Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Letting go, healing dan move on adalah tema drama Korea 10 episod yang ditayangkan di Neflix ini.

Drama ini merupakan drama realiti kehidupan orang biasa, rakyat marhaein yang bisa mengundang sebak di dada sebab kadang kala kehidupan sememangnya begitu.

Bukan drama yang sesuai ditonton di kala kita semua ada pelbagai rasa dengan dengan pengurusan wabak covid19 di Malaysia baik daripada segi pelaksanaan PKP separuh masak, kadar jangkitan Covid19 semakin meningkat, ketidakprihatinan sesetengah pihak, dsb.

Sememangnya bukan a feel good movie. Ini drama hidup yang membicarakan ketidakadilan dalam hidup lagi-lagi kalau kita bukan kategori kayangan.

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Move To Heaven KDrama

1) Kisah kehidupan masyarakat biasa yang kita boleh relate. Jalan cerita yang unik dan tidak clichè.

Drama kehidupan ini mengisahkan tentang syarikat pembersihan rumah/bilik dan barang-barang tinggalan seseorang yang telah meninggal dunia yang bernama Move To Heaven yang diuruskan oleh ayah, Han Jeong-u dan anaknya Han Geu-ru, seorang pemuda 20 tahun OKU sindrom Asperger.

Apabila Han Jeong-u meninggal dunia, beliau melantik adik beliau yang terpisah daripadanya sejak kecil iaitu Cho Sang-gu yang baru keluar dari penjara untuk menjadi pemegang amanah kepada Han Geu-ru termasuk bersama-sama meneruskan perkhidmatan syarikat Move To Heaven.

Dalam keterpaksaan, Cho Sang-gu menerima tanggungjawab ini sambil merenjas-renjas (sebab ala-ala paksarela). Dia punya tahap merenjas memang mengundang rasa nak lempang je.

Setiap episod akan menceritakan kisah setiap mendiang yang syarikat Move To Heaven uruskan perjalanan terakhir mereka tetapi setiap kisah menjadi pengajaran kepada semua kerana
sepeti kata Han Jeong-u, "setiap orang yang meninggal dunia mempunyai cerita dan rahsia yang tersendiri".

Kisah boss yang tidak pedulikan kesihatandan kebajikan pekerja.

Kisah anak yang berusaha mengubah nasib keluarga tetapi hasrat tidak kesampaian.

Kisah kasihnya ibu membawa ke syurga.

Kisah perhubungan toksik yang bukan sahaja membawa kepada kematian tetapi kehilangan besar kepada anak-anak yang berjiwa polos.

Kisah kasih sayang suami isteri sehingga ke akhir hayat.

Kisah anak yang ditinggalkan ibu kandung tetap berusaha mencari ibunya sehingga akhir hayat.

Kisah cinta tidak kesampaian lalu meragut kebahagiaan diri dan ditamatkan dengan kekesalan, air mata dan what if.

Kisah mentor dan protegè kickboxer yang berakhir di arena pertandingan haram, hospital, penjara, rasa bersalah tiada berpenghujung, dsb.

Kisah masyarakat melayan kita seperti sampah apabila kita tidak punya apa-apa.

Kisah salah faham yang begitu memeritkan dan meruntun jiwa.

Keluarga tidak semestinya sedarah sedaging. Kisah kasih sayang keluarga angkat yang tulus ikhlas.

Ibu bapa perlu berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan anak-anak bagi survive sendiri seawal yang mampu kerana kita tidak tahu bila kita akan tinggalkan mereka.

2) Kecerdikan dan keunikan OKU sindrom Asperger.

Kecerdikannya memang tidak terjangkau pemikiran kita orang biasa-biasa ini.

Memang terkesima bila dengar Han Geu-ru berbicara tentang ikan-ikan dalam aquarium.

Den belajar sedikit tentang sindrom Asperger daripada drama ini. Keunikan yang kadang-kadang tidak cuba difahami oleh orang lain, dsb.

