara event terdekat adalah:

1. Ipoh Symposium Music Pop 1960-an: Emulasi, Revolusi dan Legasi yang akan dianjurkan pada 21 - 23 Oktober 2022 ini di mana ianya akan diadakan bengkel, forum, pameran dan konsert.

2. Hadiah Sastera Darul Ridzuan Tahun 2022 yang pencalonannya akan ditutup pada 30 Oktober 2022.

Di sekitar kawasan P.O.R.T ni ada pelbagai objek yang kita boleh jadikan sebagainya latarbelakang untuk bergambar. Memang unik dan berseni semuanya.

Den kena datang lagi ke sini sebab hendak membaca dan minum kopi di Bus Read Coffee yang sedang dalam fasa penambahbaikan. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Laman sesawang: http://portipoh.com.my/ 

Instagram: https://www.instagram.com/portipoh

0 Comments