Suasana persekitaran yang menghijau dan studio latihan tarian yang sangat cozy, welcoming serta tenang ini sememangnya mengundang rasa hendak berehat-rehat di sini. 

Ada kelas tarian ballet dan kontemporari yang ditawarkan di sini.

Sayangnya masa kami melawat ke PTPSA yang terletak di Ipoh ini, tiada pelajar yang sedang berlatih sebab kalau ikut jadualnya, kelas diadakan pada hari Khamis hingga Ahad. Kalau tidak pasti kami teruja melihat anak-anak yang berbakat besar dalam bidang tarian ini berlatih.

Kalau sebut tentang tarian ballet, den teringat KDrama Navillera yang mengisahkan tentang seorang pesara penghantar surat berumur dalam 70an yang berimpian untuk belajar menari ballet. Pelakon Park In-Hwan berumur 75 tahun masuk ke kelas tarian ballet selama 6 bulan bagi persediaan untuk berlakon drama ini.

Kita boleh tengok di dalam drama ini betapa jenuhnya hendak berlatih untuk menari ballet ini. Tarian lemah lembut tetapi latihan untuk menyempurnakan satu-satu langkah memang bukan calang-calang. Bukan setakat kecederaan jari kaki tapi macam-macam ballerina kena lalui demi sebuah seni tarian.

PTPSA juga ada menawarkan kelas ballet untuk beginner. Boleh berhubung dengan PTPSA ye sekiranya ada sesiapa yang berminat hendak mencuba belajar menari ballet walaupun telah menginjak usia dewasa. Kalau tidak sesuai menari ballet, boleh cuba kelas toning ye.

Menurut Cik Audrey Kwan, Presiden (PSTPA) terdapat 300 orang pelajar yang pernah mendapatkan tunjuk ajar di sini.

PTPSA berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Vianya Gymnastics Academy, Sutra Dance (Datuk Ramli Ibrahim) dan sebagainya di dalam usaha mereka untuk mempromosikan tarian, seni, budaya dan pendidikan kepada semua baik di dalam negara mahupun di luar negara. Antaranya adalah persembahan Ambang Merdeka di Dataran Bandaraya Ipoh, Celebration of Friendship between Malaysia and Japan, bengkel tarian dan sebagainya.

 

Terdapat ruang perpustakaan mini yang sangat mengujakan untuk kita berehat dan membaca pilihan pelbagai buku aneka genre.

Bagi mereka yang berminat hendak menghantar anak-anak untuk mengasah bakat dalam bidang seni tari terutamanya ballet dan kontemporari, boleh layari maklumat lanjut tentang PTPSA di:

Facebook: https://www.facebook.com/seni.tari.pendidikan/ 

Instagram: https://www.instagram.com/seni.tari.pendidikan

0 Comments