Teringat pada seseorang yang den kenal yang mempunyai sindrom Asperger memberitahu 'the society isn't ready for us, the people with the unique traits'. Kecerdikan beliau sering membuatkan den berdebar-debar kalau dia email, whatsapp atau jumpa sebab terasa diri tidak tahu apa-apa bila bercakap tentang topik yang menjadi passion dalam hidupnya.

3) Setiap watak yang memang awesome

Di samping 2 watak utama Han Geu-ru dan Cho Sang-gu, watak-watak lain yang ada dalam drama ini sememangnya ada kekuatan tersendiri.

Korang pasti akan rasa tercuit hati dengan Yoon Na-mu, jiran Han Geu-ru yang sangat over protective terhadap Han Geu-ru dan sentiasa mala fide terhadap dengan Cho Sang-gu. Rajin sungguh bergaduh dengan Cho Sang-gu. Bila bercakap tuh memang macam bertih goreng sampai Cho Sang-gu yang ala-ala samseng pun kadang-kadang terpana, speechless, dsb 

4) Kick boxing tournament

Walaupun adegannya sedikit sahaja tetapi setiap kali ada scene ini memang padu aksinya.

5) Lee Jee-hoon

Drama ini juga memperkenalkan den kepada Lee Jee-hoon. Tidak pernah kenal hero nan seorang ini sebelum ini. Segak sungguh dia berlawan kick boxing dalam drama ini walaupun penampilan memang macam seminggu tidak mandi. Buong kata mamat ini kacak. Selama ini hanya Cha Seung-won kacak bagi dia.

Boleh cari lagi KDrama atau KMovie apa yang Lee Jee-hoon berlakon lepas ni.

Den rasa Cho Sang-gu paling tragis dalam cerita ini sebab dia adalah insan yang tersakiti - dia selalu menyaksikan ibu dia dipukul oleh ayahnya sejak dia masih kecil, dia menunggu Han Jeong-u selama 3 hari di stesen keretapi, terasa tidak disayangi dari kecil sampai besar, dihantui rasa bersalah yang berpanjangan sebab mencederakan Su-cheol semasa perlawanan kickboxer haram, keterjebakan hutang along yang sangat serius sebab sediakan pembiayaan rawatan untuk Su-cheol, masuk penjara, tiba-tiba kena jadi pemegang amanah kepada Han Geu-ru walaupun sebenarnya dia hendak hidup sendiri je, dsb. Han Geu-ru cakap 'Cho Sang-gu adalah orang baik yang bingung'.

Buong kata Han Jeong-u paling sedih sebab kena halau dari rumah masa masih remaja, ditimpa kemalangan semasa beli hadiah untuk Cho Sang-gu, mencari Cho Sang-gu sepanjang hayatnya, isterinya meninggal sebab sakit kanser dan membesarkan Han Geu-ru sorang-sorang, sentiasa risaukan kemandirian Han Geu-ru jika dia tiada, ada penyakit, tidak dapat berjumpa dengan Cho Sang-gu sehingga akhir hayatnya, dsb.

Bila tengok cerita ni, den teringat pada kata-kata 'Everyone you meet is fighting their own battle you know nothing about. Be kind. Always.'

There is always 3 sides of a story. Your side. My side. The truth.

Kalau ada satu perkara yang den hendak mengomel pasal KDrama ini adalah kenapa watak Ji Jin-hee sedikit sangat. Pelakon yang easy on the eyes ini adalah oppa pertama yang den berkenan.

Den akhiri review drama ini dengan pesanan Han Seong Jo kepada anaknya Han Geu Ru.

"Meskipun kamu tidak dapat melihat seseorang bukan bererti mereka tidak berada di sisi kita. Selama kamu mengingat mereka, mereka tidak akan menghilang"

Antara KDrama terbaik yang den pernah tengok. In sya Allah berbaloi. Harapnya ada Season 2 nanti.

Sila tengok drama ni okay.

0 Comments